Kesan Segera Hati Yang Tenang

Hati yang tenang besar pengaruhnya dalam hidup ini.Kesan segera ialah perjalanan rutin harian HB telah berjalan lancar dan mudah untuk dikendalikan.Sebab itu artikel ini ditulis untuk perkongsian hasil ‘tarikan’ hati yang tenang dalam kehidupan HB.Ia bermula dari waktu Subuh tadi sehingga lepas waktu Isyak.Siapa yang belum baca apa yang nak HB ceritakan pada hari ini boleh merujuk dalam blog mrhanafi.com

kredit : Google image

Sewaktu perjalanan ke tempat kerja,HB berkali-kali mengingatkan diri untuk sentiasa tenang.Jangan berasa susah hati.Apatah lagi kecoh satu kampung bagaikan ayam betina bertelur pertama kali.
Hasilnya sepanjang 8 jam berkerja HB dapat rasakan kerja semakin mudah.lancar dan tiada kelam kabut.Hati HB tenang.Adapun sekali sekala rasa runcing namun boleh ditempis dengan meletakkan fikiran dan perasaan dalam suasana aman,tenteram,damai dan tenang.

Setengah jam sebelum balik bertugas ada rakan sekerja memaklumkan ada masalah berlaku.Ada kes duit ‘short’ dalam kaunter juruwang.HB dengan rasa tenang terus membuat pengiraan berganda.Alhamdullilah dakwaan duit ‘short’ tidak berlaku.Itupun setelah HB membuat pengiraan dengan sangat teliti.HB yakin tiada masalah berlalu.

Sekarang pembaca mungkin sedar bahawa hati yang tenang membawa keajaiban dalam urusan harian.Memang benar hidup tak lepas dari ujian,dugaan dan cabaran yang bertali arus.Hati yang tenang dan cekal amat diperlukan.Kuncinya adalah hati yang tenang

[admin]

HB akan kekalkan hati yang tenang dalam melayari kehidupan ini.Tiada pilihan yang lebih baik selain terus berlapang dada untuk menikmati ketenangan hidup.Hati yang tenang akan menarik rezeki misalnya berjumpa rakan bisnes yang sudi mengusahakan WafyMobile.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa kalian di puncak KEJAYAAN

2 ulasan

Hati yg tenang melahirkan jiwa yg ikhlas dan suci, in shaa Allah...

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat tuan HB sekeluarga... maaf zahir dan batin. Salam ceria selalu... :)

terima kasih tuan..sama-sama kita beramal.


EmoticonEmoticon