Maafkan Diri Sendiri Melapangkan Dada

Maafkan Diri Sendiri Melapangkan Dada…HB seronok dan santai.Tiada yang yang perlu dirunsingkan.Oleh kerana sudah terleka dengan rasa santai ada beberapa plan yang tak jadi.Tersasar dari jangkaan.Pendek kata tak kesampaian pulak pada hari ini.Mentang-mentanglah HB boleh memaafkan diri sendiri.

Gambar Hiasan dari Google

Hari ini (ketika entri ini dikarang) HB pelan nak pergi perpustakaan.Rupa-rupanya masih belum buka.Staff yang bertugas mungkin keluar.Jam baru menunjukkan 11.15 pagi.HB tak mengeluh.HB tak kesal.HB redha sahaja kerana HB faham sekarang masih mood raya.Ada staff yang  masih bercuti panjang.Raya sakan katakan.

Memang benar berlapang dada menyebabkan emosi kita lebih stabil.Hati lebih tenang dan lebih kuat untuk mensyukuri apa jua kebaikan yang kita terima.Ianya bermula dengan memaafkan diri sendiri jika kita melakukan kesilapan.Jika dosa kepada Allah SWT memohon ampun dan jika ada dosa sesama manusia meninta maaf kepada orangnya.

[admin]

Nampaknya HB tak berceloteh panjang.Tak banyak yang hebat berlaku hari ini.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.


EmoticonEmoticon