Hidup Rasa Nikmat Kerana Bersyukur

Alhamdulillah.Memang best.Kehidupan dengan penyertaan rasa syukur memang terasa bahagia,aman dan sejahtera.HB pasti dengan bersyukur maka nikmat bertambah.Nak tahu juga jom teruskan pembacaan.

Seawal pagi lagi HB dah tetapkan niat untuk bersyukur dengan apa yang berlaku sepanjang hari ini.Sebelum,semasa dan selepas bekerja ternyata mood HB macam biasa.Rasa tenang dan puas sahaja dengan kerja.

Sehingga malamnya HB masih menunggu apa keajaibannya dengan mensyukuri pekerjaan pada hari ini.Nampaknya belum.Apa yang pasti HB tak rasa letih bekerja hari ini.Biarpun agak sibuk.

Selain itu HB ada merasai angin malam yang bertiup nyaman sekali.Terasa nikmatnya dengan angin sepoi bahasa.Pada perkiraan HB itu mungkin kesan rasa bersyukur hari tersebut.Diberi rezeki berbentuk angin yang sangat menyenangkan.

Semasa berada di Pasar Stutong pula HB bersyukur kerana berpeluang membeli minyak wangi tanpa alkohol dengan bauan Desire Dunhill.Harga murah namun puas hati tahap maksimum dengan keadaan yang sedia ada.Baunya memang menyenangkan.


[admin]

Nampaknya rasa bersyukur mendatang rezeki berbentuk rasa bahagia,tenteram dan aman damai.Itulah yang HB dapat sekarang ini.HB berdoa agar terus bersyukur apabila diberi nikmat secara langsung atau sebaliknya.

Salam motivasi dan syukur selalu setiap masa dan ketika.

6 ulasan

Bersyukur juga mampu memberikan lebih bnyk rezeki, in shaa Allah.

Alhamdulillah...bersyukur juga akan buat hati tenang dan damai

LAIN SYAKARTUM LAAZIDANNAKUM WALAIN KAFARTUM INNA 'AZABI LASYADIDIID...

betul sangat tuan...itu yang terbaik..

bukan senang nak dapat hati yang tenang dan damai nie


EmoticonEmoticon