Siap 10 Perkara Pembakar Semangat

HB dah habis pun menulis 10 perkara yang boleh menjadi pembakar semangat.Itupun tulis dalam buku.Entah bagaimana tengahari baru sempat tulis.Nak kata sibuk tak juga.Hakikatnnya ada sikap yang kurang baik menular dalam diri.Sikap suka nak bertangguh.Siapa yang salah kalau diri sendiri ada sikap begini.

Setelah senarai 10 perkara itu siap,HB nak menilai dan mengkaji balik kekuatan.Kaji dari sudut kelemahan,tahap kesukaran dan tempoh masa untuk mencapainya.Jangan terlalu mendesak.Nanti diri sendiri yang kecewa.Sikap tak baik yang suka bersarang dalam diri kita mudah berputus asa.

HB nak ceritakan perkembangan sepanjang hari dalam Cabaran Segmen Sukses 21 hari yang kini dalam fasa Ketiga.Pada pagi itu agak santai sahaja.Layan media sosial dan kemas apa yang patut di rumah.Sempat juga pergi ke perpustakaan untuk meminjam beberapa buah buku.Yang tak sempat membaca buku yang dipinjam sebelum ini.

Tengahari itu pula baru nak menulis 10 perkara pembakar semangat.Terkial-kial juga nak tulis sebab sebelumnya ada senarai 5 perkara sahaja.Kalau dalam fikiran ada 2 perkara sahaja.Ini ada 10 perkara.Mana nak pusing kepala dibuatnya.

Kredit : Google image

[admin]

KIni dah terasa cabarannya.Cabaran untuk kekal konsisten  fokus dengan apa yang dirancang.Alhamdulililah sehingga ke hari ini masih bertahan.In shaa akan terus melakukan sehingga membuahkan kejayaan

Salam motivasi dan jumpa lagi.


EmoticonEmoticon