5 Jenis Gangguan Seksual Terhadap Wanita

Gangguan seksual ditempat kerja tidak boleh dipandang ringan.Isu ini amat serius kerana melibatkan soal intergriti,maruah dan kehormatan insan yang bergelar wanira.Baru-baru ini HB terbaca dalam sebuah buku.Jadi amatlah elok HB cuba kongsikan kepada pembaca blog ini terhadap isu gangguan seksual terhadap wanita.

credit : Google image

Ada 5 jenis bentuk gangguan seksual terhadap wanita.Mari kita telusuri satu persatu agar menjadi panduan dan informasi yang berguna buat kita semua.

1.Gender Harrasment (merendahkan isu gender)

Gangguan jenis ini sangat umum.Ia bersifat lembut dan kurang disedari oleh golongan wanita itu sendiri.Misalnya golongan lelaki suka menindakkan kemampuan golongan wanita dengan kata-kata dan sindiran.Mereka akan kata bahawa wanita sepatutnya berada di dapur dan hanya pandai menangis.

2.Seduction (godaan kata-kata)

Wanita akan kurang selesa jika ada disebut perkataan kotor dan lucah.Masalahnya ramai golongan lelaki suka menyebut perkataam lucah dengan niat untuk lawak jenaka.Mereka tidak sedar bahawa perbuatan begini sudah termasuk dalam gangguan seksual.Ada juga kata-kata yang sangat menjurus perbuatan seksual.Memang ada wanita yang menganggap biasa namun tidak semua berfikiran demikan.Golongan yang kurang biasa akan rasa kurang selesa.

3.Bribery (rasuah seksual)

Ada juga pihak atssan golongan yang cuba memanipulasi wanita untuk tujuan tertentu.Mereka mengumpan wanita dengan rasuah seksual agar naik pangkat,gaji dan sebagainya.Sungguhpun isu ini sangat sulit kerana dilakukan selepas waktu bekerja dan bersifat personal.Tiada siapa yang boleh membuktikan dengan mudah,Memang kes kompleks dan hanya mampu ditangani oleh wanita yang ada maruah diri atau bos yang bukan kategori hidung belang.

4.Sexual Coercion (ancaman seksual)

HB menganggap perbuatan ini sangat zalim.Betul betul mengambil kesempatan atas kelemahan seseorang yang bergelar wanita.Golongan bos lelaki  yang (tidak semua) akan mengenal pasti wanita yang boleh menjadi mangsa.Misalnya pekerja yang tiada pilihan lain dan hidup terdesak kerana hendak menyara keluarga mereka.Ancaman yang selalu digunakan ialah diberhentikan kerja jika tidak mahu menuruti kemahuan seksual bos lelaki mereka.

5.Sexual Imposition (serangan seksual)

Dalam banyak jenis gangguan seksual jenis yang terakhir ini sangat berbahaya.Golongan lelaki atau rakan sekerja lelaki boleh jadi si perogol apabila tidak dapat mengawal diri.Nafsu mereka yang telah dipendam lama akan meletus seperti kuda liar yang terlepas dari kandang.Memang menakutkan kepada golongan wanita.Serangan seksual akan ditumpukan kepada jenis wanita yang kurang agresif dan lemah sifatnya,Dengan kelebihan lelaki yang ada kekuatan kudrat memang dianggap bahaya jika cubaan untuk merogol wanita yang dilihat lemah.

[admin]

Ternyata gangguan seksual terhadap wanita boleh diatasi dan dicegah sebelum berlaku.Memang benar ada pepatah yang mengatakan mencegah lebih baik dari mengubati.Dalam isu begini pun sama sahaja keperluannya.

Cuma HB senaraikan secara ringkas beberapa tip dan panduan untuk mengatasi gangguan seksual.

1,Guna pakaian yang bersopan

2.Berjalan dengan seadanya bukan lenggang lenggok

3.Intonasi suara jangan menggoda

4.Rapat dengan rakan sekerja perempuan sahaja.

5.Berdoa dari segala ancaman buruk


Sekian.Salam ceria dan semoga dapat manfaat hendaknya.

 

12 ulasan

hati2lah kaum wanita

wanita sentiasa banyak cabaran

Alhamdulillah sepanjang berkerja dulu tak penah jumpe dgn orang camni...semua kawan2 lelaki sy baik2

memang wajib berhati-hati termasuk juga kaum lelaki

cabaran ada banyak disekiling

itu memang rezeki buat puan..

wanita penuh mistery, mereka bisa mengokohkan para lelaki,namun bisa juga menjerumuskan pada kehinaan

Gangguan seksual ni mmg tak patut.. org psycho je yg berani buat mcm ni kat wanita kan... wallahualam

ya..wanita juga amat diperlukan oleh si lelaki yang bergelar suami

benda ini sebenarnya amat dilarang keras oleh agama..

Kena berhati hati selalu. Peringatan utk semua wanita

betul tu..memang patut ambk perhatian..


EmoticonEmoticon