3 Tip Hebat Untuk Kekal Fokus

Tip Hebat Untuk  Kekal Fokus…Kejayaan adalah satu perjalanan.Pasti mengambil masa yang cukup panjang,laluan yang sukar lagi mencabar.Hanya orang yang kekal fokus pada matlamat dan impian boleh berjaya.Tanpa fokus boleh kecundang ditengah jalan.Lebih parah kalau tersungkur pada hampir ke garisan kejayaan.Hanya tinggal beberapa langkah sahaja lagi.Itulah kecewaan yang perlu kita hindari dalam hidup ini.

Atas sebab itu HB nak berkongsi beberapa tip untuk kekal fokus.Mungkin tip ini biasa sahaja.Namun percayalah tip ini berdasarkan pemerhatian HB sendiri di dalam kehidupan ini.Doakan juga HB untuk diberi kekuatan beramal dengan apa jua ilmu yang baik termasuk tip ini.

kredit kepada bigthink.com

1.Tulis dekat kertas

Tak kisah la sama ada dekat kertas atau buku.Jika nak lebih bersifat elektronik boleh buat menggunakan wallpaper di komputer atau telefon bimbit.Rasionalnya agar target atau impian yang kita ingini itu sentiasa bermain di fikiran.Lagi kerap maka lagi bagus.Cara ini akan memandu fikiran kita untuk sentiasa fokus dan tidak beralih arah.

2.Jadikan perbualan harian

Sungguhpun cara ini kurang digemari oleh mereka yang berfikiran negatif.Mereka akan menjelir lidah terhadap kita.Namun jangan pulak risau kerana impian atau matlamat itu kita yang punya.Orang lain tidak boleh mempertikaikannya sama ia boleh tercapai atau tidak.In shaa Allah jika selalu kita bercakap tentang impian maka secara tidak langsung minda separa sedar akan lebih fokus.

3.Sentiasa berdoa

Kelebihan orang Islam kerana doa adalah senjata paling ampuh.Bukan bermaksud untuk bunuh orang maupun membuat kekacauan.Doa yang disinonimkan dengan senjata kerana sifatnya untuk teras dalam perjuangan.Dengan doa fikiran lebih fokus dan impian akan lebih terarah.Doa boleh dilakukan bila-bila masa.Paling afdal selepas solat  fardu,satu pertiga malam,bulan Ramadhan dan ketika di tanah suci.

[admin]

HB berharap pembaca boleh menerima tip yang hebat ini sebagai cara untuk mengekal daya fokus untuk betjaya mencapai impian masimg-masing.Tak kira impian kalian untuk menjadi jutawan atau apa-apa impian yang bagus.Tanpa fokus boleh dikatakan tanpa kejayaan.Percayalah konsep yang mudah tersebut.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.


p/s : Rasai nikmat penjimatan telco luarbiasa di >>>>>>>>WAFYMOBILE.

28 ulasan

Saya bersetuju dengan tips tuan ini. Apapun, diri sendiri perlu terus berusaha dan tidak mudah putus asa untuk mencapai matlamat yang diidamkan.

ya..itu yang terbaik..terima kasih Jida

Saya nak aplikasikannya sekarang juga la HB

Setuju dgn HB... no 2 tu mmg org jarang nak buat... tapi kata2 tu kan doa... (^_^) bila kita selalu ckp, usaha, doa... insyaAllah boleh.

Fokus pasti buat kita berjaya... cuma ada kala lambat dan cepat shj, tapi pasti... :)

Focus and Win...
Moga kejayaan buat kita semua..aamiin

Apa yang difikir, ditekad dalam hati,
disebut di mulut dan diserta dengan tindakan.

Moga kejayaan buat kita semua..aamiin :D

Apa yang selalu saya lakukan untuk kembali kekal fokus adalah point no 1 hehe.. setelah lama bercuti nak start balik buat keja.. tulis road map atau peta minda apa yang dah tinggal sebelum ini dan buat priority task

Skrg terdpt byk hal yg boleh distrak perhatian kita. smartphone tu culprit yg terbesar. Selalu buat I susah nak focus.

Cabaran orang dewasa adalah fokus. Kalau tidak ada asalan kukuh untuk fokus. Menurut kajian orang dewasa hanya fokus 10minit pertama.

setuju dengan komen akubiomed diatas ni...

Terbaik...perlu fokus selalu untuk jadi hebat

ya..bagus sama sekali ..

kalau ia berfaedah dan bermanfaat..jom kita amalkan

bila dah lambat menyebabkkan orang hilang fokus

macam pernah dengar tagline tu..

'Focus and win'

yalah bro..betul sangat tu

ramai yang sangkut kat situ..tak nak tulis dan biarkan sahaja dalam minda

smartphone ..offkan data..untuk elakkan fokus pada satu masa

masa belajar orang cuma dapat fokus 45 minit..

orang dewasa ..perlukan sesuatu untuk lebih fokus

ya..itu lah fakta yang betul

rata-rata orang hebat memang fokus dalam kerja mereka

hal yang kadang susah untuk kita lakukan adalah dimana kita untuk bisa fokus.. tks untuk postingannya

Satu tip untuk kekal fokus dan positif - mempunyai BIG WHY yang besar. BIG WHY tu mestilah 'demi orang lain' dan bukan bersifat materialistik.

Semua tip di atas memang bagus :)

Tkasih. Panduan yang sangat sesuai untuk diri ini.

banyak gangguan maka sukar untuk fokus

wah..bestnya..terima kasih atas perkongsian

sama-sama lah kita ambik manfaatnya


EmoticonEmoticon