Cabaran 21 Hari Berjaya Dilaksanakan

Cabaran 21 Hari  Berjaya Dilaksanakan…Alhamdulillah.HB memanjat kesyukuran teramat sangat kepada Allah SWT kerana mengizinkan HB berjaya melaksanakan misi cabaran 21 hari.Cabaran tersebut telah dimulakan pada 12 Mei 2016 dan telah berakhir pada 1 Jun 2016.Sepanjang tempoh tersebut memang ada cabarannya dan yang paling penting sekarang ini nak meneruskan sebagai budaya hidup.


Mungkin ada yang teringin nak tahu.Biasalah nak tahu apakah cabaran tersebut.Adakah cabaran itu memang betul-betul mencabar sehingga tak ramai yang sanggup buat.Lagipun syaratnya mesti buat tanpa meninggalkan satu haripun selama 21 hari.Sekiranya terlepas sehari maka perlu bermula sebagaimana hari pertama.

Jika diikutkan hati memang HB segan dan malu untuk kongsikan cabaran ini untuk tatapan umum.Namun HB tetapkan hati bahawa apa yang HB lakukan ini sebagai sumber inspirasi kepada para pembaca bahawa kita semua boleh melakukan dengan tekad yang amat kuat.Bukan HB seorang sahaja.Semua boleh lakukan.Perlu diingatkan cabaran ini tak la mencabar sangat untuk sesetengah orang.Sebaliknya bagi HB ia merupakan cabaran yang cukup gentir.

Cabaran 21 hari yang HB maksudnya di sini ialah satu bentuk cabaran peribadi kepada HB untuk solat subuh secara berjemaah di masjid tanpa tertinggal takbiratul ikram yang pertama.Ternyata HB sudah berjaya melaksanakannya.HB terus melakukan sujud syukur di Pusat Islam IPTAR Kota Samarahan pada hari terakhir cabaran tersebut.

Kini cabaran 21 Hari tetap diteruskan kepada cabaran yang lebih mencabar lagi mulai 1 Jun 2016.Buat masa sekarang HB rahsiakan dulu.In shaa Allah apanbila selesai tempohnya barulah dikongsikan dalam blog ini.In shaa Allah.Kalau kongsikan terlalu awal macam tak saspen la pulak.Pelbagai kejutan dan kesan dari cabaran 21 hari ini akan HB kongsikan dalam blog ini atau blog mrhanafi.com

Cabaran 21 Hari  merupakan  segmen sukses yang pertama.Buat makluman semua HB telah meneruskan segmen sukses kedua iaitu Cabaran Kuasa Memberi.Jangkamasa yang ditetapkan selama setahun iaitu akan berakhir pada 1 Jun 2017.HB akan melakukan amalan bersedekah wang,tenaga,ilmu dan apa sahaja yang bermanfaat setiap hari.Ada 3 kaedah dilakukan meliputi sedekah 10 peratus,20 peratus dan sedekah ekstrem.In Shaa Allah HB tetapkan niat kerana Allah Taala dan dijauhkan hati dari sifat ujub serta riak kepada diri sendiri.

Demi menjaga kesucian nilai sedekah HB sedaya upaya untuk tidak membicara secara terang-terangan apa jenis sedekah yang HB lakukan dalam Cabaran Kuasa Memberi ini.HB cuma memohon pembaca untuk berdoa kepada HB agar segmen sukses pertama dan segmen sukes kedua berjalan seiringan.Kejayaan yang terhasil itu nanti HB akan kongsikan juga dalam blog ini.Mudah-mudahan memberi sumber motivasi dan inspirasi kepada semua.

[Kesimpulan admin]

HB tetap yakin jika niat yang baik pasti Allah permudahkan.Cabaran memang tetap ada.Jika tiada cabaran hidup ini tak terasa nikmatnya.Moga-moga kita semua diberi kekuatan dan petunjuk agar sentiasa berada dijalan yang benar.

Sekian.Salam motivasi dan ceria hendaknya.

34 ulasan

Cabaran itu kadangkala menjadikan kita lebih kuat dari sebelumnya, cabaran itu kadangkala petunjuk kepada potensi diri yang tidak diketahui sebelumnya..

Semoga sukses bro...

wah. tahniah kerana berjaya melaksanakannya
semua tu perlu kesungguhan dan istiqamah kan
all the best ye
saya pun mungkin perlu ikuti cara HB ni

assalamualaikum hb...lama x singgah sni..apa khabar

Alhamdulillah, bagus cabaran tu untuk seorang lelaki amalkan setiap hari..semoga istiqamah HB

wahh menarik betul cabaran 21 ni

terima kasih tuan..tepat tu

bagus dan semoga ada kekuatan untuk melakukannnya

wsalam..dan saya sihat.Alhamdulillah

Itu amalan yang terbaik sebagai permulaan hari

ya..memang menarik..

Alang-alang dah dekat ramadhan nie , marilah kita sama-sama sahut cabaran nie .

Salam Bro hanafi. Alhamdulillah... semoga ia menjadi motivasi berguna untuk beramal ke jalan Allah Taala Yang Agung. Moga dipermudahkan segala urusan dan mendapat keberkatan hendakNYA.

Semoga berjaya mencapai cabaran2 seterusnya dengan suksess

Salam Ramadhan HB & selamat berpuasa

Cabaran 21 Hari.. Baik dan bermanfaat ni.. xkira apa jenis cabaran sekalipun.. Tahniah HB.. hehe

Tahniah HB.. tanpa cabaran sukar untuk kita semua merealisasikan kejayaan... semoga terus sukses!!

Salam Ramadan Al Mubarak HB... :)

mmg bagus memperbanyakkan sedekah dibulan puasa...

Boleh diteruskan sepanjang bulan Ramadhan pula

tahniah bro hanafi atas kejayaan cabaran ini.

wah tahniah kerana berjaya melepasi cabaran itu tuan, tak smeua orang boleh laluinya.

Terbaik tuan.. InsyaAllah.. benda yang janggal akan menjadi kebiasaan bila dilakukan..

aamiin dan itu yang sebaiknya..

ya..itu yang sepatutnya..

wsalam tuan Kamil..memang betul dan aamiin.

terima kasih dan selamat menyambut ramadan al mubarak

he..he..ia memang baik untuk saya dan juga untuk pembaca semua.

terima kasih tuan ..semoga ia boleh menjadi sumber inspirasi buat semua..

bulan puasa adalah bulan yang melipatgandakan sedekah..

terima kasih atas sokongan

sebab itu ada pepatah..alah tegal alah bisa

Salam Ramadhan & selamat berpuasa

terima kasih dan selamat berpuasa

Tahniah HB sebab berjaya lalui cabaran tersebut :D

terima kasih tuan..bagi sokongan padu yang hebat


EmoticonEmoticon