5 Cara Elak Suami Dirampas Orang



Cara Elak Suami  Dirampas Orang…Kehidupan berumahtangga amat mencabar.Lebih-lebih lagi dalam zaman yang terdedah kepada pengaruh media sosial yang amat gempak.Pintu untuk membuat onar sentiasa terbuka luas baik kepada si suami maupun isteri.Pertahanan dan perlindungan terakhir ialah rasa kepercayaan,tanggungjawab,iman dan cinta yang tulus suci sesama pasangan.

HB amat terkesima mendengar berita keruntuhan rumahtangga.Tambahan pula ada cerita kehidupan peribadi artis yang tidak mampu kekal lama dalam perkahwinan.Tentu tragis kalau keruntuhan rumahtangga akibat perbuatan si perampas suami orang.Sungguhpun cerita ini amat tidak elok untuk digembar gemburkan kepada masyarakat umum.

Tidak adil  untuk HB membuat kesimpulan rambang.Misalnya keruntuhan rumahtangga akibat salah suami atau salah pihak isteri.Orang kata jangan menunding jari pada sesiapa.Cara paling baik ialah kita mencegah dari mengubati.Mari kita hayati 5 cara elak suami dirampas orang.

1.Penuhi hati dengan kasih sayang

Kasih sayang jangan diabaikan.Si isteri jangan leka dengan dunia kerjaya,anak-anak dan pergaulan alam maya.Kurang perhatian dari isteri akan menyebabkan suami rasa terpinggir.Hati mereka kesunyian.Dengan sebab kesunyian dan pengabaian tadi si suami akan memburu cinta yang baru.Tambahan pula wanita diluar sama jauh lebih cantik.menggoda dan bijak pemikirannya.Ciri-ciri ini pasti diidamkan oleh suami pada wanita baik yang bergelar isteri sendiri atau wanita yang hebat diluar sana.

2.Menjadi pendamping suami setiap masa

Bukan maksud HB untuk menyuruh isteri membontot suami ke mana sahaja.Si suami yang bukan romantik akan rimas juga jika diperlakukan demikian.HB cuma mahukan si isteri sentiasa di sisi suami ketika balik dari kerja,ketika makan,sebelum masuk tidur dan ketika suami turun bekerja.Pada masa tersebut si suami amat perlukan isteri untuk bermanja dan teman berbicara.Dalam masa yang sama si isteri perlu menyuntik rasa cinta sehebat yang boleh agar ingatan suami tidak beralih kepada wanita lain di luar rumah.Mungkin ada yang beralasan kehidupan suami isteri bekerja boleh mengecuali tradisi ini,Perlu ingat kembali bahawa mana yang lebih utama.Soal kerjaya atau rumahtangga.

3.Taat kepada kemahuan ketua keluarga

Apalah guna ketua keluarga jika ahli-ahli tanggungan tidak taat dan tidak rela memenuhi kemahuan seorang ketua.Tak kisah dari pihak isteri maupun anak-anak.Sebelum berkahwin lagi sudah diberi garis panduan untuk memilih calon suami isteri yang sekufu.Padanan karekter si suami yang boleh mendominasi karekter isteri,Ia amat perlu kerana si suami memang ketua keluarga.Jika berlaku sebaliknya memang sukar untuk si suami mengurus rumahtangga.Impaknya rumahtangga kurang harmoni dan memberi peluang kepada si suami untuk mencari pasangan baru yang padan.Sebelum nasi menjadi bubur alangkah elok si isteri berubah untuk menerima hakikat diri bahawa dia dipimpin oleh suami dan bukannya memimpin suami.Biarpun si isteri lebih bijak dan berkarisma serta berwibawa berbanding suami.Contohnya si suami “berhendak” mengapa si isteri menolak dengan alasan letih,kurang sihat dan tiada mood.

4.Cari kecenderungan suami sebagai benteng terakhir

Ada orang kata soal jodoh kita berserah dan bertawakal sahaja.Pendapat HB sangat mudah.Biar kita usaha sungguh-sungguh untuk mengekalkan jodoh dalam rumanhtangga.Seandainya tingkah laku kita kurang disenangi suami maka berubahlah segera.Jangan menunggu saat akhir bagaikan barah pada tahap keempat.Dalam usaha tersebut cuba semak balik kat mana kecenderungan suami supaya ia dijadikan benteng terakhir untuk mengikat cintanya terhadap isteri.Si suami yang jenis pemakan maka bagus ditambat perutnya dengan masakan kita yang enak-enak.Walaupun hakikat sebenar suami yang wajib masak untuk isteri.Seandainya suami kita yang cenderung kepada perkara yang berada bawah perut maka beri layanan terbaik.Penuhi keinginannya sehingga puas agar hatinya tidak terpaut kepada orang lain selain isterinya.

