Laptop Toshiba Hitam Yang Mengoda

Laptop Toshiba Hitam Yang Mengoda..HB nak kongsikan secara peribadi bahawa HB nak beli laptop baru jenama Toshiba berwana hitam dengan kelebaran skrin 14 inci.Harga dalam lingkungan RM3 ribu dan ke bawah.Jangkaan untuk mendapatkannya dalam masa 6 bulan dari sekarang.Jika lebih awal lebih baik kerana matlamat jangka pendek tidak sepatutnya tertunda begitu lama.


Mungkin ada pembaca tertanya-tanya apa rasionalnya HB kongsikan dalam blog ini.Sebabnya senang sahaja.HB adalah seorang blogger.Apa jua perkara yang tidak bersifat terlalu peribadi boleh sahaja diceritakan dalam blog.Lagipun blog sendiri maka kisah sendiri lah yang nak dikisahkan.Betul tak?

HB menggunakan beberapa teknik untuk mencapai senarai pertama yang boleh dianggapkan
pembakar semangat.HB guna kuasa bayangan.HB dah pasang impian yang lama juga tetapi tidak sejelas dan tidak selengkap seperti sekarang ini.

Untuk itu HB mula cari imej laptop tersebut.Ketika melihat laptop tersebut HB akan pasang niat bahawa laptop Toshiba itu akan menjadi milik HB dalam masa 6 bulan.HB tak terfikir lagi bagaimana nak beli tanpa duit gaji.Kalau duit gaji rasanya memang dapat.In shaa Allah.

Namun dalam kes ini HB nak beli menggunakan pendapatan dari blog.Biarpun pada masa kini pendapatan dari blog adalah ZERO.Itu cabaran yang mesti HB atasi untuk capai impian ini.Dengan prestasi blog ini yang kurang trafik dan pemilihan kata kunci yang terhad maka menghambat perasaan HB untuk terlalu yakin untuk dapat duit dari blog buat masa kini.Mengapa mesti mengalah.

Selepas itu minda HB segera bergerak aktif.Cadangan demi cadangan muncul diminda.HB akan mempromosikan blog Buku Best kerana di situ ada sumber penjanaan affiliate.Dapat sales maka dapat komisyen.Jika komisyen datang secara konsisten tentunya impian HB cepat tercapai.

HB ada juga saluran kedua yang belum diekploitasi sepenuh.Saluran ini adalah pendapatan pasif sekiranya mendapat sambutan hangat dari para pelanggan.Kalian boleh mencuba juga dengan melayari pautan di SINI.

Apa jua langkah yang HB terangkan di atas adalah cara dan kaedah biasa.Kini HB nak cuba cara yang Ustaz Yusuf Mansur sarankan kepada anak murid beliau yakni kuasa sedekah.Menurut beliau apa jua impian,hasrat dan keinginan ‘beli’ dengan sedekah.Misalnya harga laptop tersebut RM3000 maka HB hendaklah bersedekah 10 peratus dari harganya iaitu RM300.

Memandangkan HB tidak mempunyai wang tunai sebanyak RM300 maka HB terpaksa bersedekah secara beransur-ansur selama 6 bulan berjumlah RM50.HB akan melakukannya pada bulan ogos nanti.Niatnya adalah kerana Allah untuk melancarkan rezeki HB.Ini bermakna impian HB memiliki laptop Toshiba hitam yang berharga RM3000 akan tercapai pada bulan Januari 2017.Sama –sama kita tunggu.in Shaa Allah.

[admin]

Imej laptop toshiba hitam ini hendaklah dimainkan dalam minda sekerap yang boleh.Biar minda separa sedar bekerja untuk kita.Ada 9 lagi impian tetapi impian ini adalh jangka pendek yang mesti dicapai terlebih dahulu.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.

p/s :Kepada sesiapa yang nak muat turun template minisite secara percuma boleh lakukan pada pautan>> INI

6 ulasan

semoga berjaya miliki laptop TOSHIBA yg diingini hasil blogging...ada target harus berusaha mencapainya...insyaAllah.

Semoga dipermudahkan segala usaha dengan sepenuh kejayaan... aamiin. All the best!! :)

Nmpak mcm tahan lasak laptop ni..semoga impian trcapai..kuasa bayangan & kuasa tarikan..

target itu sebagai indikator untuk saya meledak segala ilmu untuk diamalkan sebagai usaha untuk mendapatka sesuatu..

siapa yang tahu kuasa bayangan dan kuasa tarikan pasti tidak mahu lepas peluang tersebut yang memang ada pada diri manusia itu sendiri..


EmoticonEmoticon