9 Tips Untuk Isteri Elak Suami Berpoligami

9 Tips Untuk Isteri Elak Suami Berpoligami…Penulisan ini khas untuk kaum wanita yang sudah atau belum berkahwin.Sebelum itu HB nak letakkan pendirian terlebih dahulu.HB tidak menentang berpoligami kerana ianya terkandung  dalam syariat  ajaran agama Islam yang sempurna lagi syumul.Siapalah kita sebagai manusia yang begitu tega untuk mempertikaikan perintah Allah.Sebab setiap kejadian baik yang kita suka atau tidak mengandungi hikmah kebaikan untuk manusia itu sendiri.Ingat Allah SWT Maha Adil dan Maha Bijak mentadbir sekalian alam ini.

kredit : liputan6.com

Sebaik sahaja lafaz nikah diucapkan dan telah disahkan oleh saksi maka pada saat itu bermulanya segala tanggungjawab bapa si wanita akan diturunkan kepada si suami.Dah macam tukar syif la pulak.Segala kebajikan Isteri adalah tanggungjawab suami dari hujung rambut hinggalah hujung kaki.Amanah ini sangat berat kerana akan diperhitungkan pada hari Akhirat kelak.Oleh itu sebagai suami perlu faham bahawa memikul amanah itu mestilah dilakukan dengan sungguh-sungguh dan keikhlasan tahap terbaik.

Memandangkan suami  sanggup memikul amanah ini kerana cintanya maka isteri mesti fahami tanggungjawab asas mereka.Bukan kerana kepentingan dunia semata-mata tetapi berpaksikan ibadah secara total untuk Allah SWT.Siapa yang faham,sedar dan akur hakikat tersebut maka selayaknya dia adalah isteri solehah idaman suami beriman.

Berikut adalah 9 tips yang para isteri mesti tahu dan amalkan agar suami tercinta mereka tidak akan tergerak untuk berpoligami.Baca dengan mata hati dan usahakan sungguh-sungguh.Jika masih juga suami nak berpoligami maka itu adalah ketentuan Allah SWT terhadap rezeki dan jodoh masing-masing.Kita tidak terdaya menolaknya kerana Allah SWT sahaja  yang ada daya dan kekuatanNya.La Haula Waala Quta Ila Billah.

1.Jangan keluar rumah tanpa kebenaran

Larangan ini macam remeh.Namun impkasinya sangat besat dan dahsyat.Dalam dunia yang serba moden ini segelintir sahaja isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa.Rata-rata memang bekerja dan ada kerjaya sendiri.Sungguhpun begitu para isteri tidak boleh sesuka hati keluar masuk rumah tanpa pengetahuan suami.Larangan ini bukan menyekat kebebasan individu.Seandainya ada isteri tidak betah duduk rumah sedangkan suami di rumah maka lama kelamaan si suami akan kesunyian.Senario ini akan menjadi punca kepada suami untuk mengisi kesunyian tersebut dengan ‘orang baru’.

2.Elakkan mencurigai suami berlebihan

Sifat semulajadi seorang lelaki ialah tidak mahu dikongkong.Mereka mahu berdiri di atas kaki sendiri sebagai seorang pemimpin.Jika ada isteri yang sentiasa curigai suami maka timbul perasaan kurang selesa.Malah tanggapan isteri yang suaminya ada main kayu tiga boleh menjadi kenyataan.Sedangkan pada awalnya suami jenis setia namun tindakan isteri yang membayang perkara negatif maka perkara tersebut akan benar-benar berlalu.Nah.Hukum Tarikan akan berlaku tanpa kita bersedia dengan ayat-apa promosi.

3.Menjauhi sifat cemburu buta.

Memang benar cemburu tanda sayang.Namun cemburu yang keterlaluan adalah cemburu buta.Isteri yang asyik cemburu dengan suami boleh merimaskan kehidupan mereka.Tidak semestinya isteri tidak cemburu maka suami boleh bermaharajalela.Sifat cemburu buta yang ada pada isteri akan menyebabkan suami terhakis kasih sayang mereka.Mana taknya asyik-asyik merajuk,mengamuk dan huru hara jika suami keluar mencari rezeki dan dianggap membuat onar diluar.

4.Berbicara lemah lembut

Dalam Islam sendiri telah diajar bahawa suara isteri tidak boleh tinggi dari suami.Sebab suaminya adalah ketua keluarga yang wajib dihormati dan dipatuhi selagi tidak bertentangan dengan amalan agama.Para suami yang asyik ditengking dan diperbudakkan oleh isteri akan menyimpan dendam gelora dalam hati.Jika diperlakukan demikian lama-kelamaan hati mereka tawar untuk berkasih sayang dengan isteri.Bermulalah episod baru dalam hidup mereka untuk mencari seseorang yang lebih baik.Lagipun ikatan anak tetap ada walaupun suami akan bernikah baru.

5.Rasa hormat suami tahap tertinggi.

Secara logiknya tidak akan jatuh martabat seorang isteri walaupun menghormati suami tahap tertinggi.Lagipun redha Allah bergantung kepada redha suami terhadap isteri.Setiap perkara baik yang kecil maupun yang besar molek sangat meminta kebenaran dari suami.Dahulukan pendapat suami berbanding kawan-kawan atau saudara mara.Ingat selalu bahawa suami adalah ketua dan isteri adalah pembantu.Sekiranya pemikiran dan perasaan seorang isteri sama seperti ketua juga maka tunggu sahaja ketidakharmonian rumahtangga.Ego suami tergugat dan mula mengintai peluang untuk membina rumahtanngga kedua.