5.Bina hubungan dengan Allah SWT sebaik yang mungkin

Seperti mana yang HB katakan awal tadi bahawa alam rumahtangga adalah ujian kehidupan.Ketika masih suami isteri maka inilah masa afdal untuk mengamalkan 5 rukun Islam.Jangan sesekali diabaikan biarpun suami kalian kurang kuat pegangan agamanya.Manalah kita tahu dengan rahmat dan kasih Allah maka jodoh kalian berterusan ke jannah.Itulah tujuan kehidupan.Malah sebagai wanita merangkap isteri telah diberi peluang kemudahan untuk masuk syurga melalui mana-mana pintu.Andainya wanita belum kahwin tahu hakikat ini maka mereka rela untuk dijadikan isteri kedua,ketiga maupun keempat jika ada suami yang hebat menawan hati mereka.Ingat tu wahai para isteri.Kedudukan suami kalian tidak muktamad sekiranya kualiti iman isteri tidak diperbaiki.Ada wanita baik yang boleh Allah jodohkan kepada suami kalian sekiranya peluang yang ada disia-siaka untuk program peningkatan iman serta takwa.

[admin]

HB tidak menghasut golongan suami untuk mencari jodoh yang baru jika diketahui isterinya banyak kelemahan berbanding kelebihan.Tugas murni suami adalah untuk membentuk karekter isteri menjadi semakin baik dari sehari ke sehari.

Namun jangan terluka dan terlalu kecewa seandainya suami kalian yang menjadi kecintaan isteri tetap dirampas orang lain.Walaupun sudah melaksanakan 5 Cara elak suami dirampas orang.

Ada hikmahnya.Mungkin kalian sebagai isteri bakal dipakejkan dengan ilmu dan nilai takwa sekiranya suami kalian tetap memilih cinta yang baru.

HB amat yakin jika perkara musibah berlaku menyuruh kita bersabar dan perkara baik menggalakkan kita bersyukur dengan nikmat,

Sekian.Salam ceria dan jumpa lagi.

28 ulasan

haha tips penting ni.

Cuma nk pesan je kat wanita2 yg bakal nk jadi isteri kedua.. Nanti kalau dah jadi isteri kedua.. Pastikan awak rela untuk menerima isteri yg ketiga suami anda.. Jgn pulak nenghalang.. Sebab awak pun ambil yg org..

terima kasih... semoga orang ramai dapat manafaatnya..

Opps.. my wife lah yang patut baca ni :D Anyway, bagi saya kalau dah kawin tu too late lah nak fikir laki/bini kena rampas lagi. Mesti ada trust dengan pasangan masing-masing. Barulah aman bahagia.

niat untuk berumahtangga yang soleh, doa banyak2 insyaAllah kekal berpanjangan

Good info. thanks

pesanan yang agak emosional sedikit...terima kasih

sama-sama dan berharap ada kaum isteri sudi memnbacanya nanti.

pesanan ini sebagai pencegahan awal kepada suami yang berhidung belang daripada isteri mithali

you're almost welcome

semoga itu yang kita dapatkan..aamiin

he..he..you're almost welcome

apa yang penting..kalau faham agama, semua ini boleh dielakkan.

Best tips nie! No.5 tue tips terbaek!

Nak tambah lagi satu, kurangkan merungut sepanjang masa ;)

tips terbaik..kena ingat tu wahai wanita ...

Wahh... tips buat isteri2 nie... :) :)

tugas kita memberi kefahaman agama terhadap mereka

rezeki masing-masing tuan

kalau mereka tak baca..rugi juga nie

ho..ho..betul tu tuan

bina hubungan berlandaskan agama , insya Allah ...

itu yang terbaik..saya percaya.

Siapa yang tidak berusaha menjadi yang terbaik kan...samada sang arjuna @ wanita melayu terakhir....

Belum dapat sanggup berjanji itu dan ini...dan bila dah dapat, lain pula ceritanya....

biasalah bro..dah nama manusia.


EmoticonEmoticon