7 Alasan Paling Kukuh Nak Jadi Jutawan

7 Alasan Paling Kukuh Nak Jadi Jutawan…Pasti ramai nak jadi jutawan.Sebab dengan jadi jutawan hidup susah jadi senang.Orang miskin bisa berubah menjadi orang kaya.Lagi ramai jadi jutawan lagi bagus.Tiada sesiapa yang mampu nak menafikannya.

Dalam entri ini HB nak berkongsi sedikit informasi dan jawapan kepada 7 alasan nak jadi jutawan.Bukan saja-saja nak jadi jutawan.Biarpun ada beberapa orang jutawan yang tidak terfikir mahu jutawan sebelum mereka menjadi jutawan dalam erti kata yang sebenar.

Buat makluman semua apa yang HB keutarakan ini tidak semestinya betul seratus peratus.Ada salah kerana HB belum lagi jadi jutawan.Insya Allah apabila dah jadi jutawan kelak boleh menulis artikel seumpama ini dengan lebih baik dan kaw-kaw.


1.Kehidupan bebas kewangan

Alangkah nikmatnya hidup tanpa perlu bekerja lagi tetapi mempunyai duit banyak berkepuk-kepuk.Nikmat hidup ini sangat terasa apabila tiada langsung memiliki hutang sama ada di bank maupun dengan manusia.Tidak keterlaluan inilah alasan paling bagus untuk kita berjuang untuk menjadi jutawan.Ringkasnya jutawan tanpa hutang.Setelah ajal kita tiba maka tak risau roh akan tergantung antara langit dengan bumi.

2.Memilliki masa lebih untuk beribadah

Dah jadi jutawan buat apalagi  nak fikir sangat tentang dunia.Lebih baik menghabiskan saki baki hidup ini dengan solat berjemaah di masjid pada awal waktu.Selain itu boleh tahajud dan hajat sepanjang malam tanpa fikirkan sangat hal-hal dunia.Boleh berzikir dan baca al-quran selama mana yang kita nak.Paling best orang tak boleh kata apa dah jika kita asyik berada di majlis ilmu biarpun kereta sport mewah berderet di halaman singgahsana.

3.Menginfak duit untuk jalan Allah

Boleh belanja ahli keluarga,jiran tetangga dan sesiapa sahaja yang serius naik haji atau umrah.Biar mereka rasa nikmat beribadah di tanah suci sebagai mana orang yang mampu.Jika ada madrasah yang perlukan duit maka tanpa banyak soal tandatangan sahaja cek sebagai sedekah.Sekirannya ada anak-anak jalanan yang terbiar maka beri mereka peluang sekolah,pekerjaan dan perniagaan yang boleh mengubah nasib mereka.

4.Berbakti kepada orang tua sebaik  yang boleh

Dengan menjadi jutawan maka ibubapa wajib dilimpahi nikmat kekayaan yang kita miliki.Jika mereka perlukan duit dan harta maka penuhi impian tersebut.Biarpun HB belum menjadi jutawan dalam dunia realiti namun hakikatnya dalam dunia impian HB sudah memutuskan jadi jutawan anak emak.Oleh itu selagi mereka masih di dunia ini adalah lebih molek mencurah masa dan tenaga untuk orang tua.Semua perkara ini akan menjadi cepat dan mudah  jika keadaan mengizinkan.

5.Meningkatkan harga diri sebagai orang Islam

Bukan maksud HB untuk mengatakan miskin itu tiada harga diri.Namun harga diri seorang jutawan akan berlipat kali ganda jika menjadi seorang berbudi bahasa,berakhlak mulia dan sangat menghormati orang lain.Alangkah bagusnya ada 100 ribu jutawan yang beriman berbanding 100 orang biasa yang kufur.Tak solat dan tak menjalani kehidupan Islam secara total.

6.Penyumbang zakat terbesar di dunia

Dengan kepadatan penduduk Islam yang terbanyak di muka bumi ini maka zakat yang terbanyak hanya boleh disumbangkan oleh ramai jutawan yang bergelar bilionaire.Zakat seperti air dan udara untuk memberi kelegaan kepada mereka yang memerlukan .Sudah tentu dunia lebih makmur dan harmoni jika ramai orang kaya berbanding orang miskin.Lebih manis lagi jutawan –jutawan yang lahir itu merupakan insan yang tinggi takwa dan sempurna imannya.

7.Menambah cawangan yang sedia ada

Anggap sahaja alasan ini adalah pickup line semata-mata.Dengan kemampuan wang berjuta juta sudah tentu bukan halangan untuk memberi nafkah yang extra kepada ahli keluarga dalam tanggungan.Lagipun ada cawangan baru menambahkan nilai-nilai mauwadah,sakinah dan rahmah dalam keluarga yang bakal dibina.Tidak kira keluarga yang sedia ada atau akan ada.Itu semua adalah nikmat rezeki sebagai jutawan.Man jadda wa jadda untuk mereka yang faham konsep ini.

[Nota admin]

Memang tak salah jadi jutawan walaupun kalian yang membaca ini ada yang sudah bergelar jutawan.Menjadi jutawan adalah perjuangan,impian dan kewajipan sebelum kita dipanggil pulang.Pergi ke sana sebagai jutawan lebih baik berbanding pergi tanpa apa-apa bekalan.Maaf ada ayat skema sedikit.

Sekiranya ada pembaca yang masih mencari rentak dan langkah untuk mencapai impian jutawan maka HB dengan rasa rendah hati untuk memperkenal laluan ke alam jutawan di ------> NAK PELUANG INI

8 ulasan

Setuju dengan kesemua di atas, kecuali no 7...
"Orang lelaki diuji ketia ia senang...."moga berjaya menghadapi ujian :)

setuju atau tidak setuju plan tetap berjalan..he..he..

nak kaya bukan mudahkan..macma kita simpan duit tak simpan mana nak banyak duitnya

yg paling saya suka bab berbakti dgn org tua..
yelah, bila lagi nak balas jasa mereka kan..

sebab ia tak mudah la ramai yang tak sanggup kaya

saya sangat setuju la..bro

Lagi bnyk harta lagi bnyk peluang nak buat kebajikan... moga niat yg baik ttp berterusan bila dah kecapi kejayaan... peringatan yg baik buat kita semua. :)

orang yang beriman molek sangat kaya raya supaya harta mereka boleh dimanfaat oleh masyarakat yang memerlukan..tak la kaya makan sorang-sorang


EmoticonEmoticon