Bersangka Baik Memberi Ketenangan Hati

Prinsip bersangka baik mudah sahaja.Fikir yang baik-baik akan mendatangkan kebaikan dalam pelbagai dimensi kehidupan.Jika sebaliknya maka perkara negatif pula yang bakal tiba.

Untuk lebih mudah memahaminya fikir yang baik baik sahaja.Hati akan tenang dan jiwa akan damai.Memang ada kesannya biarpun cara minima.

Kredit : Google Image

Misalnya hari ini.HB rasa kurang bersemangat nak turun bekerja.Biasalah selepas offday sehari.Mood kerja belum datang.Kebetulan pula dalam minda HB dah tak nak kerja makan gaji.

Namun perlu bersabar dan terus bersabar meskipun dah tahan sabar 20 tahun.HB faham bukan perkara mudah untuk menukar kerjaya tanpa perancangan baik jangka pendek maupun jangka panjang.

Alhamdulillah dengan mengingatkan diri untuk bersangka baik maka pemikiran HB kembali positif.HB kerja macam biasa dan tangani apa jua cabaran dengan bijak.Minda sendiri mesti dipuji supaya ia sedar bahawa memang betul bijak dan pintar.

Cabaran yang HB hadapi sekarang untuk memperolehi sumber pendapatan untuk menampung kehidupan.Kos hidup 10 tahun dahulu dengan yang ada sekarang ini amat berza.Jauh berbeza bagaikan langit dengan bumi.Jika tak cukup memang memeritkan.

Dari segi positifnya ada hikmah supaya HB berikhtiar pelbagai cara.Ada guna cara biasa dan juga mencuba kaedah luarbiasa.Antaranya Cabaran Segmen Sukses 21 Hari yang tengah hangat berlangsung setakat ini.

Dengan menerapkan elemen bersangka baik HB sangat yakin dan percaya akan menghasilkan kejayaan yang berimpak maksima.Kita tunggu dan lihat sambil dalam diam untuk mendokan kejayaan tersebut.

{admin}

Ada sedikit perubahan berlalu.HB akan mengemaskini blog ini dan blog yang satu lagi secara berselang seli.Tujuannya agar memberi ruang waktu yang cukup banyak untuk HB mencari bahan yang lebih bermanfaaat.

Salam motivasi dan jumpa lagi dalam artikel yang seteusnya.

Bacaan tambahan:

Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!

Anak Terlalu Nakal? Klik Disini!

Buat Duit Dari Rumah!

8 ulasan

Bersangka baik dan bersyukur akan membuat hati tenang dan jiwa aman. Tapi pada masa yg sama mesti terus berusaha agar lebih maju.

gabungan elemen ini memacu kejayaan supaya leboh mantap

Betul tu... buruk sangka boleh jadi penyakit pada hati dan jiwa... nauzubillah.

kdg2 bosan jg kerja makan gaji ni, tapi nk kerja sendiri, masih belum mampu lg..banyak yg perlu difikirkan, ditimbangtara..

"whatever the mind can conceive and believe, it can achieve"..think positive..

cara mudah untuk elak buruk sangka ialah tukarkan pemikiran untuk jadi baik sangka..

ya betul tu tuan..jika asyik berfikir jadilah macam saya nanti....he..he...impian terus berimpian

sangat2 setuju HB..wajib amalan ini tau

ramai kita tak sanggup nak buat..


EmoticonEmoticon