10 Rahsia Komunikasi Yang Hebat

10 Rahsia Komunikasi Yang Hebat…Dulu-dulu masa sekolah HB selalu mendengar cikgu berpesan.Mulut ada satu.Telinga ada dua.Oleh itu banyakkan mendengar dan kurangkan bercakap.Memang ada kebenarannya.HB mengakui untuk menjadi seorang yang hebat dalam komunikasi bukan bijak berkata-kata atau fasih berbahasa.Sebaliknya menjadi seorang pendengar yang cekap dan boleh memahami komunikasi dengan jelas serta tepat.

Ada 10 rahsia komunikasi yang hebat untuk HB kongsikan kepada pembaca semua.Sebelum itu letakkan pemikiran pambaca semua dalam kondisi tenang dan rileks sahaja.Usah terburu-buru maupun tergopoh gapah untuk memahami apa yang HB kongsikan ini.

kredit kepada Google image

1.Tunjukkan rasa minat yang tinggi

Hubungan komunikasi dua individu atau sekelompok orang memerlukan seorang sahaja yang bercakap dalam satu masa dan selebihnya mendengar.Oleh itu sebagai seorang pendengar mesti menunjukkan rasa minat yang tinggi kepada idea yang disampaikan oleh si pembicara.Situasi ini membangkitkan semangat si pembicara untuk menyampaikan ideanya bersungguh-sungguh.

2.Sokong cara minimum

Apa yang dimaksudkan sokong secara minimum ialah pendengar jangan membantah 100 peratus apa yang disuarakan oleh si pembicara.Walaupun hakikat sebenarnya ada perkara yang kita kurang setuju.Sebaik-baiknya beri sokongan juga waima pada tahap paling minimum sekalipun.Rasioanalnya tidak ada pihak yang terasa dan berkecik hati.

3.Pantang mencelah

Sebelum memulakan sesuatu operasi dan tugas, HB akan membuat taklimat ringkas kepada staff.Menjadi pantang kepada HB jika ada staff yang mencelah sewaktu HB bercakap dalam taklimat tersebut.Sekiranya mereka berbuat demikian HB akan terus berhenti membuat taklimat dan beri peluang kepada mereka untuk bercakap pula.Kebiasaanya HB akan berpesan jangan mencelah sewaktu orang lain tengah bercakap.

4.Berfikiran terbuka

Ada juga masyarakat hari ini masih belum dapat menerima budaya pemikiran terbuka atau Open Minded Cultured.Realiti untuk menjadi seseorang yang hebat komunikasi mesti ada pemikiran terbuka.Dalam pemikirannya mesti boleh menerima idea,konsep baru dan apa jua pendirian si pembicaraJangan terlalu obses dengan pemikiran sendiri.Paling wajar untuk berfikiran terbuka selalu.

5.Menjadi pendengar yang sabar

Sabar adalah indikator akhlak yang terbaik dan ada kelas yang tersendiri.Malah ketika menjadi pendengar perlu sangat menjadi seorang yang sabar.Dengan ada nilai kesabaran tadi seseorang akan menjadikan hebat dalam komunikasi.Bagi peluang si pembicara untuk menyampaikan idea dengan sempurna.Jangan membuat kesimpulan terlalu awal.Jangan mengkritik tanpa usul periksa.

[admin]

Sekarang kalian akan faham bahawa untuk menjadi seorang yang hebat dalam komunikasi ialah menjadi pendengar.Pelik tapi benar.Namun begitulah hakikat yang sebenarnya.

p/s :Artikel ini akan disambung semula ..ada berbaki 5 lagi rahsia tersebut

Ilmu ini amat penting kepada mereka yang ingin menjalani temuduga.Jika nak tahu apa kata mencari ilmu tersebut dalam info bawah ini:


20 ulasan

insyaAllah akan diamalkan

rahsia kominikasi..

rajin la bercakap dengan orang.

mudah aje sebenarnya.

kalau ke 5 tips di atas dilakukan, pastinya komunikasi kita akan sukses ya mas

Terbaik untuk diamalkan, memberi kesan yang positif.

terbaik infor komunikasi berkesan...tahnia HB

Tips yang baik HB. Boleh diamalkan

Betul, MV pun tak berapa minat nak komunikasi dengan orang yang suka 'interrupt' kita semasa bercakap

bagusla kalau macam tu..terbaik

yalahkan..jangan cakap sorang-sorang sudah

betul banget dan memang super mas..

terima kasih tuan..harap-harap ia memberi manfaat kepada semua.

terima kasih tuan..memang itu yang saya harap untuk para pembaca

in shaa Allah..memang boleh

tu tandanya mereka tak hormati kita

Sabar dan menjadi pendengar yang baik....itu antara yang pernah dipelajari.

kebanyakkan masalah dalam perhubungan adalah komunikasi..terima kasih HB

Menjadi pendengar yg sabar tu mmg penting kan...

ya..betulkan apa yang HB kongsikan ini

tahu tak pe bro..memang hakikatnya macam tu.

memamg tidak dinafikan hakikatnya tu..


EmoticonEmoticon