Netizen Suka Menghakimi Orang Lain

Netizen Suka Menghakimi Orang Lain…Pada mulanya HB nak buat tajuk entri yang lebih kontroversi.Tak sampai hati.Sebab nak jaga kemuliaan bulan Ramadan.Itu prinsip HB.Prinsip Netizen atau pengguna media sosial yang lain HB memang tak tahu.Masing-masing ada cara pemikiran tersendiri.Tahap akademik berbeza dan nilai sahsiah diri turut berbeda.Bukan bermaksud HB lebih baik.Itu ujub diri dan takabur jadinya.Parah dan bahaya.Betul kan.Wajib dijauhkan sejauh mata memandang.

kredit : Google image

Baru-baru ini heboh di media sosial apabila ada gadis membuat pengakuan suka dengan laki orang.Ada juga kes wanita yang bercinta dengan spesies suami orang,Bukan perkara baru sebenarnya.Cuma apabila berada di alam maya ia semakin sensasi untuk diketahui netizen.Pada ketika itu akan muncul pengkritik yang ikut sedap mulut dan panas emosi.Mereka tidaj sedar apa yang ditaip pada ruangan komen dalam Facebook atau Whatsapp kekal tidak sebagaimana pembicaraam lisan.

Mereka menghakimi dengan emosi.Meluah isi hati dengan kata-kata nista dan kurang sopan.Mereka menuding jari kepada si wanita dengan meletakkan kesalahan yang amat berat.Sedangkan hakikat sebenar belum tentu salah atau belum tentu benar.Isu peribadi yang kecil menjadi besar.Keburukan diperbesarkan manakala titik  kebaikan  ditiadakan.Netizen semakin galak melontar tohmahan sehingga tidak sedar sedang berpuasa.Ternyata budaya ini memghampiri sifat Dajal.Nauzibillah mun zalik.Minda dijauhkan .Ammin.

Tidak dinafikan ada  netizen yang  baik hati.Mereka kurang popular dan sikap mereka kurang gemar untuk membuat provokasi.Mereka menghakimi orang lain dengan petanda aras yang baik dan positif.Serius cara mereka menghakimi patut dicontohi kerana tidak mengaibkan orang lain.Mereka tak ramai dan golongan ninoriti akan menikus sekiranya ada  golongan pertama mengganas dalam media sosial.

[admin]

HB suka media sosila dan secara tdak langsung telah menjadi sebahagian besar netizen yang lain.Perlu difahami bahwa HB tidak mahu menghakimi atau mengadili orang lain.Hak itu bukan pada HB.Hak itu terletak pada kekuasaan Allah SWT.

HB berharap jangan ada netizen yang tak sedar dunia dalam mengkritik hal orang lain.Lebih-lebih lagi soal jodoh kerana hikmahnya hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui.

Sekian.Nak baca lagi boleh layari blog Buku Best.

20 ulasan

Media sosial ni, memang kena ada guideline pada diri.. supaya tak terikut dengan sesetengah orang yang suka menghentam peribadi individu lain...

kadang apa yang kita baca tak sama dengan realiti

ya.

orang kita memang dah lain macam sekarang ni.

tak faham dibuatnya.

betul la..bila di media sosial ni ramai yang lebih berani bila nak meluahkan pendapat..ada yang sampai jadi kurang ajar..sebab itu ramai yang suka tunjuk sisi baik diri sendiri di laman sosial ni..sebab tak nak orang label macam2 .. kalau tak nak kena hentam jaga la diri baik2..media sosial memang kejam..

apabila menulis gn perasaan.....

Kerana orang kita suka 'drama'...
Semoga dapat dijadikan pengajaran dan sempadan tentang perkara2 yg tidak baik.

Lumrah kebanyakkan orang lebih terarah kepada perkara-perkara negatif daripada yang positif. Mereka rasa puas bila dapat sakitkan hati orang. Tak fikir pun komen-komen itu akan dibaca oleh anak-anak, emak/ayah masing-masing. Sadis. Semoga dijauhkan.

dunia akhir zaman nie...

era dunia tanpa sempadan ni klu tak dijaga mmg tanpa sempadanlah jadinya kan.. komen ikut sedap hati je... mudah2an kita tak tergolong di kalangan org2 yg mcm tu...

betullah. keterbukaan di media sosial sesuatu yang mula menampakkan keburukkan
komen-komen yang ditinggalkan memang boleh buat sakit jiwa
seolah mereka yang tinggalkan komen menghakimi orang tu,
macam baik sangat

most of the times saya lebih suka bersikap berkecuali
tapi kadang lebih banyak tidak meninggalkan komen
takut ada yang terkecil hati...payah nanti nak menjawab

tidak dinafikan kita suka ambik tahu hal orang lain terutama kisah peribadi

tokok tambah itu menjadikan ia semakin sensasi

terpaksalah buat-buat faham bro

media sosial ok..yang tak ok pengguna media sosial

lain kali jangan guna perasaan...guna akal lagi bagus

kita jangan ikut dah cukup baguskan

hati kita perlu dibersihkan dari kekotoran..selagi tak bersih maka selagi itu perkara begini boleh berlaku

semoga kita dijauhkan dari perkara begini

lebih baik berkecuali..saya biasanya unfriend sahaja kawan sebegitu


EmoticonEmoticon