Ciri-Ciri Matlamat Yang Hebat

Semua orang mahu berjaya dan mencapai matlamat yang diingini.Terpulang sama ada matlamat itu besar,sukar atau mudah pada pandangan masing-masing.Ternyata pada kali ini HB cuba untuk berkongsikan ciri-cri matlamat yang hebat.Jika dihayati dengan mata hati memang diakui dengan sejelas-jelasnya bahawa setiap matlamat itu perlu ada ciri-ciri yang berikut:


 kredit : Imej Google

1.Matlamat besar

Keghairahan dan keterujaan seseorang pasti terasa jika mereka mempunyai matlamat yang besar.Lagi besar lagi bagus.Namun jangan pula tidak realistik dengan keadaaan yang ada.Dengan matlamat yang besar kita akan berusaha dengan cara terbaik.Bersungguh sungguh tahap optima dan mampu mengembeleng potensi diri.

Kita tidak menganggap perkara tersebut terlalu mudah.Kita sentiasa berfikir secara serius untuk menghasilkan tindakan hebat setiap masa.Itulah penangan matlamat besar supaya minda separa sedar giat mencari cara agar matlamat besar yang disetkan itu boleh mencapai sasaran kepada si empunya diri.

Seperti kata Zig Ziglar dalam buku See You At Top menyatakan ‘’Kita perlu membayangkan sesuatu yang besar sebelum berjaya mencapai kejayaan yang besar’'

2.Matlamat yang ada jangka masa

Adalah tidak realistik untuk menyatakan, hari ini kita berkenan dengan seseorang gadis maka esok hari boleh kita mengahwininya seperti pasangan bercinta yang lain.Tentunya sukar diterima akal .Setiap matlamat perlu ada jangkamasa tertentu.Dalam perbincangan ini HB nak merujuk kepada matlamat jangka panjang.

Matlamat yang hebat memerlukan masa yang panjang agar perjalanan untuk menuju matlamat tersebut boleh dinilai dan dikaji dari semasa ke semasa.Memang akan ada halangan namun alihkan ia menjadi batu loncatan.

3.Kemaskini matlamat setiap hari

Seorang pengejar impian sejati mesti mengemaskini matlmatnya setiap hati.Maaflah ye.Ia tidak boleh dikatakan hangat-hangat tahi ayam.Kalau tidakpun buat persediaan mencapai impian secara perlahan-lahan.Ada peringkat demi peringkat.Sebab itu ia amat perlu dikemaskini setiap hari.

4.Matlamat perlu khusus

Tidak dinafikan bahawa matlamat perlu khusus dan lengkap.Ia adalah hukum wajib untuk berjaya dalam mana-mana perkara yang kita lakukan dalam dunia ini.Sekiranya matlamat masih umum adalah sukar untuk minda kita bekerja dan mencapainya.Ketahuilah matlamat yang khusus bagaikan sebuah pembesar kanta.Jika ia tetap pada tempatnya dan diberi cahaya matahari maka proses pembakaran pada tempat tersebut lebih cepat.

[admin]

HB faham bukan senang untuk meletakkan ciri-ciri matlamat hebat pada impian masing-masing.Kekuatan untuk mengambil kuasa tindakan juaga sangat berbeza.

Ada yang sekadar nak tahu,buat buat tahu dan langsung tak nak ambik tahu.

Namun begitu HB mengucapkan tahniah kepada beberapa insan hebat yang sudi memgambil manfaat dari apa yang HB kongsikan sebelum ini.

Oleh itu jumpa lagi dan salam ceria di atas angin lalu hendaknya.



p/s : Jika ingin menambah ilmu pengetahuan jom segera baca >>>> blog BUKU ONLINE.

20 ulasan

Berarti matlamat ini harus ada salah satunya pada diri kite ya

Kalau nak buat semua perkara, mesti ada matlamat. Kalau takde matlamat, sentiasa duduk bawah tempurung. Takmau keluar dari dalam kepompong

Kena teliti balik matlamat MV la untuk tahun ni..

perkongsian yang menarik admin. sesungguhnya org yg gagal ialah org yg gagal merancang serta menentukan matlamat (halatuju hidup)

Tengah mencari matlamat hidup bila keluarga bertambah besar nie.

perkongsian yang best tuan

matlamat boleh dikemaskini, ikut kehendak dan keperluan kita. thanks untuk info ni tuan

Nak tetapkan matlamat tahun 2016..

ya..memmang betul sangat tu tuan.

matlamat adalah motivasi untuk kita bergerak ke hadapan

itu yang sebaiknya MV..jom lakukan

semua orang tak nak gagal tetapi kesilapan merancang menyebabkan ada yang gagal

matlamat bila keluarga besar ini bro ialah pendapatan yang besar juga

terima kasih kerana memahami

bunyinya macam bajet negara yang boleh diubah mengikut keperluan

jika belum bermula mari lakukan pada bulan februari ini

Mari sama2 kita tetapkan matlamat dan istiqamah merealisasikannya sehabis baik!

betul tu tuan..saya amat bersetuju dan kini berusaha mencapai matlamat tersebut

ada matlamat memang penting dapat membantu kita untuk terus fokus

tiada matlamat sudah juga nak berjaya


EmoticonEmoticon