Persediaan Asas Untuk Jadi Jutawan

Persediaan  Asas Untuk Jadi Jutawan…Menjadi jutawan adalah idaman ramai orang.Mereka nak kaya,ada duit dan masa yang banyak untuk keluarga.Lebih-lebih lagi bersama orang yang kita sayangi dan cintai sepenuh jiwa raga.Bukan maksud HB nak menyuruh kalian cintakan dunia semata-mata tetapi maksud tersirat ialah kejar kekayaan dunia demi kepentingan  akhirat.

Menjadi jutawan tidak memerlukan sijil kelayakan yang tertinggi.Mereka cuma perlu usaha,ilmu dan yakin segala usaha pasti menemui hasilnya.Selain itu ada sesuatu yang membolehkan seseorang menjadi jutawan.

kredit :worldallas.com

Perkara tersebut ialah kemahiran mengurus wang,Para jutawan sudah  tertanam dengan sikap untuk tidak menghabiskan pendapatan.Mereka membelanjakan pendapatan melalui pecahan berikut:

1.60 peratus untuk perbelanjaan

Hanya 60 peratus sahaja pendapatan mereka yang boleh dibelanjakan.Keutamaan mereka tidak berubah.Disiplin para jutawan amat tinggi dan kental.Misalnya seseorang jutawan ada menerima pendapatan RM100K sebulan.Dari jumlah tersebut hanya RM60 ribu digunakan untuk membeli barang makanan,set kekemasan diri serta bayar bil itu dan ini.

2.10 peratus untuk simpanan jangka panjang

Jumlah 10 peratus ini untuk simpanan tetap.Wang ini masuk ke dalam akaun peribadi dan tidak akan dikeluarkan selama yang boleh.Kalau boleh atas 20 tahun atau 30 tahun.Untuk tujuan tersebut tidak semestinya ada satu bank semata-mata.Kalau perlu pelbagaikan jenis bank untuk menyimpan wang  dalam jangka masa yang panjang.

3.10 peratus untuk simpanan kecemasan

Malang tidak berbau dan sediakan payung sebelum hujan.Perumpamaan ini berkait rapat dengan cara kita mengurus wang untuk kegunaan kecemasan.Para jutawan telah menetapkan 10 peratus dari pendapatan untuk tujuan tersebut.Wang ini boleh disimpan dalam akaun bank maupun peti besi di rumah.Rasioanalnya supaya perjalanan hidup kita lebih ‘peace of mind’ dan fokus untuk tujuan ibadah yang khusus pula
.
4.10 peratus untuk simpanan percutian

Setelah bekerja keras mencari pendapatan maka selayaknya badan kita diberi rehat dengan melancong.Wang tersebut boleh diperolehi dengan menyimpan dalam satu akaun khas.Lagi banyak wang terkumpul  maka lagi cepat program cuti-cuti Malaysia.Tak akan la esok nak melancong maka pada hari itu juga mula nak menyimpan wang.Mana boleh macam tu.

5.10 peratus untuk pelindungan takaful

Rata-rata orang kaya melihat perkara ini sangat serius.Jika ada apa-apa berlaku kita sudah ada wang jaminan untuk para waris.Tak la kita meninggalkan hutang buat mereka.Sebaiknya kita meninggalkan mereka dengan kekayaan,kemewahan dan kemudahan untuk melayari hidup ini dengan pernuh berkah dan istiqamah.Nasib baik penyedia telco terlajak jimat menyediakan RM100 ribu setiap seorang sebagai insuran kepada pengguna mereka.Setidak-tidak wang tidak berhenti bergerak walaupun sedikit.

[nota admin]

Kemahiran hidup dalam mengurus wang sangat penting kepada jutawan.Kemahiran ini sepatutnya sudah dibiasakan sebelum mereka bergelar jutawan lagi.

Kita semua boleh bermula dengan sikap ingin tahu,suka mencuba dan ada usaha untuk membuat tindakan.Ayuh mulakan sekarang.Kalau bukan sekarang bila lagi masa yang sesuai untuk kita semua.

Sekian.salam ceria dan HB ajak pembaca sekalian untuk membomgkar kisah jutawan sekelip mata di pautan >>>>>  INI

18 ulasan

Pengurusan kewangan yang baik memang sangat penting

betul dan tidak dapat dinafikan tu..

thanks sharing tips2 ni...terbaik bro!!

TQ sharing tips.. sangat berguna.. tambahan zmn skrg, kena lebih bijak saving & melabur

Tips yg baik utk panduan semua yg inginkan kejayaan... in shaa Allah, pasti dipermudahkan jln kejayaan, aamiin.

Terima kasih atas tips yg memang patut kita buat.

Best tips nie.. Semoga kita semua pun bakal Jutawan, Aamiin...

Banyak tips yang belum mampu dibuat ni, tapi insyaAllah rezeki bakal jutawan pastinya ada ...

nice tips. bab duit kena bijak menguruskan

Memang tiada short cut untuk jadi kaya. Kenalah berusaha dengan bersungguh-sungguh dan rajin bekerja.

terbaik..in shaa Allah terima kasih

saya nak tambah satu lagi...saving,invest dan donation..

terima kasih tuan...dan sama-sama kita berjuang ke arah tersebut

Aamiin...jika kita berusaha,berdoa dan bertawakal..pasti boleh in shaa Allah

rezeki urusan Allah dan usaha terletak pada kita

ya..bab duit itu yang mudah menyebabkan ramai yang sangkut

itu yang sebetulnya..in shaa Allah sungguh-sungguh pasti boleh berhasil


EmoticonEmoticon