5 Perkara Bentuk Peribadi Mulia

5 Perkara Bentuk Peribadi Mulia…Manusia adalah makhluk yang hebat.Kehebatan manusia akan terserlah melalui peribadi yang mulia,mantap dan disegani semua pihak.Namun peribadi begini bukan dilahirkan secara semulajadi.Peribadi mulia adalah natijah daripada didikan ibubapa dan corak pendidikan di sekolah.Tidak keterlaluan untuk mengistiharkan bahawa pembentukan sikap adalah cerminan mantap melalui kerangka pemikiran manusia.

Dalam entri pada ini HB nak berkongsi  5 perkara yang boleh membentuk peribadi mulia.Sekiranya sesuai maka amalkan.Jika tidak sila abaikan kerana apa yang baik  untuk kita belum tentu sesuai untuk orang lain.Sebelum itu HB cuba perjelaskan secara bebas tanpa memberatkan kepada unsur-unsur keagamaan.Biarpun hakikatnya hanya agama Islam sahaja yang paling ideal untuk membentuk peribadi mulia seseorang manusia.


1.Pemikiran

Pemikiran manusia  adalah teras.Pemikiran yang betul akan menghasilkan tindakan yang tepat.Tindakan mesti  selaras dengan lumrah dan naluri kehidupan manusia itu sendiri.Salah satu sebab kita pergi ke sekolah bukan nak lulus periksa semata-mata.Sebaliknya untuk membina perkara asas iaitu membentuk pemikiran manusia yang beradab,bertamadun dan beretika.

2.Perasaan

Dalam falsafah pendidikan negara memang difokuskan untuk membina perasaan iaitu kecerdasan emosi.Dengan emosi yang stabil dan perasaan yang matang maka tahap pembesaran manusia diluar dan dalam lebih sempurna.Kenyataan HB ini bukan menidakkan elemen perasaan sebagai kurang penting.Sebab perasaan itu sendiri terlalu subjektif sifatnya.Kemungkinan bagus untuk kita namun belum tentu bagus untuk orang lain.

3.Pertuturan

Pertuturan yang sopan dan beradap memastikan orang lain suka dengan kehadiran kita.Untuk menjadi seorang yang berperibadi mulia maka tolong jaga pertuturan.Elakkan kata-kata kesat dan celupar.Jauhi istilah yang boleh menguris perasaan.In shaa Allah dengan disiplin dan tabiat yang terbaik akan memartabatkan diri seseorang secara tanpa disedari.

4.Perlakuan

Perlakuan adalah tingkahlaku.Dalam ertikata yang lain tindak tanduk manusia.Demi membentuk peribadi mulia kita amat disarankan untuk menjaga perlakuan yang sesuai dengan masa,ketika dan tempat.Sekiranya ada majlis formal sudah tentu tidak wajar untuk bersikap gila-gila.Naya jadinya nanti.Begitulah dengan tahap umur seseorang.Umur yang dah berusia biarlah cara matang.Malah umur kebudakkan boleh bertindak seperti orang dewasa.Lagi bagus dan lagi dimahukan semua orang.

5.Pendengaran

Pendengaran yang HB maksudkan di sini ialah cara kita mendengar dan menilai sesuatu yang informasi yang diperolehi,Dengan niat dan hasrat untuk menjadi manusia yang berperibadi mulia sudah tentu kita tidak boleh mempercayai 100 peratus apa yang didengari tanpa usul periksa.Apatah lagi tiada bukti yang kukuh.Misalnya ada mendengar berita yang kurang baik.
Peluang jana pendapatan sambil berjimat gila-gila ada di >>>>>> Wafymobile.
[admin]

Kini jelas kepada kita bahawa membentuk peribadi mulia bukan sesuatu yang terlalu sukar.Perkara tersebut ada pada diri manusia itu sendiri.Kini terpulang kepada kita nak menjadi manusia yang ada peribadi mulia atau yang sebaliknya.Bak kata pepatah lama.Tepuk dada tanya iman.

Sekian.Salam ceria dan jumpa lagi.

30 ulasan

Thanks for the tips...
Boleh si cuba...moga peribadi menjadi bertambah baik..

Pertuturan dan perlakuan memberi bekas dan kesan kepada orang lain.. baik pertuturan, baik bekasnya..

amalan yang baik tentunya akan berbuah baik juga untuk kita

ingat mengingati.. stuju smua tu..

Semoga peribadi kita semua sentiasa bertambah baik dan baik hendaknya... thanks sharing HB.

Tidak sukar sebenarnya untuk membentuk peribadi mulia ini, tapi perlu dilatih sedari sejak kecil lagi, so dia dah terbiasa dengan benda dan sekeliling yang baik-baik

Nampak mudah untuk membentuk peribadi yang mulia , tetapi tanpa hati yang kuat . Iainya mungkin mustahil .

memang sukar terutama kalau tak dibentuk dari kecil..
tapi inshallah masih boleh

bagus nih tipsnya, tapi yang paling terlihat tuh tutur katanya :)

mudah2an kita semua berubah menjadi insan yang lebih baik lepas ni...

Masih dalam perubahan untuk menjadi peribadi mulia. emosi memainkan peranan penting untuk pemikiran yang bernas.

Perlakuan dan pertuturan tu asas utk menambat hati org ...

tak lupa juga iman :)

betul-betul boleh cuba

insya Allah itu yang terbaik

ya..macam hukum karma.

saling mengingati dan saling menegur

sepatutnya begitu..bertambah baik dari tahun ke tahun

baguslah kalau dah bernmula dari kecil lagi

hati mesti ikhlas barulah semua perkara akan menjadi ok

pasti boleh bro..tak kisah tua atau muda

sebab kita hari-hari berkonunikasi

aamiin ..semoga ia menjadi kenyataan

teruskan berusaha dan jangan berputus asa

yalah kan..kalau nak tackle seseorang mesti fokus perkara ini

itu yang paling utama..

Sangat bagus persembahan maya HB ni ..

terima kasih tuan...tak tahu dah nak cakap apa

Pikiran-pikiran yang positif akan membuat hidup Anda semakin mudah. Jika Anda selalu diselimuti pikiran-pikiran yang positif

itulah sekarang nak positifkan fikiran dan perasaan..agar hidup terus beroleh positif


EmoticonEmoticon