Anak Blogger Dapat Tawaran Tingkatan 1 MRSM 2016


Penantian HB sudah berakhir.Keputusan tawaran Tingkatan 1 ke MRSM 2016 sudah dimaklumi.Anak HB lelaki yang sulung telah berjaya ditawarkan ke MRSM Betong,Sarawak.Dengan keputusannya yang cemerlang dalam UPSR tempohari dan lulus ujian kelayakan masuk MRSM memang membanggakan HB.Dalam masa yang sama kejayaan itu boleh memberi inspirasi kepada adik-adik yang lain.

Kredit : Google imej

HB antara orang yang mengkagumi prestij MRSM sebagai sebuah sekolah elit dan terpilih di Malaysia.Impian untuk memasuki MRSM suatu ketika dahulu tidak kesampaian.Ada dua kali percubaan.HB pernah mencuba untuk masuk ke tingkatan 1 selepas UPSR sekitar tahun 1988.Namun keputusan kurang cemerlang.Jadi tak dapatlah jawapnya.

Percubaan kali kedua untuk masuk ke tingkatan 4 selepas SRP pada tahun 1991.Sayangkan tidak layak kerana subjek teras kurang cemerlang.Walaupun pada dasarnya HB dikateogori sebagai pelajaran terbaik SRP peringkat sekolah.Senang cerita cuma sebagai jaguh kampung.Ketika itu HB belum didedahkan lagi dengan ilmu minda bawah sedar atau cara pemikiran aras tinggi.

Kini impian HB telah diteruskan oleh anak HB yang bernama Haiqal Haqwan Bin Mohd Hanafi.Memang sengnaja bagi nama penuh kerana HB nak tumpang gembira.Meskipun  sekadar menumpang nama, namun HB terasa bahagia dan bangga sebagai seorang ayah.Tambahan pula pekerjaan ayah sebagai blogger motivasi.Cerminan kejayaan itu adalah pantulan kepada muka HB yang agak hensem ini.Sekadar bergurau la ye.

Tak perlulah HB kecohkan bagaimana HB berusaha dalam proses permohonan dan ujian kelayakan MRSM tempohari.Ada kesukaran dan kepayahan juga.Dengan sistem laman MRSM yang hanya boleh  diakses pada waktu tertentu dan ditutup ketika habis tempohnya.

Ini belum termasuk dua kali percubaan HB dan anak HB ke pusat ujian kelayakan MRSM Kuching kerana penyediaan dokumen tidak lengkap.Padan muka sendiri yang kurang serius tentang dokumen dan info yang diperlukan.Jika pembaca nak gelakkan HB terus sahaja telusuri entri blog Selesai Ujian Kelayakan MRSM Anak

Biarlah ia menjadi kenangan terindah.Dalam masa yang sama peristiwa tersebut menhadiahkan HB suatu ilmu dan pengalaman yang amat berharga.In Shaa Allah untuk anak kedua nanti, HB lebih bersedia untuk membuat permohonan lebih awal ke Sekolah Berasrama Penuh tahun 2017.Impian sudah dipasang.Strategi kini telah dilaksana sebaik mungkin.In Shaa Allah sekali lagi sejarah peribadi bakal tercipta.Pejamkan mata dulu untuk dapatkan perasan yang hebat tersebut.Bayangkan dan rasakan.

Sebagai aktivitis blogger motivasi,HB telah menanam saranan minda positif kepada anak-anak HB untuk cemerlang dalam akademik dan sahsiah diri.Buat sesuatu perkara sehabis baik.Usahakan pekerjaan sungguh-sungguh secara total.Malah jauh lebih penting untuk berdoa dan pasrah sepenuhnya kepada Allah SWT.Tiada daya dan kekuatan melain dengan izinNYA.Ingat dan terus ingat anchor word tersebut.

[admin]

HB faham semua orang ada potensi untuk dapat cemerlang dalam akademik sama ada berbentuk teori maupun praktikal.Namu perlu akur juga bahawa cemerlang sahsiah diri dan akhlak adalah jauh lebih utama.

Kita semua termasuk HB disarankan untuk jujur,amanah,bertanggungjawab,bersyukur dan menerapkan 16 lagi nilai moral yang lain dalam kehidupan ini.Tiada alasan untuk mengingkarinya.

Ujian untuk kita berlangsung setiap hari dan keputusannya pula pada Hari Dihisab kelak.In Shaa Allah akan tahu juga ke mana destinasi yang kekal abadi.

p/s : Pembaca yang ada anak atau sesiapa sahaja yang hendak mengetahui keputusan online tawaran tingkatan 1 ke MRSM sesi 2016 di pautan MRSM TINGKATAN 1

p/p/s: Pembaca yang ada anak atau sesiapa sahaja yang hendak mengetahui keputusan online tawaran tingkatan 4 ke MRSM sesi 2016 di pautan MRSM TINGKATAN 4




22 ulasan

Asalam setinggi2 tahnia ya HB dan anak lelaki anda..bertuah dapat sekolah terbaik ni

Alhamdulillah. Tahniah Haiqal Haqwan.Tahniah untuk ayah dan ibunya juga.
Moga anak-anak kita terus berjaya dalam pelajaran dan kehidupan mereka. Aamiin

tahniah . kelebihan belajar di MRSM ni adalah dapat keutaman tempat di universiti dalam n luar negara nanti ...

Alhamdulillah tahniah! Anak saudara MV tak dapat la panggilan ke MRSM sebab dah dapat ke SBT

Alhamdulillah... setinggi2 tahniah buat anak HB juga HB sekeluarga. Peluang yg sgt baik untuk beliau. Semoga menjadi mukmin yg berjaya di dunia dan akhirat... aamiin.. :)

Waalaikumsalam ..terima kasih tuan

Aamiin dan begitu juga kepada anak-anak Fidah..sama-sama kita membentuk dan mendidik anak-anak suapya berjaya dalam hidup

semoga itu yang kita nak boleh direalisasikan

Dapat SBP pun bagus..

terima kasih tuan..semoga apa yang kita cita-citakan Allah makhbulkan nanti.

tahniah..semoga semakin maju jaya dan berhasil dalam pembelajaran,dan tercapai cita-cita....aamiin,,

tahniah anak HB dan keluarga.

InsyaAllah minggu depan dia mendaftar ke SBT..tak dapat MRSM pun tak la sedih sangat kan

terima kasih dan saya berharap kita semua boleh mencapainya..

terima kasih...terharunya saya

SBP penuh antara yang terbaik..pelajar nak masuk dipilih dengan penuh teliti.

Tahniah HB sekeluarga! Eh eh, tak sangka HB ada anak yg dah besar...

terima kasih dan saya pula semakin tua rasanya.

Pelajar MRSM memang istimewa. Banyak yang pandai2 secara semulajadi agaknye

semoga anak saya tergolong dalam kalangan budak genius


EmoticonEmoticon