8 Jenis Penipuan Guna Kad ATM

8 Jenis Penipuan Guna Kad ATM…Penulisan HB pada kali ini agak serius.Namun HB sedaya upaya untuk tidak terlalu terikat dengan gaya penulisan ala-ala media cetak.Informasi yang HB tulis ini menggunakan gaya bahasa blog.Biasanya  santai namun padat,lengkap dan memberi input maksima kepada pembaca.Harapan agar pembaca mendapat manfaat dan berbaloi memperuntukkan masa membaca penulisan blog ini.


Istilah penipuan merujuk kepada niat penjenayah untuk menipu dan memperdaya mangsa bagi mendapatkan wang,barang berharga dan maklumat terpenting.Penipuan tergolong dalam perbuatan zalim baik kepada orang lain maupun diri sendiri.Kesan segera ialah ketidak tenteraman hati sendiri dan kepada mangsa penipuan.

Oleh sebab itu HB telah terpanggil untuk berkongsikan info tentang penipuan dan cara mengelakkan dari berlaku.

1.Pencuri indentiti

Mereka perlukan data yang berupa nama penuh,nombor akaun bank dan sebagainya.Selepas itu mereka akan  menyamar sebagai pemegang akaun untuk melakukan transaksi.Sangat malang bagi mangsa yang terkena penipuan ini.

2.Menyamar sebagai pihak bank

Semakin  canggih teknologi maka semakin pintar manusia yang berhati busuk untuk melakukan jenayah penipuan seperti ini.Mereka akan meminta pelanggan bank untuk menyerahkan segala dokumen atau data.Tujuannya supaya mudah mereka mengosong akaun mangsa atau untuk memindahkan sejumlah wang ke pihak ketiga.

3.Menukar kad ATM

Modus operandi mereka macam mudah.Ketika pelanggan bank berada di mesin ATM,pemangsa akan mengintip untuk medapatkan no.pin.Setelah diketahui mereka akan sengnaja menjatuhkan kad ATM palsu dan menukar kad ATM milik mangsa yang sengnaja dijatuhkan .Kegiatan mereka amat licik kerana memerlukan masa yang pantas dan taktikal agar mangsa boleh keliru.

4.Pengklonan kad

Kad ATM atau kredit/debit original  akan diimbas untuk diklonkan.Mereka boleh membuat demikian jika menemui kad yang tercicir atau diperolehi dari sindiket.Segala cas atau transaksi akan dikenakan kepada pemegang kad yang asal.

[nota dari admin]

HB akan sambung penulisan artikel ini.In shaa Allah pada bahagian yang kedua.Sebelum tu kredit kepada pamplet yang HB perolehi dari Bank Rakyat.

Salam ceria dan jumpa lagi serta tingkatkan tahap waspada ketika menggunakan kad ATM dan yang sewaktu dengannya.

Apa kata ada di antara kita nak menjana  income pasif maka dijemput untuk membaca maklumat lanjut di pautan >>>NAK INCOME PASIF

16 ulasan

penipuan dengan menggunakan kredit card ATM memang sangat beragamjenis dan caranya, maka dengan kita mengetahui 8 jenis penipuan tersebut maka kita seyogyanya harus lebih hati-hati dan waspada.

Skrg nie mmg banyak cara penipuan spt kad atm tt.... semoga kita semua lebih berhati2.. tq bro atas info yg bermanfaat tu..

Sebab tu saya sangat takut kalau ada orang dibelakang beratur, hati2 takut nampak bila kita key in password

Pernah kena yang website palsu dengan menyamar jadi pihak bank .

Thanks for the tips. Yang penting, harus berhati hati selalu

Lain kali mesti berhati-hati apabila pakai ATM.

bagus info ni...semoga kita semua lebih berhati2 lepas ni...

Macam2 teknik yg super advance menipu skrng ni... mmg kena lebih prihatin dan berhati2 kan... thanks sharing HB.

itu yang sangat penting...berhati-hati selalu

sama -sama bro..semoga ia bermanfaat untuk semua

sikap beginilah yang kita nak..sentiasa hati-hati dan waspada

pengalaman begini patut dijadikan iktibar supaya lebih berhati-hati pada masa yang akan datang

bagus-bagus..ramai juga yang dah faham

yalahkan ..tengok kiri dan kanan atau atas dan bawah

terima kasih atas komen yang diberikan

tulah kehidupan tuan..lagi sukar dan mencabar maka lagi kreatif untuk menipu demi kesenangan segera.


EmoticonEmoticon