Bersedekah Untuk Penuhi Segala Hajat

Bersedekah Untuk Penuhi Segala Hajat   Kenyataan tersebut memang ada kebenarannya.Kebetulan pula dalam bulan Ramadan yang mubarak ini adalah masa terbaik untuk melipatgandakan sedekah kita.In shaa Allah dengan niat yang lurus dan semata-mata kerana Allah sudah pasti sedekah itu sebagai medium terbaik untuk memenuhi segala hajat.

kredit : Google image

HB beberapa kali mengikuti kuliah Youtube dari Ustaz Yusuf Mansur dan Motivator Mas Ippho Santosa.Mereka berulang kali menegaskan bahawa bersedekah boleh mempercepatkan hajat kita baik urusan dunia maupun akhirat.Tidak keterlaluan bersedekah secara luarbiasa dan konsisten akan membawa perubahan yang drastik dalam hidup.

Apa yang menariknya bersedekah bukan mengurangkan apa yang kita ada.Bersedekah akan membawa penambahan sehingga berlipat kali ganda.Menurut Ustaz Yusuf Mansur, sekiranya kita bersedekah RM10 maka diganti menjadi RM100 dengan konsep asas ganda 10.Yang pasti ia adalah minima.Sedangkan ada yang diberi ganti oleh Allah 70 kali ganda ataupun 700 kali ganda maupun tidak terhingga.Walaahualam.

Ayuh pembaca sekalian.Mari kita bertekad dan sungguh-sungguh untuk bersedekah.Berilah sedekah yang ekstrem atau sedekah yang tak masuk akal.Sebab apa yang kita beri kepada Allah adalah penanda aras keyakinan dan ketakwaan terhadap kekuasaanNya.Allah SWT Maha Adil dan Maha Mengetahui.Lagi sulit dan lagi sukar keadaan kita maka lagi afdal untuk bersedekah.

Andainya ada pembaca yang sekarang tengah diuji dengan belenggu hutang jadi sebaiknya mulakan langkah penyelesaian dengan bersedekah.Selain beransur-ansur membayar hutang adalah lebih elok juga ketepikan juga duit untuk bersedekah setakat yang mampu.Buat secara sungguh-sungguh dan serius giler kata orang sekarang.Sudah pasti pertolongan Allah tiba.Jangan pula lupa untuk solat fardu,solat malam dan solat sunat dhuha.

Begitu juga kepada pembaca yang berimpian untuk menjadi kaya dan berkah.Jadikan amalan bersedekah duit.Sebab kita bagi duit maka Allah akan ganti duit.Namun itu perkiraan manusia.Sedangkan Allah Maha Mengetahui keperluan kita pada masa dan ketika yang sesuai.Bak kata orang,sebaik manapun perancangan kita sudah pasti perancangan Allah jauh lebih baik.

Kepada pembaca yang ada hajat besar tentunya HB sarankan kalian bersedekah secara besar-besaran juga.Misalnya hajat nak ketemui jodoh yang terbaik atau hajat nak berpoligami kerana Allah SWT.Sebab bab berpoligami adalah hak Allah yang akan diberikan kepada lelaki yang terbaik menurut sunnatul alam.Pada pandangan manusia biasa memang berpoligami seperti nak menganiaya perasaan wanita yang berkongsi suami.Hakikat yang jelas ialah poligami adalah rahsia jodoh manusia yang menyingkap 1001 hikmah ketakwaan.Kalau tak baik mengapa para nabi dan para solehin ada mengamalkan poligami.Itu sahaja dan tak perlu kita berpolimik tentang rahsia jodoh.

[admin]

Mudah-mudahan bersedekah boleh memenuhi segala hajat kita yang baik.Jika belum percaya sila cuba dulu.Dah cuba baru tahu.

HB sedar dan faham bersedekah akan menjadi satu tabiat yang hebat jika sudah dilatih.Atas alasan tersebut HB tengah mengikuti Segmen Sukses Kedua In shaa Allah  hasil kejayaan nanti akan terus dipanjangkan dalam modul latihan peningkatan potensi diri.Sama-sama kita berdoa kejayaan tersebut.

Saranan HB kepada pembaca semua untuk teruskan membaca ilmu berkaitan sedekah dalam pautan>>>>>>>Petua Dapat Rezeki Yang Berkat.

Sekian.Salam ceria dan motivasi hendaknya

22 ulasan

bulan ramadhan orang kejar pahala..dengan sedekah pun besar pahalanya

Perkongsian yang menarikkk

NIce sharing bro...marilah kita bersedekah..

btul tu..ganjaran berganda-ganda bila bersedekah..

betul..dan pastinya saya setuju

jom bersedekah..mulakan dengan perkara kecil dahulu

itu sudah pasti...ganjaran berkali lipat

Allah dah bagi jaminan.. orang yang bersedekah akan mendapat ganjaran berlipat ganda..

mudah2an Allah permudahkan urusan

Dengan memberi, bersedekah dgn yakin mampu menjemput lebih banyak rezeki... subhanallah... semoga segala urusan tuan berjln lancar... aamiin.

Tak pernah rugi & x akan miskin org yg ikhlas bersedekah.

betul bro..tersangat bersetuju saya..

aamiin dan begitulah hendaknya

aamiin dan terima kasih bro..

memang tidak dapat disangkal lagi tu..

mula2 nak bersedekah tue mesti rasa macam 50-50.. semoga bulan Ramadhan kita boleh latih diri memberi dgn ikhlas..

perasaan kikir kita dan belum yakin dengan janji Allah meyebabkan perasaan was-was untuk bersedekah

tiba2 rasa nak menangis baca entry ni

ye ke..sabar dan kuatkan hati

insyallah...akan diusahakan utk bersedekah
tqsm

bagus dan semoga istiqamah untuk melakukannya


EmoticonEmoticon