Tip Mudah Buang Energi Negatif

Tips Mudah Buang Energi Negatif…Manusia adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang paling sempurna sifatnya.Kedudukan manusia sangat tinggi berbanding makhluk hidup yang lain kerana ada unsur energi dalam diri mereka yang dipaksikan dengan akal fikiran.Namun tidak dapat disangkal bahawa manusia mempunyai dua energi yang bertentangan iaitu energi positif dan energi negatif.


Energi negatif bawa banyak mudharat.Ia boleh menjejaskan kesihatan dalam jangka panjang.Apa yang paling merisaukan ialah energi negatif ini akan melemahkan energi positif.Kesan segera menyebabkan manusia tidak mampu menghadapi cabaran hidup waima halangan yang sangat kecil sekali pun.Manusia akan menjadi makhluk perosak di muka bumi ini.

Ada banyak faktor yang menjadi punca kepada energi negatif.Paling ketara berkaitan soal emosi yakni hati dan perasaan.Hati bisa berbolak balik dan tidak tetap.Kadang-kadang boleh jadi tidak bagus,moody dan resah.Lebih parah kalau emosi yang tidak stabil ini sukar untuk dipulihkan cara biasa.

Persoalan pertama yang bermain diminda sekarang ini bagaimana hendak membuang energi negatif yang ada dalam hati kita.Biar HB kongsikan tips tersebut.Jadi selepas ini tidak akan ada timbul kes kalian yang makan hati,tidak bermaya dan hidup penuh dendam setiap hari.

Tip mudah untuk buang energi negatif adalah dengan konsep maaf dan lupakan atau forgive and forget.Semudah itu bagi mereka yang betul-betul mahu memiliki enregi positif dalam diri mereka.

Susah sangatkah nak memaafkan orang?Memang susah kalau hati kita amat terluka.marah,kecewa dan tdak mahu merasai ketenangan hati.Hakikatnya tidaklah susah.Ia amat senang jika kita jenis pemaaf orangnya,Meskipun orang buat jahat terhadap kita namun kita balas dengan kebaikan.Biarlah orang buat jahat namun kita tetap buat baik dengan orang lain.

Bukan itu sahaja.Kita boleh lupakan segala kejahatan dan keburukan.Kita mulakan memori baru dan langsung tidak kisah dengan apa yang orang lain buat terhdap kita.Pokoknya belajar untuk menjadi seorang pemaaf dan melupakan segala kesalahan orang lain terhadap kita.

[admin]

Ingat dalam hati.Ingat betul-betul bahawa hidup kita tak lama.Jika tahu hidup tak lama mengapa membebankan diri kita ini dengan dikuasai oleh energi negatif.

Cuba amakan budaya maafkan dan lupakan.Kalian tidak rugi.Kalian sangat beruntung kerana selepas itu kalian akan dimasuki oleh energi positif..Melalui energi positif kalian hidup lebih tenang,bahagia dan rezeki akan masuk mencurah-curah. [Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!]

Sekian.Salam motivasi dan ceria selalu hendaknya

15 ulasan

Moga dapat diamalkan. Tapi sebenarnya bukan senang nak memaafkan atau melupakan jika hati benar2 sakit.

memaafkan bukan mudah sebenarnya, tapi itulah sebaik2nya.

Energi negatif mmg tak bagus... semakin bnyk, lambat laun makan diri sendiri... jom kita belajar memaafkan walaupun mmg ada kala keadaan yg ia sukar dilakukan termasuk bagi diri saya juga... Thanks sharing HB.

Betul, dengan memaafkan membuatkan hati kita semakin tenang :)

rawatkan hati dulu..biar sembuh..bila dah sembuh baru boleh minta maaf

kita tukar konsepnya..memberi kemaafan sesuatu yang mudah

mari kita praktis dari sekarang tuan..

tahu tak pe..kan..kan..

Senang dan mudah untuk diamalkan tapi susah untuk dilakukan

ia macam zikir..senang nak buat tapi sukar nak amal..

hati kena tenang baru la happy

nak tenang tu perlu ada caranya...mungkin dengan pasangan yang cun..

Fogive tu insyaAllah boleh lakukan but to forget tu sukar sikit...kan?

boleh dicuba dulu..tak cuba memang tak akan tahu punya

Hanya org yg pernah disakiti saja yg benar2 faham perasaan memaafkan seseorang itu.

Bukan mudah tapi jika dilakukan dgn ikhlas. Pasti memaafkan lbih baik.


EmoticonEmoticon