3 Tip Hebat Sewaktu Bangun Tidur

3 Tip Hebat Sewaktu Bangun Tidur…Bayangkan kita tak dapat bangun dari tidur.Kita sudah kembali ke tempat asal tanpa bersedia.Kita pergi tak akan kembali.Pergi buat selama-lamanya.Baiklah.HB berhenti nak mencarut perkara yang bukan-bukan.HB nak berkongsi beberapa tip yang hebat sewaktu bangun tidur.

Kita tidur pada waktu malam dan bangun keesokan harinya.Dalam pada itu ada juga yang yang tidur pada waktu siang tetapi berjaga pada waktu malam.Hal demikan berlaku kepada mereka yang bekerja shift malam.Serius.HB pernah lalui situasi demikian rupa.Memang perit kehidupan demikian.Sebab ketika berjaga malam itulah mata sangat mengantuk sekitar jam 3 pagi sehingga 5 pagi.Dahla tidur siang tidak selena tidur malam.


1.Bersyukur dengan senyuman

Tatkala terbuka mata selepas bangun tidur maka kalian digalakkan untuk rasai sesaat dua nikmat syukur.Bagi mereka yang beragama Islam sepatutnya membaca Alhamdullillah kerana hidup kembali selepas menghadapi kematian kecil yakni tidur.Bersyukur boleh diekpresikan dengan senyuman.Bagi mereka yang dah berkahwin boleh senyum dengan pasangan.Boleh juga dilanjutkan dengan memeluk atau mencium pasangan masing-masing.Selebihnya tak nak komen la.Sendiri mahu fahamkan.

2.Berimaginasi buat seketika

Ketika baru sahaja bangun tidur,gelombang otak sangat rendah.Pada waktu ini sangat bagus untuk membuat imaginasi tentang kejayaan,kekayaan dan impian.Ambil masa seketika untuk menghidupkan impian agar segala apa yang  kita inginkan bisa tercapai dengan jayanya.Perlu juga kita ingat ia  tidak semestinya cepat.Ada juga yang mengambil masa yang cukup lama dan panjang tempohnya.

3.Buat senaman ringan

Setelah membuat imaginasi maka proses yang tidak kurang hebatnya ialah membuat senaman ringan.Tujuannya agar segala urat-urat dan otot-otot ‘dipanaskan’ untuk menghadapi cabaran pada hari tersebut.Setidak-tidak kalian akan lebih segar dan lebih bersemangat  selepas mandi.Untuk senaman ringan cukup sekadar mengerakkan kaki,tangan dan kepala dalam tempoh 5 minit begitu.

[admin]

HB amat percaya sesiapa yang konsisten mengamalkan tip ini akan beroleh perubahan yang positf dalam hidup mereka,In Shaa Allah HB akan sedaya upaya untuk mengamalkanya.

Sebab misi HB dan kalian sebagai pembaca juga ingin berjaya.Dalam ertikata yang lain HB  telah nenetapkan sasaran untuk berjaya sebagai netwoker bersama >>> Wafymobile.


Sekian.Salam motivasi dan ceria selalu hendaknya.

14 ulasan

imaginasi tu tak pernah buat, nanti nak cuba

Cuba buat.. Baru akan tahu hasilnya nanti.

Selepas bersenam, minum air kosong segelas untuk singkirkan angin dalam badan.

inshallah.. bersenam itu bagus.. memang tip yang memberikan semangat

Imaginasi dgn usaha ke arahnya adalah satu resepi kejayaan. Thanks sharing HB... :)

bagus..itu yang terbaik

kopi wajib pekena awal pagi..dan telur separuh masa dua biji.

saya tahu bro Zool memang suka bersenam dan berjogging

ya..betul tuan Khalid..tidak dinafikan.

terima kasih tuan..sudi berkongsikan petua yang hebat nie..

Buat senaman ringan tu terkadang ja buat, terkadang lupa..hehe

perkara biasa kalau belum konsisten..


EmoticonEmoticon