10 Rahsia Komunikasi Yang Hebat (Bahagian Kedua)

HB ada menulis tentang 10 Rahsia Komunikasi Yang Hebat dalam entri sebelum ini.Jika belum baca sila baca yang itu dahulu agar pemahaman kalian lebih jelas dan tepat.Sekiranya tak faham juga bukan salah kalian.Itu memang sah salah HB yang belum mampu untuk menulis dengan baik.Maafkan HB dan kini HB masih dalam memperbaiki mutu penulisan.

kredit: Google

Biar HB tekankan sekali.orang yang hebat dalam komunikasi bukan terletak pada kepetahan berbicara dan bijak bermain kata-kata.Ia sebenarnya terletak kepada kebijakan sebagai seorang pendengar.Pelik tapi benar.Namun itulah hakikat sebenar yang mesti kita fahami dan akui dengan hati terbuka.Jom kita lihat 5 lagi baki rahsia untuk menjadi orang hebat dalam komunikasi.

6.Postur badan yang selesa

Seseorang akan berasa disenangi jika mempunyai postur badan selesa ketika mendengar atau sedang berbicara.Postur badan yang HB maksudkan disini tidak bercekak pinggang bagaikan tengah marah.Badan yan lemah longlai bagaikan tidak makan selama hari.Seorang pendengar yang bijak akan memastikan badannya dalam posisi dan postur yang ideal.Tak kira semasa berdiri maupun duduk.

7.Condongkan badan ke arah pembicara

Condongkan badan kalian ke arah orang yang sedang berbicara menunjukkan kita berminat dengan topik yang diutarakan.Cara ini akan menaikkan semangat dan mood orang lain terhadap kita.Dalam pada itu jangan pula berlebihan seperti sedang berpelukan.Bayangkan kalau sesama lelaki memang buang tabiat jadinya.Jika berlainan jantina pulak memang kes naya jadinya.

8.Menunjuk rasa empati

Dalam bahasa seharian istilah empati jarang kedengaran.Namun dalam bidang ilmiah dan psikologi istilah empati merujuk kepada perasaan kita perlu disamakan dengan perasaan orang lain.Apabila ada penyatuan perasaan begini baharulah akan wujud persefahaman.Proses komunikasi seterusnya lebih mudah dan menyenangkan.Ini baru boleh dikatakan komunikasi yang hebat.

9.Menjauhi gangguan persekitaran

Memang tidak dinafikan suasana perbualan akan terganggu pada tempat yang sibuk dan hiruk pikuk.Topik perbualan dan idea perbincangan akan kucar kacir.Sebab itu dalam memastikan komunikasi dua hala atau komunikasi berkelompok perkara yang penting ialah persekitaran yang selesa.Tidak boleh tidak.Mengabaikannya bermakna mengurangkan mood komunikasi itu sendiri.

10.Pandangan mata waktu berbicara

Semasa berbual berbicara tumpukan perhatian kepada anak mata si pembicara.Ini menunjukkan kita berminat dengan apa yang disampaikan.Jika berlainan jantina amat disarankan untuk memandang bahagian tengah antara alis mata.Merenung tepat pada mata boleh mengundang perasaan yang kurang selesa juga.Lebih-lebih lagi kepada mereka yang tinggi keimanannya.Lainlah kepada mereka mempunyai daya ketahanan godaan  yang tinggi.Bab ini akan HB kupas dalam entri yang lain lah ye.

[admin]

Ternyata bukan mudah untuk menjadi hebat dalam bidang komunikasi sesama manusia.Banyak perkara yang perlu dipelajari dan dikuasai,Sekiranya kalian dapat menguasai kemahiran ini,HB amat percaya kejayaan dalam membina hubungan sesama manusia sangat hebat dan mengkagumkan.


Sekian.Salam ceria dan jumpa lagi.

8 ulasan

Good tips HB. Boleh dipraktikkan.
Menunjukkan rasa empati penting juga ya

Sangat bermanfaat isi postingan diatas, boleh dicoba tu? Hhheee...

Tips yg sgt bagus utk dijadikan panduan. T kasih HB atas perkongsian yg bermanfaat ini... :)

empati sangat penting dalam membina hubungan dengan insan lain.

ya..memang boleh dicuba..

sama-sama tuan..ia ada manfaat jika ada yang sepenuh hati mengamalnya..

Betul la ada yang berkongsi, kalau nak tahu seseorang tu tipu ke tak boleh tengok pandangan matanya, macam tu benar ke HB?

memang benar..orang yang menipu..anak matanya akan lain sedikit serta sukar untuk bertentang mata..


EmoticonEmoticon