Tak Best Kalau Tak Tulis Blog

Tak Best Kalau Tak Tulis Blog…Perancangan awal nak tulis blog dan kemaskini satu kali seminggu.Rupanya tak best.Tak syok kata orang sekarang.Pada mulanya nak buat blogwalking gila-gila.Buat blogwalking sebanyak yang boleh.Akhirnya HB ambik keputusan untuk tidak meneruskan perancangan tersebut.Menulis blog lebih seronok dan lebih memberi kepuasan diri berbanding membiarkan blog bersarang labah-labah.Blogwalking akan tetap dilakukan cuma tidak dibuat seagresif zaman muda-muda dulu.


Kini HB nak kembali seperti biasa.Tulis blog setiap hari.Ikutkan hati menulis setiap satu blog satu hari.Boleh tak HB.Bukan soal boleh atau tidak.Ini soal nak atau tidak.Jadi pilihan terbaik menulis satu blog dengan satu artikel dan menerbitkan setiap hari.Memandangkan HB ada rangkaian blog maka jadual penerbitan juga berbeza.Program bergilir mesti dilakukan.Dah macam kes poligami lak pulak.

Perlu HB jelaskan bahawa HB mesti menulis sesuatu yang bermanfaat dan berkualiti.Banyak menulis tetapi tulisan merapu tak best juga.Kekadang kualiti lebih penting daripada kuantiti.Teringat pulak zaman kerja kilang dulu-dulu.Dalam misi  mengejar output ada perkara yang tersangat penting.Tak lain tak bukan iaitu kualiti yang tiada zero defect.Bersandarkan kepada pengalaman yang sudah-sudah kualiti yang sempurna menuntut kesungguhan luar biasa.

Dalam kesempatan ini izinkan HB nak kongsikan beberapa ilmu yang Dr.Azizan Osman (DAO) dalam saluran Youtube rasmi beliau.Antaranya untuk berjaya mesti memahami istilah ‘NAK’ dengan ‘TAK NAK’.Orang berjaya dan orang gagal ada dua pilihan sahaja.Orang berjaya memilih NAK dan orang gagal sudah tentu memilih TAK NAK.

Apa kata ada di antara kita nak menjana  income pasif maka dijemput untuk membaca maklumat lanjut di pautan >>>NAK INCOME PASIF

Berbalik dengan pengisian entri yang nak HB ceritakan di sini.Menulis blog akan menjadi best jika disertai dengan naluri dan feel yang best juga.Tentu seronok apabila ada pembaca yang menulis komen dan feedback yang positif.

[nota admin]

HB ada kehidupan dari sisi lain.Bukan setakat menjadi blogger malah pelbagai kehidupan lain.Sebab itu ada pembahagian masa.Tidak semua masa untuk blog semata-mata.Dalam pada blog adalah aktiviti utama.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.

30 ulasan

betul2..itu setuju..blog ni jangan ditinggalkan bersaawang..kalau bersawang nak mula balik tu payah bebenor ..rugi

tu adalah hukum momentum ..bila dah bergerak lagi senang nak ke depan

Balance....jangan biarkan blog bersawang dan pada masa yang sama, harus juga memenuhi pelbagai komitmen di dunia nyata....

Kena ada feel baru boleh menulis kan?

Yang penting update. Bru nampak blog kita sentiasa hidup.

Saya pun sama jgk hadapi benda yg sama.

SINGGAH PETANG http://jmbelog.blogspot.my/2016/04/radio-online-meletup-fm.html

sepakat sangat penjelasan jika tak tulis artikel blog hidup menjadi tak best dan terasa ada yang kurang dalam setiap langkah menapaki kehidupan ini ya mang

Semoga rancangan satu artikel satu blog berjalan dgn lancar....
menulis blog nie mmg dapat menghilangkan stress dan meningkatkan keceriaan...

saya suka menulis, sebab itu suka juga dgn blog

Kalau dah kene penangan berblog ni mmg susah klu tak dpt tulis blog kan... kepala dok teringat je blog tak terupdate walaupun tngah sibuk buat keje lain hehee... :)

Time management itu pentingkan?
Nak dengan tak nak aje pilihan ditangan anda :-)

Saya tak tahulah bila nak jadi betul-betul serius .

saya setuju...keseimbangan dalam apa jua perkara yang lakukan

hari-hari tak de feel susah juga.

nak update perlukan bahan yang bagus dan berkualiti bro..

ok..terima kasih kerana sudi singgah

orang kata..sekali dah jadi blogger maka jadilah blogger selamanya

betul tu bro...jika menulis pada masa yang sesuai

bestlah kalau macama tu..

he..he..he..perkara biasa tu..mumgkin dah jadi tabiat

betul dan sukar untuk dinafikan kerana pengurusan masa yang bijak boleh menyelesaikan banyak perkara

sekarang la bro..bila lagi..sikit-sikit serius maka lama jadi betul-betul serius

makin banyak kita buat entry makin banyak pageviews. nak jadi blogger tak boleh malas

ya..betul tu..menjadi blogger mesti seorang yang rajin menulis dan mengemaskini blog

tak tulis rasa kosong je hari tu

Suka dengan penulisan HB yang menarik dan mudah difahami.

ho..ho..best la kalau macam tu

terima kasih banyak walaupun juah dalam hati ini masih berat untuk mengiyakannya..

kena ada kemahuan dan minat . barulah penulisan blog jadi menarik . Tapi klu ada byk blog , pening juga nak cari tajuk ... heheheee

memang pening..lepas tu fikir balik..alangkah bestnya kalau ada satu blog je..boleh fokus dengan 100 %


EmoticonEmoticon