7 Kebaikan Hubungan Kelamin Manusia

7 Kebaikan Hubungan Kelamin Manusia...Maaf  jika entri ini boleh menyinggung perasaan para pembaca sekalian.Entri ini bukan berbaur lucah tetapi perkongsian ilmu yang sangat berguna kepada pasangan suami-isteri yang sah sahaja.Luar daripada itu HB peringatkan bahawa haram untuk mencuba aksi terlarang.



Jika untuk pengetahuan apa salahnya.Perkahwinan sahaja yang menghalalkan hubungan kelamin lelaki dengan wanita.Lebih tepat lagi persetubuhan banyak memberi manfaat dan nikmat kepada kehidupan manusia.Jika bukan yang halal maka bala boleh menimpa.Ingat Allah SWT Maha Mengawasi dan Mengetahui tindak tanduk kita.

Ada 7 kebaikan bersetubuh sebagaimana yang telah dinyatakan oleh pakar sakit puan, Dr Nor Ashikin Mokthar:Mari kita teliti fakta saintifik dibawah ini:

1.Anti depresson 

Kehidupan sekarang ini sangat komplek.Kos hidup meningkat dan pelbagai masalah lain bisa mendatangkan stress kepada seseorang.Jalan penyelesaian terbaik kepada mereka yang sudah berkahwin ialah melakukan hubungan badan dengan pasangan masing-masing.Ketika melakukan hubungan seks si suami akan melepaskan air mani ke dalam faraj si isteri.Proses ini akan berlaku ketika klimaks menyebab si suami lega dan mudah untuk tidur.Si isteri pula yang menerima air mani suami kurang rasa murung.Perlu diingatkan si isteri akan mendapat manfaat ini jika si suami tidak menggunakan kondom. 

2.Cyclical effect

Bersetubuh itu merupakan aktiviti yang hebat.Para isteri mesti mendapat kepuasan batin daripada suami.Sebab itu ketika isteri mendapat klimaks ketika bersetubuh maka sindrom sakit kepala akan pulih.Sebabnya ada pelepasan hormon oxytocin yang dikeluarkan dalam tubuh badan mereka.Perasaan tenang dan jiwa yang damai akan menyelubungi diri mereka setelah berlangsungnya persetubuhan tadi.Dalam soal agama sekali pun memang ada menyatakan hanya dengan perkahwinan akan memberi sakinah kepada kedua suami isteri. 

3.Membakar kalori

Golongan pekerja yang menggunakan kudrat 4 kerat tidak menghadapi masalah dalam pembakaran kalori.Bagaimana pula dengan pekerja kolar putih yang asyik duduk dalam pejabat berhawa dingin.Tugas harian banyak menggunakan komputer.Golongan ini tiada pilihan lain selain aktif melakukan persetubuhan suami isteri.Ini kerana dengan bersetubuh selama 30 minit akan membakar kalori sebanyak 85 kal.Lagi lama lagi baik untuk pembakaran kalori yang lebih.Tidak hairan jika saya katakan persetubuhan adalah satu bentuk sukan suami dan isteri pada malam jumaat

4.Mengelak strok

Penyakit strok atau lumpuh amat berbahaya kepada manusia.Mereka yang terkena agak sukar untuk pulih kembali.Berdasarkan kajian santifik hubungan badan suami isteri dapat mencegah gejala ini berlaku.Rasionalnya dengan ada berlaku hubungan intim pasangan yang melakukannya akan kurang masalah tekanan darah tinggi dan tidak stress yang melampau.Darah akan berjalan lancar melalui terapi hubungan badan.Apa yang menarik tidak ada kos tambahan seperti kita ke pusat gimnasium.

5.Mengelak barah prostat

Prostat adalah organ penting kepada lelaki.Di sinilah pemprosesan air mani berlaku.Penggumpulan air mani yang berterusan akan memudaratkan prostat itu sendiri.Pakar kesihatan berpendapat bahawa pelepasan air mani ke tempat yang betul wajar dilakukan.Tentulah ke dalam kemaluan si isteri sebagaimana ketika hubungan intim berlangsung.Teorinya mudah iaitu lebih banyak memancutkan air mani maka lebih selamat dari barah prostat. 

6.Mencegah penyakit jantung


Ketika melakukan hubungan intim jantung si suami dan si isteri berdegup kencang.Proses ini adalah normal seperti mana orang pergi berjogging.Degupan yang berlaku amat baik untuk kesihatan jantung.Otot-otot jantung akan berfungsi dengan baik.Tentulah amat rugi pasangan suami isteri memandang remeh soal hubungan intim dalam kehidupan mereka.Ada yang beralasan sibuk dengan kerjaya dan letih melayan anak-anak seharian.Hubungan intim menjadi hambar dan tidak diperdulikan.Hakikatnya jantung mereka akan merasa akibat sikap sebegini

7.Awet muda

Wah! Tentu ada yang sukar nak percaya.Kajian saintifik menunjukkan orang yang aktif seks akan sentiasa bertenaga,sihat mental dan fizikal.Mereka hidup dalam keceriaan.Jadi tidak mustahil kemudaan itu akan berkekalan.Contoh mudah yang boleh kita perhatikan kepada suami atau isteri yang mendapat pasangan yang muda.Logiknya usia pasangan muda lebih bermotivasi melakukan hubungan intim.Mereka menampakkan kekal muda baik kepada  si suami atau kepada si isteri.Tentulah tidak sukar untuk menjadi muda semula dengan syarat untuk menjalani kehidupan aktif seks.Cuma jangan terlalu obses sehingga menyebabkan tiada kerja lain selain yang itu.

[admin]

Entri ini adalah salinan dari blog lama HB.Lagipun HB masih 'galau' untuk menulis blog ketika ini.Langkah bijak buat salinan sahaja dari blog yang lama-lama tu.Blog sendiri sayang juga terbuang entri.

Sekian.Salam ceria dan selamat beramal.




12 ulasan

banyak juga manfaatnya ya

Huish banyak sungguh manfaat hubungan kelamin ni...tetapi semestinya yang HALAL sahaja la kan

betul-betul..hanya yang halal tetap terbaik.

Banyak sakit rupanya yang akan takde ya....kena lebih aktif lagi nie...thanks bro atas info ini!

Sekarang baru saya tau kenapa sesetengah orang kelihatan awet muda :)

lagi aktif lagi bagus..kasih sayang kebih erat

kalau nak tahu banyak berlaku kepada suami yang kahwin dengan isteri yang lebih muda..

Baru tahu kebaikannya..

tetapi kebaikannya akn hadir bila hubungan itu hubungan yg sah ;-)

dah kahwin akan lebih tahu..he.he.

itulah yang kita semua nak..

selain daripada itu akan mendatangkan bala dan bencana


EmoticonEmoticon