Nikmati Hari Terindah Dalam Seminggu

Nikmati Hari Terindah Dalam Seminggu…Hari yang dinantikan sudah kembali.HB sudah offday.Ini bermakna HB nak rasai betul-betul nikmati hidup sebagai blogger sepenuh masa biarpun cuma satu hari.Kita lupakan realiti pendapatan kerana proses mendapatkan sumber pendapatan dari blog tengah giat diusahakan.

kredit sumber Google image

Untuk mengelakkan rasa ketakutan yang tidak bertempat, HB telah meletakkan pemikiran HB seperti sudah berjaya mendapat apa yang HB ingini sebagai seorang penulis blog sepenuh masa.Tak lain dan tak bukan yakni sudah ada pendapatan dari blog berjumlah RM10 ribu setiap bulan.

Jadi hari ini HB sangat seronok.HB amat bersyukur kerana dianugerahkan rezeki yang murah serta berkat.Tatkala pembaca atau rakan-rakan HB yang lain berjuang memerah kudrat empat kerat mencari rezeki HB pula tengah menikmati percutian satu hari yang begitu indah.

HB nak shopping la.Nak servei laptop jenama Toshiba.Plan nak beli yang berharga RM2999.Warna hitam dengan spekfikasi yang sederhana.Itu dah memadai sebagai keperluan HB.Cukup sebagai keperluan untuk menulis blog dan menonton Youtube ketika ada masa lapang.

Kredit sumber Google image

Selesai membelah bersama ‘seseorang’,HB nak balik cepat-cepat ke rumah.HB ada tugas yang paling disukai sebagai blogger yakni blogwalking.HB tak kisah mereka balas atau tidak.HB nak baca blog mereka dan kutip segala ilmu yang bermanfaat ditulis.

HB hargai titik peluh mereka menulis blog.Bukan senang nak menyusun idea untuk diterjemahkan dalam sesuatu artikel blog.Hanya sebagai blogger yang tahu perasaan tersebut.Contohnya artikel yang ada dalam blog Buku Best.

Apabila puas blogwalking HB nak pula layan media sosial seperti Facebook dan group Whatsapp.Tak kisahlah berapa lama nak layan media sosial.Janji tanggungjawab sebagai orang Islam tidak dilengahkan apabila masuk waktu.Lagipun HB dah setkan masa untuk layan media sosial selepas urusan mengemas rumah,memasak dan sebagainya setelah diselesaikan sebaik yang mungkin.Bukan cincai tau!

Malah HB telah memperuntukkan masa juga untuk membaca buku.Sebab HB nak menjadikan tabiat membaca sebagai budaya sepanjang hidup.Bak kata pejuang Kanang AK Langkau “ agik hidup agik ngelaban”.Berjuang menuntut ilmu selagi badan dikandung nyawa.In shaa Allah HB akan kongsikan segala ilmu yang bermanfaat dalam bentuk penulisan blog atau sesi seminar motivasi yang bakal diadakan suatu hari nanti.Aamiin

Sekarang pun sudah bermula terutama Cabaran Segmen Sukses 21 Hari yang berobjektif membentuk tabiat orang berjaya.Jika dihayati betul-betul sesiapa sahaja boleh menukar tabiat lama yang biasa-biasa menjadi tabiat baru yang sangat luarbiasa melalui pola sistem yang HB tengah kaji sekarang ini.Dengan izin Allah iannya berjalan seperti yang dirancang sejak hari pertama lagi.

[admin]

Memang sungguh nikmat hari ini.HB tak perlu turun kerja seperti biasa.HB cuma bekerja sambil menikmati hidup dengan melakukan perkara yang HB sukai sebagai seorang blogger.Selepas ini pasti ramai yang nak jadi blogger.

Mana taknya.Tulis blog,ada jenama dan tuai hasil pendapatan dari blog.Mudah,seronok dan nikmat.Cakap pun tak guna kerana hasil tindakan itu boleh menjadi jurucakap bagi pihak kita.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.Jika nak baca lagi jemput singgah ke mrhanafi.com

p/s : Download Template Minisite PERCUMA di [ SINI ]

18 ulasan

ASSALAM..TAHNIAH MAMPU MENJADI BLOGGER YG JANA PENDAPATAN RIBU2 RM SEBULAM.

saya suri rumah pun tak dapat nak jadi blogger sepenuh maasa..heheh...dalam 24 jam ni 4,5 jam je terisi untuk blog..masa lain lebih pada keluarga je..heheh

Terbaik!!... Semoga dipermudahkan segala usaha tuan dengan kejayaan sepenuh kecemerlangan... aamiin.

waalaaikumsalam dan aamiin..semoga doa ini menjadi azimat kepada saya untuk terus berusaha.

seharusnya keluarga mesti diutamakan..tak kira suami atau isteri

terima kasih tuan..itu yang sepatutnya

Semoga tercapai segala cita-cita..usaha tangga kejayaan..

Semoga tersu berjaya HB....singgah sini...mungkin buat pertama kali..
banyak pendapatan tu

steady la bro.. jadi blogger sepenuh masa..den belum mampu lagi

aamiin dan terima kasih atas doanya

biarpun pertama kali tak pe..jangan pertama dan terakhir..he..he..

saya dah lama idam status ini..sekarang saya jadi blogger sepenuh masa sehari sahaja dalam masa seminggu

INSYA ALLAH AKAN BERJAYA DGN FOKUS TARGET

aamiin...ya fokus adalah perkara yang terpenting sekali

terbaik !keep it up! bro

terbaik sekali ini HB..teruskan momentom blog

terima kasih tuan dan itulah yang saya nak..


EmoticonEmoticon