3 Rahsia Mudah Untuk Dicintai

3 Rahsia Mudah Untuk Dicintai …Sudah lama juga HB nak menulis entri berkaitan isu ini.Masa tidak mengizinkan.Kadang-kadang proses mengembangkan idea pula terbantut.Jadi dalam kesempatan ini HB nak berkongsikan sedikit cara untuk menjadikan kalian dicintai oleh semua orang.Tak kira cinta ikhlas atau cinta kepuraan.Yang penting kalian akan menjadi perhatian dan idola ramai orang.



Sejujurnya tidak susah.Tidak sukar untuk semua orang.Sebab perkara yang melibatkan manusia hanya boleh dikuasai oleh manusia itu sendiri.Mereka yang tahu cara dan kemahiran untuk memanipulasi kehebatan minda.Itu sahaja.Jom kita bongkar rahsia tersebut.

1.Suka dengan orang

Mudahkan.Kita suka dengan orang maka orang akan suka pula dengan kita.Kita mulakan.Kita jangan takut kepada bisikan hati yang menyatakan buat apa saya suka dengan dia sedangkan dia belum tentu suka dengan kita.Dalam ramai-ramai yang suka kita tu sudah pasti ada yang akan jatuh cinta pula.Jadi berhati-hati dengan situasi begini terutama kepada mereka yang sudah berpunya.Perasaan suka adalah permulaan dan akan pula disusuli perasaan cinta.

2.Membentuk akhlak terpuji

Orang sombong ramai tak suka.Orang sombong akan dikutuk  oleh orang yang tak suka dengan kesombongan tersebut.Akhlak terpuji lawan kepada sombong,Jika nak orang cinta dengan kita maka bentuk diri sendiri dahulu untuk menjadi orang yang jujur,bertanggungjawab,ikhlas dan tidak berkira dalam membuat pertolongan.Dengan akhlak begini tentu ramai anak gadis dan emak janda akan tertawan dengan kalian.Biar muka tak hensem namun akhlak hensem itu lebih menawan.

3.Mempunyai pendapatan stabil

Dalam banyak perkara inilah faktor terkuat sekali.Bukan bermaksud kalian perlu menjadi terlanjur kaya.Wang berjuta-juta dan tak habis makan untuk tujuh keturunan.Kalau jadi macam tu pun kira bonus teramat baik.Apa yang HB tekankan di sini ialah kemampuan untuk menyediakan keperluan asas yang mencukupi seperti makanan,pakaian,tempat tinggal dan pendidikan.Syarat ini lepas maka tidak mustahil pria maupun pemuda diluar sana akan dicintai bakal isteri mereka.

[admin]

Berdasarkan apa yang HB tulis dan kongsikan ini sudah tentu tidak sukar untuk dicintai oleh insan lain.Namun tidak bermakna ia boleh berkesan 100 peratus.Ada banyak cara lagi yang boleh kita fikirkan bersama.Kalau ada tu jomlah kongsi dalam ruangan komen dibawah.


Sekian.Salam ceria dan jumpa lagi.

18 ulasan

Good tips HB. Moga dpt diaplikasikan. Hidup mesti harmoni & jangan cari musuh.

good tips, semoga mudah disayangi

itulah kalau terbuka hati suka orang bukan boleh kawal ya tak lainkan jodoh ketentuan ilahi

dan yang paling penting adalah pendapatan yang stabil hehehe

berkasih biar dua...dan berkawan biar seribu..he..he..he..

terima kasih dan itulah harapan kita semua

wah bestnya..tulah nama kuasa Allah yang bikin misteri buat makhluknya

terima kasih kerana sokong bro..cinta tak boleh dimakan macam nasi

Semoga kita semua menjadi insan yg sentiasa dicintai ramai... aamiin.. :)

aik ketiga tu kenapa kene kaya plak tu?

No komen. Haha... Tapi memang betul ^-^

aamiin dan untuk menjadi orang yang cintai orang lain tak la susah sangat tuan

secara majoritinya orang kaya akan disukai ramai berbanding orang miskin

he..he..sampai speechless ...ya betul tu bro.

Mungkin mempunyai rupa paras yang menarik merupakan 1 bonus hehe

Benar tapi semuanya perlu usaha keras untuk dicapai.

tulah bonus kepada mereka yang mempunyai rupa paras yang menarik..saya kurang hensem bro..cuma anak saya agak hensem dan saya tumpang hensem anak pulak..he..he..

kerja keras untuk dapatkan pendapatan stabil tulah yang terbaik


EmoticonEmoticon