Ada Apa Dengan Hero Borneo

Ada Apa Dengan Hero Borneo…Maaf sememangnya tidak ada kaitan dengan promosi ada apa denga cinta yang kini heboh diperkatakan dalam arus media perdana.Hero Borneo adalah nama domain untuk blog yang kalian baca ketika ini.Oleh kerana HB atau merujuk kepada Hero Borneo memang berasal dari kepulauan Borneo maka HB sangat teruja untuk mempopularkan nama Borneo.Lagi pun di Sarawak,nama borneo sangat disukai ramai.Tanpa sebab yang jelas,HB turut terpanggil untuk mengetengahkan domain Hero Borneo.



Kini domain Hero Borneo dah nak masuk tahun ketiga.Domain wajib diperbaharui.Bayar domain satu perkara.Pengisian blog Hero Borneo juga satu hal.Bila dah jadi macam tu sayang terhadap blog ini semakin menebal.Bak kata orang,lagi lama lagi sayang walaupun ada yang baru itu lebih menawan dan anggun ciri-cirinya.Maaf melalut sedikit.

Sepanjang tempoh tersebut kadar organik trafik semakin bertambah biarpun perlahan.Dalam masa yang sama penemuan kata kunci turut meningkat dari hari ke sehari.Cuma HB agak segan nak screen shot bukti yang tak seberapa itu.Sedikit sebanyak memberi nilai sayang HB terhadap blog ini.

Memiliki blog lebih dari satu bukan tugas mudah.Cabaran utama merupakan pengisian blog tersebut.HB perlu memikirkan bahan yang nak dikongsikan untuk para pembaca.Kadang-kadang ada yang bermanfaat.Selebihnya sekadar pengkongsian biasa.Entah bermanfaat atau tidak.Yang pasti HB mesti kemaskini blog agar supaya pembaca tetap berkunjung ke blog ini.

Jika nak ditanya lebih lanjut sudah pasti HB nak kekalkan domain Hero Borneo.Biarlah domain tersebut berada dalam tangan HB.In sha Allah pada yang akan datang nak dikomersialkan sebagai nama syarikat pula.Buat masa sekarang masih dalam perancangan.Selagi perancangan peringkat pertama belum lepas maka selagi itu perancangan peringkat kedua belum dapat dimulai lagi.

Sungguhpun begitu HB tetap bersyukur kerana selain konsisten menulis untuk blog ini,HB juga masih aktif menulis blog Buku Best dan blog mrhanafi.com Dua blog ini mempunyai niche yang tersendiri dan pengisian entri yang berbeza.

[kesimpulan admin]

Sekarang semakin sedar blog yang ada domain sendiri bukan mudah untuk dimiliki.Sekali terlepas maka terlalu sukar untuk diperolehi kembali.Sebab itu ada ataupun tidak ada 'nilai' Hero Borneo maka tetap diteruskan selagi ada daya dan kudrat.

Sekian.Salam ceria dan sukses buat semua.Jumpa lagi.

18 ulasan

Alhamdulillah... semoga HB terus sukses dal berblogging dan apa jua yg diusahakan... aamiin. Happy birthday buat heroborneo.com... All the bes my fren!! :)

Kalau dalam istilah ISO 9001,
Continual improvement... peningkatan biar sedikit asal berterusan.. Selamat maju jaya!

Semoga terus maju dan berkongsi manfaat

tahniah hb, dah 3 tahun lama juga tu

wah...kipidap bro!

Semoga terus success tuan hanafi

terima kasih tuan kerana tak putus-putus memberi harapan dan sokongan moral buat saya

wah..bestnya siap ada ISO 9001..

terima kasih semua..

terima kasih..bolehlah..lagi lama dalam dunia blogging maka lagi best rasanya

terima kasih semua...terbaiklah

begitu juga dengan tuan Sobri sendiri

aamiin dan begitunya hendaknya

terima kasih Eitan..

terima kasih tuan...kerana memahami


EmoticonEmoticon