Misi Segmen Sukses Kedua Berakhir

Misi Segmen Sukses Kedua Berakhir…Tak terasa masa 21 hari sudah berakhir.Dalam masa tersebut HB telah menjalani segmen sukses kedua dengan tema Indahnya Amalan Memberi.Pelbagai kenangan dan cerita sepanjang tempoh tersebit.Nak tahu tak nie.Kalau sungguh nak tahu HB sarankan kepada pembaca untuk terus kekal berada dalam blog ini sedikit masa lagi.

Gambar hiasan dari Google

Segmen sukses kedua ini antara yang mencabar.Dalam segmen ini HB telah banyak melepaskan beberapa barang dan wang sebagai sedekah kerana Allah SWT.Rasa sayang terhadap barang yang disedekahkan itu masih terasa hingga ke hari ini.Memang sukar dan memang mencabar.HB terpaksa pasrah demi mendidik jiwa supaya lebih pemurah dalam bersedekah.

Sepanjang tempoh dari 1 Jun 2016 sehingga 21 June,HB telah berjaya melaksanakan misi tersebut dengan jayanya.HB telah berpisah dengan barang yang sangat disayangi hinggalah kepada barang yang kurang digunakan.HB berjaya  sedekahkan kepada sanak saudara dan masjid yang berkenaan.Ada juga yang HB buat secara terang terangan dan juga dalam keadaan berselindung.Pokok pangkalnya kerana Allah SWT dan berharap diterima amalan tersebut.Aamiin.

Semasa melepaskan barang tersebut HB telah berpesan kepada diri sendiri.HB  bertekad agar segala impian dan cita-cita HB mendapat bantuan dari Allah SWT.Sebab selain berdoa maka tangan turut bersedekah.Tabiat ini memang digalakkan dalam agama.Jadi tak salah dan jangan peduli apa orang kata  kerana kita beramal semata-mata kerana Allah.

Dalam masa terdekat ini sudah tentu belum ada apa-apa kesan yang boleh HB kongsikan dalam blog ini berkaitan segmen sukses kedua.Cuma kesan segmen sukses pertama dah HB rasai.HB sudah istiqamah dan konsisten untuk solat fardu subuh di masjid.Tidak seperti sebelum ini.Sekejap ada dan sekejap tiada.Lama kelamaan hilang terus.Azam dan niat terus tinggal habuk.

In shaa Allah kesan pelaksanaan segmen sukses kedua yang telah pun berakhir 21 hari maka akan menjadi tabiat baru untuk HB supaya bersedekah setiap hari.Tidak kira kecil atau besar.Yang penting ada sesuatu yang disedekah pada hari tersebut.Tujuannya supaya minda separa sedar tahu bahawa ciri-ciri orang pemurah sudah terbentuk pada tabiat HB.Biarpun secara paksa pada permulaan dan seterusnya akan menjadi biasa sehingga terasa tangan kanan yang memberi maka tangan kiri tidak mengetahui.

[admin]

HB amat berharap segmen sukses kedua memberi impak dalam masa terdekat ini.Tujuannya  agar memberi satu motivasi kepada HB untuk berkongsikan kejayaan tersebut kepada orang lain supaya boleh dicontohi dan diteladani.

Sehubungan itu HB telah memutuskan pada 22 June 2016 pula berlangsungnya segmen sukses yang ketiga pula.Temanya adalah Implimentasi Hukum Tarikan.Segala infomasi dan kemaskini harian segmen sukses ketiga  akan HB tulis ke dalam blog mrhanafi.com
.
Sekian.Salam ceria dan jumpa lagi dengan kisah kejayaan yang lain pula.

p/s : Laluan Menjadi Jutawan dalam pautan >>>Saya Nak Kaya

8 ulasan

moga terus istiqomah ye HB
betullah akalu kebaikan agak sukar nak tetapkan hati
untuk terus buat. tapi cara HB ni bagus
saya doakan dari kejauhan. moga success

In shaa Allah...setiap perbuatan dan niat yang baik, pasti ada balasannya

insya allah..... mudah-mudahan

terima kasih kerana doakan saya...aamiin

memang ada dalam. al Quran..buat baik akan dibalas baik

aamiin dn itu yang terbaiknya

Alhamdulillah semoga terus istiqamah menjalankan perintah Allah

in shaa Allah dan itu yang terbaik dalam hidup ini


EmoticonEmoticon