Imaginasi Jadi Jutawan Memang Nikmat

Imaginasi Jadi Jutawan Memang Nikmat…Biar HB bermain dengan imaginasi.HB nak bawa pembaca sekalian merasai bagaimana nikmatnya imaginasi menjadi seorang jutawan.Seandainya ada yang telah menjadi jutawan membaca entri ini mungkin beliau akan tersenyum.Mungkin apa yang ditulis ini tak sama dengan kehidupan  beliau yang sebenarnya.Tidak keterlaluan  apa yang berlaku ini mungkin juga satu kebetulan.Mungkin sama atau mungkin berbeda.

Mari kita mulakan perjalanan imaginasi ini.HB berharap pembaca boleh sama sama berimaginasi.Tak semestinya jalan cerita mesti serupa.Apa yang penting nikmat jadi jutawan itu sudah dirasai sebagaimana ia betul betul berlaku.

Hidup sebagai jutawan memang nikmat.Tak perlu untuk bekerja di tempat kita tidak sukai.Segala keperluan boleh dipenuhi dengan segera.Begitu juga dengan kehendak bila-bila sahaja boleh diperolehi.Duit dalam bank berkepuk-kepuk.Harta benda yang boleh ditukar menjadi wang tunai tak habis 7 keturunan.Maha Suci Allah kekayaan jiwa dan kekayaan di akhirat lebih utama dari  semua itu.

Sebaik sahaja bangun tidur si jutawan tidak perlu lagi memikirkan hal-hal dunia.Semolek-molek pemikiran mereka ialah bagaimana dan cara menyatakan  rasa kesyukuran yang mereka kecapi.Sudah tentu bagi jutawan yang beriman mereka akan memendekkan masa tidur yang begitu enak  pada malam hari dengan solat sunat qiamulail.

Menjelang sahaja waktu subuh mereka akan ke masjid untuk solat berjemaah.Dengan menghidupkan jentera separa  mewah sama ada kereta Camry Hybrid 2.0 atau Ninja King sambil-sambil tu membawa tunai untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid atau untuk diberikan kepada beberapa insan yang diketahui memang memerlukan wang tunai.

Pulang dari masjid si jutawan akan berehat sebentar di rumah.Bersarapan pagi bersama-sama anak-anak dan isteri.Dalam masa yang sama turut menjemput pembantu rumah menjamah rezeki waktu pagi yang begitu berkat.Si jutawan tidak perlu berkejaran ke pejabat kerana kebanyakkan tugas telah diserah kepada pekerja yang terbukti beramanah dan berkaliber.

kredit : palmbeachpost.com

Seusai bersarapan si jutawan akan mendirikan solat sunat dhuha sebagaimana yang telah dilakukannya sebelum bergelar  menjadi jutawan lagi.Rata-rata jutawan yang telah berjaya dalam hidup memang mengamalkan solat sunat dhuha dalam hidup mereka.Lagipun solat sunat lebih mudah dilakukan berbanding solat sunat yang lain.

Sebagai seorang jutawan tentu tidak asing baginya untuk sembang bisnes bersama rakan kongsi dan dan kenalan.Mungkin pada pagi itu si jutawan akan singgah di pejabat untuk bertanya khabar kepada para pekerjanya.Rakan kongsi dan kenalan rapat si jutawan ini bukan golongan kaya sahaja.Ada diantara mereka yang hidup biasa sahaja.

[Nota Admin]

Nampaknya imaginasi HB setakat ini dahulu.Belum dapat pergi jauh sangat.Sebab ada perkara yang bersifat realiti untukan diselesaikan segera.Ada kesempatan masa dan waktu apa kata singgah juga di blog Buku Best.

Peluang jana pendapatan sehingga menjadi jutawan boleh dipelajari dalam pautan ini>>>>>>>>JOM JADI JUTAWAN

Sekian.Salam motivasi dan ceria selalu.

14 ulasan

Aamiin....doakan kita semua menjadi seorang jutawan...

Mudah-mudah kita semua boleh menjadi jutawan yang berjaya dunia akhirat. Aamiin...

Bestkan bila berimaginasi tentang seorang jutawan, semuanya boleh dilakukan, tidak kiralah jutawn senyap, jutwan segera dan jutawan semulajadi. Semuanya syok bila dijadikan angan-angan, macam angan-angan mat jenin.

Semoga imaginasi tuan menjadi kenyataan... aamiin ya Rabb... terbaik!

Hebatnya imaginasi yang dicipta, memang tak salah berimpian besar kan?

Jadi jutawan adalah idaman sume orang.. hmmm

aamiin.dan secara hakikatnya diri kita memang jutawan..otak,kaki,tangan dan apa sahaja dekat tubuh kita tak ternilai harganya

aamiin..kejar akhirat pasti dapat dua-dua

angan-angan mat jenin memang bagus..cuma masalahnya masa dia berangan tu tak kena demgan masanya

Aaamiin dan ya Rabbil alamiin

tapi mesti selalu dibuat supaya lebih rasa real

semua perlu memgidam dan perlu juga berusaha untuk merealisasikan impian tersebut

Mudah-mudahan HB sempat la merasa untuk merealisasikan imaginasi ni ye

aamiin dan berkat doa pembaca psti ia akan berlaku juga


EmoticonEmoticon