5 Sebab Untuk Menjadi Jutawan

5 Sebab Untuk Menjadi Jutawan…Secara realitinya semua kita berpotensi untuk menjadi jutawan.Kita manusia hebat yang dilahirkan ke dunia yang penuh pancaroba ini.Tiada seseorangpun yang boleh dihalang untuk menjadi jutawan melainkan dirinya sendiri yang membina halangan tersebut.Halangan yang paling utama ialah cara pemikiran tentang keyakinan dan kepercayaan untuk menjadi jutawan.



Kita kurang yakin kerana jika semua orang jadi jutawan saya nak jadi apalah pulak.Jika semua harta benda dan wang ringgit dah dimiliki orang maka dimana pula bahagian kita yang nak menjadi jutawan.Begitulah cara kebanyakkan kita berfikir untuk melupakan hasrat untuk menjadi jutawan.Kita tinggalkan polimik yang sampai  tak akan ada penghujung tu.

Apa kata kita kaji sebab untuk menjadi jutawan.In Sha Allah dengan mengkaji,menganalisis dan berfikir SEBAB YANG JELAS untuk jadi jutawan akan membangkitkan rasa teruja dan keaktifan minda bawah sedar berfikir ke arah tujuan tersebut

1.Kebahagiaan berkekalan

Jadi jutawan dengan harta yang banyak dan duit yang tak akan habis tujuh keturunan memang membahagiakan.Bukan maksud HB untuk terlalu obses dengan kekayaan.Cuma dengan kekayaan ini lebih mudah untuk kita bersedekah,membantu orang susah dan bebaskan pemikiran dengan urusan hutang.Menjadi seoarang jutawan yang tidak teringkat dengan hutang piutang memang membahagiakan.

2.Kebebasan masa  beribadah

Inilah nikmat sejati.Nak pergi masjid atau haji ataupun umrah boleh buat bila-bila masa.Pemikiran lebih bebas tanpa terikat dengan undang-undang syarikat.Lebih molek lagi jika si jutawan tadi lebihkan masa di masjid berbanding di pejabat atau di premis bisnes.Lagipun pangkat dan darjat sebagai jutawan tidak dibawa matipun.

3.Nilai kesyukuran berganda

Menjadi jutawan membolehkan kita rasa bersyukur teramat sangat.Tidak kerlaluan jika dikatakan mulut kita asyik mengucapkan Alhamdulillah,solat 5 waktu penuh khusyuk dan bersedekah tanpa berkira-kira.Sebab dengan bersyukur juga nilai jutawan seseorang akan melonjak naik.Bukan satu anak tanggga malah berpuluh atau beratus anak tangga.Memang sangat hebat penangan jutawan yang bersyukur.

4.Penganjuran seminar percuma

Dalam banyak impian sudah tentu penganjuran seminar yang mahal dan berprestij tetapi dibayar oleh pihak penganjuran sesuatu yang jarang-jarang dilakukan.Pada waktu ini sesiapa yang betul-betul berminat dan serius sahaja akan terpilih.Malahan akan diadakan temuduga secara intensif kepada bakal peserta supaya mereka yang layak dan kurang mampu kewangan boleh menyertainya.Sebab seminar begini adalah menggunakan sistem terhad dan mengutamakan result oriented

5.Boleh kahwin baru

Sebab yang terakhir ini jangan diambil serius sangat.Ia adalah unsur humor semata-mata.Namun begitu dengan menjadi jutawan lebih mudah untuk membuka cawangan baru.Sebab pada ketika itu kemampuan kewangan berada pada tahap terbaik.Tidak akan timbul soal kurang mampu atau sebagainya.Malah bakal kelurga mertua akan menerima tanpa banyak soal jika mereka tahu bahawa kita kaya,bergaya dan jutawan.Tulah bonus menjadi seorang jutawan.

[admin]

Sebab-sebab yang HB senaraikan diatas masih umum sifatnya.Jadi pembaca perlu jadikan ia sebagai garis panduan sahaja untuk mencipta sebab yang jelas untuk menjadi jutawan.Sekiranya HB senarai yang jelas mungkin kurang sesuai pula untuk tatapan umum begini.

p/s :Untuk makluman sesiapa yang beria-ia untuk jutawan HB boleh sediakan platform terbaik untuk dicuba.Kalian boleh layari link >>> INI

Sekian.Salam jutawan dan jumpa lagi.

30 ulasan

Amboi yang no. 5 tu kalau orang rumah baca camne?

saya akan kata ia adalah gurauan semata-mata..tidak ada kaitan sama ada hidup atau mati..he..he..

Memang menjadi impian nak jadi jutawan hehe.. salah satu macam no 5, nak memperbanyakkan keturunan Nabi.. hehe.. yang lain best, mesti la travel ke merata dunia, tengok tempat orang, selain kewajipan sebagai seorang muslim tidak mesti dilupakan

kita geng..he..he..kerana no. 5 tu.

Saya suka no 2 kebebasan mas beribadah.

yalahkan..itu yang terbaik.

Kekayaan hasil bumi sebenarnya cukup untuk semua orang... namun ada manusia-manusia tertentu yang mengawalnya untuk kepentingan peribadi hingga menidakkan hak orang lain...

No 5 memang sebab terbaik haha

yalah tuan..memang saya bersetuju sangat tu.

he..he..he..best kan jadi jutawan.

Ada 5 sebab ye ye HB? tapi sebab yg kelima tu kena tanya orang umah dulu kot..

hihi

banyak sebab boleh tulis, tapi sebab ke 5 tu kena fikir baliklah

Kalau niat kita baik, bnyk yg kita boleh bantu bila ada duit banyak... bnyk madrasah yg perlukan orang2 kaya utk ambil institusi mereka sbg anak angkat... tapi tak semua yg beragama Islam mampu buat begitu...

Setuju dgn kesemua di atas kecuali no 5.

haha nombor lima paling menang haha

susah juga nak fikir balik nie..

alhamdulillah..itu yang kita nak

apasal pulak..no 5 tulah yang terbaik

biasalah bro..yang kaum lelaki suka..kaum perempuan kurang suka

Nak tanya tu perlukan duit yg banyak untuk back up..

kalau duit banyak, pelbagai perkara kita boleh buat..hati senang..

tulah..macam tak sabar untuk banyak duit nie..

push factor kene ade..barulah dapat kuatkan tekad dan usaha untuk mencapai target..jutawan dunia dan akhirat inshaAllah

Cehhh..terbaik lah sangat :(

macam tak redha je..kalau dah jodoh nak buat macam mana..terima lah sahaja dengan hati penuh kesyukuran..he..he..

sebab itu saya nak jadikan push factor no.5 tu..he..he..he..

Dr Azizan Osman ada bagi tips berguna. Pagi-pagi jangan terus bayar hutang. Permudahkan dulu urusan untuk bekalan akhirat. Cuba kuatkan hubungan kita dengan Tuhan. Baru rezeki mudah masuk.

bagus tip tu bro..terima kasih kerana sudi nak kongsi

Ada juga orang yg pinjam wang utk jana wang dan jadi kaya. Selagi dia tahu risiko dan labur dlm bidang yang blh balas balik dengan keuntungan yg lebih drp pinjamannya, dia boleh jadi jutawan juga.

ya..betul tu bro.contoh terdekat pinjam bank untuk skim pembiayaan ASB


EmoticonEmoticon