8 Jenis Penipuan Guna Kad ATM (sambungan)

Sebelum ini HB ada menulis artikel berkaitan penipuan guna kad ATM.Namun artikel tersebut tak habis.Masih berbaki beberapa infomasi penting.Jadi dalam artikel pada kali ini HB nak melengkapkan apa yang terkurang.Semoga ia bermanfaat untuk semua.

Sekali lagi HB tekankan bahawa menipu adalah perbuatan yang zalim ke atas orang lain.Bukan itu sahaja menipu boleh dikategorikan sebagai perbuatan yang tidak baik untuk kehormatan dan maruah diri.



Jom kita telusuri lagi apa yang boleh dikaitkan dengan penipuan kad ATM.

5.Mencuri Kad ATM

Kad ATM boleh dicuri dengan cara seluk saku,ragut beg bimbit,pecah rumah atau pecah kereta dan lain-lain lagi.Kad ini kemudiannya diklon untuk mengetahui data akaun dan seterusnya diceroboh data secara online.Sudah tentu cara ini menggunakan kemahiran ‘hacker’ yang tinggi dan mahir.

6.Pancing data (phishing)

Teknik ini agak jarang digunakan namun tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang leka dan kurang bernasib baik.Pihak penipu akan menghantar email supaya pemilik akaun kemaskini data mereka.Semasa proses kemaskini  golongan penipu akan mnyedut data sebanyak yang boleh supaya mudah untuk diceroboh secara online.

7.Penipuan atas talian

Pihak penipu cukup licik mainkan peranan mereka.Dalam talian mereka akan mengiklankan produk untuk dijual.Bagi mengaburi fikiran pembeli mereka akan meminta duit deposit.Dapat sahaja duit deposit mereka akan menghilang diri dan mancari mangsa yang lain pula.Golongan mangsa sukar untuk menjejak mereka sekiranya melalui laman web yang palsu.

8.Menipu di mesin deposit duit

Cara mereka beroperasi sukar dijangka.Mereka akan mencari mangsa yang mengalami kesukaran ketika memasuk wang tunai dalam mesin CDM atau cash deposit machine.Mereka akan menawarkan bantuan dan pertolongan untuk mangsa menyusun duit.Ketika itu mereka akan memperdayakan mangsa dengan  mengambil sedikit duit tanpa disedari oleh mangsa.

Langkah langkah pencegahan yang boleh diberi perhatian adalah seperti berikut:

1.Sentiasa berhati-hati
2.Jangan biarkan orang lain pegang duit kita
3.Semak kesahihan laman web
4.Jangan dedahkan maklumat bank
5.Jangan layan sms atau panggilan yang mencurigai

[Nota admin]

HB akui orang yang menjadi mangsa penipuan ialah mereka yang terleka.Selain itu jenis manusia yang mudah percayakan orang lain.

Sepatutnya HB dan pembaca semua meningkatkan rasa hati-hati apabila melibatkan soal duit menggunakan kad ATM maupun transaksi duit.

Sekian.Salam informasi dan jumpa lagi.

p/s : Baca juga artikel >>>>> blog mrhanafi.com

14 ulasan

Macam-macam taktik pencuri ni kan, otak bergeliga tapi salah tempat

macam2 cara nak menipu ya

Sekarang ni, apa saja orang akan buat untuk mendapatkan duit termasuk menipu...
Semoga menjadi peringatan untuk kita..thanks sharing

segala upaya pencuri untuk mengambil uang orang, waspadalah

melalui email tu memang pernah terkena. Tapi nasib baik masa itu, sudah ada pendedahan dari media sosial. Jadinya, saya ignore je la email tu. Apa2 pun, kena hati2 sebab banyak lagi cara yang penipu ini boleh gunakan.

salah guna kurniaan Tuhan tu..

yalah kan..macam-macam ada

perbuatan menipu tidak ada keberkatan dalam hidup mereka..

itu yang penting ..sentiasa berwaspada

alhamdulillah tak terkena...

antara sebab mengapa saya x angkat no phone yg saya tak kenal kecuali dia hantar sms memperkenalkan dirinya dan saya kenal mrk ... ngeri

Makin moden, otak penjenayah pun makin advance... nauzubillah...

nak hidup maka terpaksa buat begitu sekirannya benteng iman dah tiada.

cik adik memang jenis yang berhati-hati..terbaik la gitu


EmoticonEmoticon