Iklan Petronas Menyentuh Perasaan Lelaki

Iklan Petronas Menyentuh Perasaan Lelaki...Sebagai seorang lelaki yang bergelar ayah,HB tersentuh hati menonton iklan ini.Hati HB sebak dan rasa nak nangis.Namun lelaki yang hati sado mana boleh nangis.Malulah wei.Mahu tidak mahu HB tahan dan kuatkan hati untuk tidak nangis.

credit : Google image

Apa yang menarik dalam iklan tersebut ialah bagaimana kisah seorang ayah dan anak lelaki kecil terpaksa keluar dari rumah yang kena sita.Si anak berdegil tidak mahu keluar dari rumah kerana tidak faham situasi yang dihadapi oleh ayahnya.

Ayahnya terpaksa mengendong anak lelaki untuk keluar dari rumah pada malam hari yang sangat hening.Pada saat itu anaknya masih memberontak.Untuk memujuk anak lelakinya si ayah terjumpalah troli secara kebetualan.Si ayah kemudiannya cuba mengalih perhatian anak dengan bermain berkejaran dalam troli tersebut.

Apa kata kita saksikan bersama-sama iklan tersebut dalam video ini.Pesan HB jangan nangis la ye.Kuatkan hati kerana kisah ini dalam iklan semata-mata.Selamat menonton:


[admin]

Hati admin tersentuh bukan apa.Kisah ini sangat tragis kerana hampir berlaku kepada HB sendiri.Nasib baik tak berlaku.Masih ada rezeki untuk menahan rumah dari kes kena sita.

Kepada sesiapa yang terkena musibah begini jangan risau.Banyakkan sedekah dan rajinkan diri untuk ke masjid menunaikan solat subuh berjemaah.In shaa Allah akan terjumpa jalan penyelesaian.

Nak pendapatan sampingan boleh tengok-tengok kat pautan NAK DUIT EXTRA

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi

14 ulasan

kasih seorang bapa yang jarang diceritakan
sebaknya menonton...pepagi dah hujan kat sini

Iklan petronas ni mmg mendalam maksudnya... nasihat dan peringatan buat kita semua juga kan...

Itu memang kisah sedih dan ada maksud yang mendalam bagi kita semua

Moga moga kita memiliki anak yang boleh berbakti kepada orang tua.

tak sanggup nak tgk citer sedih mcm tu . cukuplah dulu dah pernah rasa hidup susah ...

Saya rasa ini adalah antara iklan raya terbaik tahun ini

Betul.. sedih gak tengok iklan raya tu.. tahun ni banyak iklan2 raya yang mantap..

ya..betul..jom perbaiki hidup ini

iklan yang begitu bagus sebenarnya

Seperti biasa, Petronas mesti produce iklan tahap masterpiece hehe.. iklan MAS boleh tahan jugak sedih hehe

saya lebih suka iklan yang lucu berbanding sedih..

Imbau kenangan lalu ya HB..tak dapat tonton erro line x lancar HB

he..he..tak pe tuan.buat apa yang patut sahaja


EmoticonEmoticon