Nak Sangat Beli Laptop Baru

Nak Sangat Beli Laptop Baru…Sebenarnya laptop lama masih bagus.Boleh digunakan tanpa masalah.Cuma kalau ada satu lagi HB lebih seronok dan gembira.Dapat anak-anak guna untuk pembelajaran mereka.Laptop baru akan digunakan sebagai keperluan kerjaya sebagai blogger (sekarang) dan motivator (akan datang) In shaa Allah.

Oleh sebab HB nak sangat beli laptop baru maka ada beberapa perancangan perlu dilakukan.Ada perancangan segera,jangka pendek dan jangka panjang.

Untuk membeli laptop ini HB nak cabar diri sendiri dengan pendapatan dari blog.Bukan pendapatan dari gaji sebab iannya suatu yang pasti.HB nak sesuatu yang mencabar tetapi berbekalkan kuasa keyakinan dan ikhthiar minda bawah sedar.Caranya menggunakan Hukum Tarikan yang HB tengah praktis sekarang.

Perancangan segera ialah pilih jenis dan jenama yang menjadi kesukaan hati.Antara yang menjadi pilihann hati ialah jenama Acer,Lenovo dan Toshiba.Hati ini lebih mengemari Toshiba kerana faktor tahan lasak.

Untuk menarik keinginan yang tinggi HB telah mendapatkan beberapa gambar laptop tersebut.Dengan gambar laptop  tersebut HB akan gunakan getaran yang biasanya dalam Hukum Tarikan.



p/s : Kredit gambar  dari www.google.com

Pada masa yang akan datang HB nak ceritakan spefikasi yang lengkap termasuk harga dan tempat membeli.

Untuk pengetahuan semua bajet permulaan untuk membeli laptop baru ini adalah RM0.10.Oleh itu HB perlu sedekahkan  duit tersebut dengan niatkan kerana  Allah  Taala untuk permudahkan HB membeli secara tunai.In shaa Allah HB akan memperuntuk 10 peratus dari harga laptop itu nanti menggunakan cara bersedekah.

Itulah intipati dalam Cabaran Segmen Sukses yang kini dah memasuki Fasa 3 dengan keseluruhannnya 5 Modul utama.HB akan menguji keberkesanan dengan diri sendiri dulu.

[admin]

Target untuk mendapatkan laptop baru adalah enam bulan dari sekarang.Kemaskini tentang target ini akan HB tulis dari semasa ke semasa.

Oh.Ya. Laptop baru ini termasuk dalam 10 Perkara Yang Membakar Semangat.

Apa yang bermain dalam fikiran HB sekarang ini ialah dapatkah tidak ini.Tak pe.Kita belajar bersama-sama mengawal fikirkan berdasarkan Hukum Tarikan.

In Shaa Allah jika ada ilmu mengapa tidak terus diamalkan agar kesahihannya boleh dikongsikan untuk orang lain.HB yakin dan pembaca lagilah nak mengharapkan keyakinan.tersebut.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.



p/s : Rasai Sendiri Telco Terlajak Jimat di >>>>SINI


8 ulasan

Menarik tu.. tambah semangat nak berblogging juga.. semoga dipermudahkan dan sukses tuan HB!

kmah target nak beli laptop dgn sumber pdptan dari blog..

aamiin dan doa adalah senjata utama orang Islam

itulah hasrat dihati..moga dipermudahkan.

Buat masa sekarang, teringin nak beli iMac or Macbook.

Duit dah ada, cuma.... belum sampai masanya lagi... Nak utamakan benda yang lebih utama.

nak juga tukar pc dirumah tu kepada yang lebih canggih...jadi nak set up juga semangat macam ni...semoga dipermudahkan

saya sarankan bro beli ikut keprluaan dan bukan kehendak..

jika sungguh-sungguh pasti berjaya tuan..saya yakin semua boleh buat


EmoticonEmoticon