3 Tip Hebat Untuk Sukses

3 Tip Hebat Untuk Sukses…Istilah sukses dalam ertikata yang lain ialah berjaya.Pasti semua orang nak berjaya.Tiada seseorang pun ingin gagal walaupun pernah gagal berkali-kali sebelum menikmati erti sukses atau berjaya.Ingat dan percaya bahawa sukses sudah dekat.Tunggu dan rasainya dengan rasa keterujaan yang tinggi.



Dalam entri blog yang ringkas ini,HB nak berkongsi 3 tip hebat untuk sukses.Semoga ia bermanfaat untuk anda semua.

1.Doa

Tidak dinafikan doa adalah senjata utama.Doa adalah pelengkap untuk sukses.Biarpun ada yang sinis berkata-kata tak akan berjaya dengan hanya berdoa.Perlu HB tegaskan bahawa berdoa sepatutnya dinyatakan dengan jelas dan setepat yang mungkin.Teknik berdoa yang betul perlu dilakukan pada masa yang tertentu agar ia mudah makbul dan terlaksana.

2.Usaha

Selain berdoa,usaha adalah elemen yang utama juga untuk sukses.Usaha tidak boleh sambil lewa.Usaha mesti dilakukan pada tahap sehabis baik.Kalau boleh semaksima mungkin.Orang kata usaha keras dan bertubi-tubi sehingga menghasilkan kesuksesan.Sayangnya tiada ukuran yang tepat bagaimana untuk menyamakan bentuk usaha sedekat mungkin dengan sukses.

3.Imaginasi

Sesudah berdoa dan berusaha maka jangan sesekali melupakan imaginasi untuk sukses.Rasai dengan hati betapa nikmatnya sukses tersebut.Rasai juga betapa bahagianya  sukses.Bila lagi kalau bukan sekarang.Masa sekaranglah masa paling sesuai untuk membuat imaginasi tersebut.Semasa berimaginasi buat gambaran dalam minda seolah-olah ia sudah didepan mata.Contoh yang paling dekat semasa orang mabuk bercinta.Bayangan muka pasangan hidupnya akan bermain-main dikelopak mata dan kelibat bayangan juga sudah berada disisi.

[admin]

Alhamdulillah sudah selesai  perkongsian HB tentang tip hebat untuk sukses.Jika dah tahu mari kita amalkan bersama-sama dengan HB.Memang benar HB belum menampakkan bukti sukses tersebut buat pembaca semua.

Namun  percayalah tip ini bukan HB yang cipta.Ia adalah tip yang universal yang pernah dilakukan oleh mereka yang benar-benar berjaya sebelum ini.
Apa yang perlu dilakukan kalian lakukan ialah aplikasi dalam kehidupan harian.

HB akur tanpa kesungguhan memang sukar untuk konsisten untuk mengamalkan tip ini.Jika demikian situasinya beritahu pasangan hidup kalian baik isteri maupun suami atau teman istimewa kalian.Ingatkan mereka supaya terus kalian tetap bersemangat untuk aplikasikan tips hebat ini.Tak banyak pun.Tiga sahaja.Tak akan tak boleh kot.


Sekian.Salam motivasi dan ceria selalu.


Bacaan lanjut :

1. Petua Dapat Rezeki Yang Berkat

2.Cara Memikat Lelaki Idaman Hati

3.Cara Untuk Jadi Usahawan Emas

18 ulasan

imaginasi tu baru saya nak praktikkan, alhamdulillah

Perkongsian TERBAIKK! =)
Dream + Do = Deliver.

imaginasi= fake it until you make it
nice sharing

imajinasi itu yang perlu dikembangnkan kalau menurut saya mas,

Sifu cakap, "Apa yang kita fikir (imaginasi) juga adalah doa".. Jadi jom kita fikir yang baik2, yang hebat2 dan yang bermanfaat sahaja..

Imaginasi tu mengukuhkan lagi impian dan ia percuma... sayang kalau tak berimaginasi.

Salam sukses utk HB!!... :)

ya..bagus dan teruskan.

terima kasih dan saya berharap ia memberi manfaat buat anda semua

Albert Einstein pun buat imaginasai

imaginasi adalah keperluan untuk berjaya jika tahu caranya

betul dan saya memang suka statement nie..

kalau ramai yang buat..maka ramai juga yang boleh sukses..

nak berjaya mesti usahkan sesuau tak boleh duduk diam sahaja ya tak

betul tu..usaha tangga kejayaan.

Proses imaginasi tu tak berjaya nak aplikasikan lagi..kekadang buat kekadang tak buat..kadang jadi kadang tak..

kalau macam tu..wajib baca blog saya berkali-kali

In shaa Allah akan timbul tabiat konsisten..

ada berani.

terima kasih sudi kongsi tips ni ^^

sama-sama kita ambik manfaatnya.


EmoticonEmoticon