Pelajari 7 Tabiat Manusia Hebat

Pelajari 7 Tabiat Manusia Hebat …Ada sesiapa pembaca di sini yang ingin menjadi manusia hebat.Sebelum tu siapa dia manusia hebat.Sangat molek rasanya HB menerangkan apa yang dimaksudkan manusia hebat.

Secara ringkasnya manusia hebat adalah manusia yang berjaya dalam hidup mereka.Manusia yang boleh memberi manfaat kepada orang lain dan disukai ramai.Kehadiran mereka disenangi dan kehilangan mereka dirasai.Dalam ertikata lain manusia hebat ialah manusia yang tinggi akhlaknya dan perikemanusiaan yang terbaik dalam peradaban manusia.

Tanpa berbicara panjang adalah lebih baik HB kongsikan 7 tabiat manusia hebat.Mari kita sama-sama mempelajari dan berusaha untuk mencapainya.Perlu HB ingatkan sekali lagi bahwa 7 tabiat ini adalah hasil aspirasi dari buku penulisan Stephen R.Convey.



1.Tabiat prokatif

Agar sukar memahami istilah proaktif.Namun HB cuba menjelaskan proaktif ialah tabiat untuk ambil peranan pada masa yang tepat dan sesuai.Buat tindakan pada masa yang betul.Jangan berlengah.Apatah lagi untuk bertangguh.HB masih teringat kata-kata seorang penceramah motivasi suatu ketika dahulu.Bertangguh adalah satu tabiat yang memberi tekanan kepada diri sendiri.Lagi lama bertangguh maka lagi kuat tekanan tersebut melanda diri kita.

2.Tabiat utamakan yang penting

Istilah yang paling layak untuk menerangkan ialah istilah prioriti.Dalam kehidupan kita seharian akan berjumpa banyak pilihan.Ketika membuat pilihan maka utamakan perkara yang lebih penting.Yang tak penting abaikan.Paling tidakpun letakkan pada posisi yang bawah sekali.Dalam dunia pekerjaan kita selalu berhadapan dengan pelbagai tugasan diluar jangkaan.Ketika itu cuba amalkan tabiat untuk memilih mana yang lebih utama dan penting terlebih dahuiu.

3.Tabiat menang-menang

Dalam kehidupan ini ramai yang cenderung untuk memikirkan hal diri sendiri dahulu sebelum memikirkan kepentingan orang lain.Ada juga yang berfikir hanya orang lain tetapi tidak untuk diri sendiri.Namun dalam kontek ini HB nak tegaskan bahawa apa-apa tindakan atau keputusan dibuat mestilah memberi manfaat kepada kedua belah pihak.Lebih mudah seperti yang dikatakan dalam bahasa Inggeris iaitu win-win solution.

4.Tabiat bersenergi

Tabiat ini memang hebat.Kita perlu belajar dan berkongsikan kelebihan orang lain untuk digabungkan dengan kelebihan diri sendiri.Pening tak memahami ayat ini.Jika tak pening mari kita kaitkan dengan kelebihan suami isteri menyelesaikan masalah dalam hidup mereka.Seorang suami menjadi lebih hebat apabila mempunyai isteri yang mampu menampung kekurangan pada suami mereka.Begitu juga sebaliknya.Senang cerita suami dan isteri mesti saling melengkapi.

5.Tabiat memahami orang lain terlebih dahulu

Selami perasaan dan jiwa orang lain dahulu.Selidiki masalah orang lain dahulu dengan sedaya upaya yang ada dengan banyak mendengar,memerhati dan merasai dengan hati  yang tulus ikhlas.Sebab itu dalam komunikasi perbanyakkan mendengar berbanding bercakap supaya kita lebih memahami orang lain.Namun begitu akan timbul satu lagi isu lain iaitu asyik kita je fahami dia dan dia pulak bila nak fahami kita.Bagi HB senang sahaja.Itu adalah cara orang yang tak ikhlas dalam perhubungan.

6.Tabiat membina matlamat bermula dari minda

Setiap impian ada permulaannya.Begitu juga dengan matlamat.Permulaan matlamat sudah semestinya dari minda.Gunakan minda sebaik yang mungkin.Lakar dan rancangkan matlamat tersebut dalam minda sebelum diterjemahkan ke atas kertas dan akhirnya boleh direalitikan dalam kehidupan yang sebenarnya.HB akui bahawa dengan matlamat jelas dan perancangan yang tepat pasti membuahkan kejayaan yang luarbiasa.

7.Tabiat untuk sentiasa belajar

Sebab itu ada orang kata proses belajar bermula dari buaian sehingga ke liang lahad.Tidak boleh berhenti  belajar.Kita boleh belajar dari perkara yang sekecil-kecilnya maupun perkara yang sebesar-besarnya.Dengan belajar tentang kehidupan atau apa sahaja kita boleh menjadi manusia hebat sepanjang zaman.Kita akan dihormati dan maruah diri akan terjaga dengan sendirinya hasil daripada pemahaman serta pengamalan dari pembelajaran erti kehidupan.

[admin]

Ternyata menulis artikel ini menyebabkan kepala HB naik stress.Rasa nak nangis pun ada.Susah nak menjelaskan 7 Tabiat untuk menjadi manusia hebat.Nampaknya HB akur bahawa ia tidak semudah teori yang HB kongsikan di sini.Apatah lagi dalam proses praktikal dalam kehidupan harian.KIni HB faham betapa penatnya fikiran para penceramah untuk menjelas ilmu mereka kepada orang ramai.

Sekian.Salam ceria dan semoga mendapat manfaat hendaknya.


Kepada mereka yang ingin menjana pendapatan tambahan melalui telefon boleh layari pautan >>>>Wafymobile.

16 ulasan

Tq hb for nice sharing

sama-sama Syireen..datang lagi la ye.

Tak ramai tabiat manusia yang suka nak memahami orang lain dan tabiat menang-menang kan

perkongsian yang menarik bos

perkongsian yang bagus tuan. thanks ya

Tabiat win-win tu mmg sgt penting utk berjaya... kita tak boleh berjaya klu penting diri. Perkongsian yg sgt bermanfaat tuan HB.

nice entry.. bgus dpt ilmu

Orang yang hebat tak kan pernah berhenti belajar

biasalah..kita ramai yang nak mementingkan diri sendiri

terima kasih puan..semoga ia memberi manfaat kepada kita semua

situasi memang -menang adalah formula untuk berjaya dalam bisne tu tuan KK

terima kasih..ilmu yang baik bawa banyak manfaat

ya..itu yang sebaiknya..tahu tak pe Fidah

Tabiat yang ke - 7 memang sangat2 perlu...
jangan pernah berhenti belajar.. sentiasa refresh dan tambah ilmu baru yang sangat2 banyak untuk diteroka..

saya pun masih belajar lagi..belajar tentang erti kehidupan dan teknik untuk menjadi kaya raya


EmoticonEmoticon