6.Jangan suka mengungkit

Suami ada harga diri walaupun kadang-kadang hidup susah.Jadi sebagai isteri yang pernah membantu suami dalam apa-apa perkara baik melibatkan duit,harga,pertolongan dan sebagainya hendaklah jangan suka mengungkit.Masa hidup harmoni tidak akan berlaku.Cuba tengok masa perselisihan faham.Jika ada isteri yang mengungkit kembali apa jua pemberiannya kepada suami atau keluarga maka sia-sia pahala sedekah.Sedangkan dalam rumahtangga mesti ada pengorbanan isteri yang sepatunya memberi tanpa mengharap balasan.Suami akan kecil hati jika semua perkara berbangkit biarpun perkara tersebut bertahun-tahun lamanya.

7.Menjaga penampilan diri

Dalam kehidupan  kita pada hari ini,si isteri gemar menampakkan penampilan yang cantik dan menawan di tempat kerja sahaja.Mereka mahu kelihatan cantik didepan bos dan teman sekerja.Hakikat sebenarnya mereka wajib cantik di depan suami.Pakai baju yang terbaik dengan keharuman minyak wangi.Jika berdua sahaja dirumah boleh memakai pakaian yang seseksi yang boleh.Tidak rugipun berbuat demikian malah cara ini akan memadamkan keinginan suami untuk memandang wanita lain.

8.Memberi senyuman paling menawan

Suami mana yang tidak bahagia melihat isterinya tersenyum manja setiap kali si suaminya balik kerja.Keletihan dan tekanan bekerja akan lupus seratus melihat isteri yang senyum sambil menghidangkan air kegemaran.Biarpun zaman sekarang dua-dua bekerja namun tidak ada alasan untuk tidak berbuat demikian waima seminggu sekali.Suami pasti tertarik dan tertawan siang malam dengan isteri jika budaya senyuman ini diamalkan dalam rumahtangga.Lupakan seketika wajah kurang cantik apatah lagi isteri yang cantik menawan.Senyuman adalah penyeri paling ampuh sekali dalam setiap hubungan manusia.Lebih-lebih lagi kepada suami dan isteri.

9.Penyedia keperluan suami

Suami jika lapar boleh ke restoren untuk makan atau bawa balik makanan.Namun jika suami ‘berhendak’ mana mungkin untuk rumah urut untuk dapatkan benda ‘tu’.Seandainya mereka jika pergi juga maka dosa adalah pelengkapnya.Jadi secara logiknya memang isteri perlu dipersiapkan untuk tujuan memenuhi keperluan batin suami dengan syarat tiada uzur syarie.Namun ada yang mencipta alasan bahawa isteri bukan objek pemuas nafsu.Kalau bukan kepada isteri kemana lagi si suami boleh melepaskan kemahuan batin mereka.Cuma Islam telah memberi garis panduan bahawa gaulilah isteri dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang.

[nota admin]

Kehidupan rumahtangga sepatutnya ada sakinah,mauwadah,warahmah dan berkah.Itu tujuan yang pasti.Tidak dinafikan dengan berpoligami juga boleh membawa kebahagiaan dalam rumahtangga.Sebagaimana pendapat HB sebelum ini, soal jodoh dan rezeki adalah dalam pengetahuan Allah SWT.Dia sahaja yang tahu apa yang terbaik dan termampu untuk hambaNya.

Selepas ini jangan ada salah faham dan memberi  gambaran negatif kepada isu poligami.Tip-tip yang HB kongsikan di atas boleh dijadikan panduan  agar para isteri melaksanakan tanggungjawab mereka baik yang mungkin.Begitu juga dengan para suami agar lebih serius memikul amanah yang diberikan dengan kesungguhan luar biasa.

HB amat menggalak para isteri yang cintakan suami masing-masing untuk terus menambah ilmu dengan klik sahaja banner di bawah:



Sekian.Salam ceria dan jumpa lagi.

18 ulasan

Peringatan yg baik buat para isteri... tp susahlah para suami nak cari alasan nak poligami lepas ni hehee... :)

hukum poligami harus je tuan...siapa yang perlu boleh on sahaja..

isu poligami memang tak pernah hanis dnegan pro dan kontra.

Betul tu, suami isteri perlu saling melengkapi dan memahami. Zaman ini bukan hanya suami yang curang, isteri pun sama jika suami tak menjaga amanah itu dengan baik.

tips yang bagus bro hanafi. jangan terlalu mengongkong suami.

ia adalah kisah evergreen..

minta-minta kita semua dijauhkan dari perkara seumpama ini..

betul tu..suami tak seronok kena queen control..

Peringatan yang bagus pada kita semua. Nak kekalkan hubungan yg baik suami isteri perlu sentiasa memahami dan bertolak ansur

tapi klu Allah dah tulis berpoligami , elak mcm mana pun jadi juga ...

Peringatan yang baik untuk diri sendiri supaya menjadi isteri terbaik buat suami, insyaAllah

terima kasih..bagus untuk mereka yang berkenaan

kunci kebahagiaan memang ada kat situ..

itulah rahsia jodoh dan tanda kekuasaan Allah SWT

kita tidak mampu mengubah orang lain..tetapi kita boleh mengubah diri sendiri supaya menjadi terbaik dari hari ke sehari


EmoticonEmoticon