5 Fungsi Utama Otak Manusia


5 Fungsi Utama Otak Manusia…Organ yang paling hebat pada diri manusia ialah otak.Pengetahuan tentang otak banyak diterokai pada zaman ini dan ianya masih misteri untuk dipelajari secara maksima.Ada yang mengelarkan otak adalah pemproses yang super luarbiasa dan berkapasiti tanpa batasan dan kekuatanya jauh dari apa yang kita fikirkan.

HB cuba untuk menyenaraikan 5 fungsi utama otak manusia.Bagi memastikan keyakinan pembaca, HB telah memetik informasi ini dari buku Panduan Kemahian Belajar Buzan oleh Tony Buzan.Mari kita kaji bersama dan berharap ianya boleh memberi manfaat kepada pembaca semua.Meskipun begitu ulasan ini agak ringkas demi memudahkan pemahaman pembaca.

1.Menerima

Otak berfungsi untuk menerima maklumat dari deria manusia.Maklumat tentang rasa sejuk,rasa lapar,rasa berahi dan sebagainya.Maklumat ini akan diproses dan ditapis pada bahagian minda sedar sebelum dibenarkan sampai ke bahagian minda separuh sedar.Proses ini berterusan hingga ke akhir hayat.Orang kata selagi otak masih berada di atas kepala.

2.Menyimpan

Otak akan menyimpan maklumat yang telah diterima dengan begitu baik dan boleh diakseskan sebaik yang mungkin apabila diperlukan.Namun begitu ramai yang menghadapi masalah untuk mengakses kembali maklumat tersebut kerana banyak perkara.Keadaan ini memang menyukarkan  para pelajar yang menghadapi peperiksaan khususnya dan sesiapa sahaja amnya..

3.Menganalisis

Kemampuan otak untuk menganalisa maklumat bersandarkan kepada logik akal.Selain itu ia turut merungkai makna dan persamaan maklumat tersebut dengan pengalaman kita sebelum ini.Hebatnya otak kita menganalisis maklumat tidak mungkin boleh dilawan komputer paling canggih sekalipun.Komputer tidak menyertakan eleman emosi dan perasaan pada setiap maklumat yang telah dianalisis.

4.Mengawal

Kehidupan manusia dikawal oleh cara otaknya bekerja.Malahan otak bekerja dipengaruhi secara langsung dengan sikap kita,keadaan kesihatan dan faktor persekitaran Sebab itu sangat penting untuk kita membentuk sikap dan akhlak supaya sentiasa postif agar otak kita mengawal untuk kebaikan juga.Orang yang mempunyai akhlak yang bagus akan menghasilkan bentuk pemikiran yang baik juga.

5.Memberi output

Setelah maklumat diterima oleh otak dan ianya telah diproses dengan sewajarnya maka otak akan memberi output dalam bentuk fikiran,ungkapan,lukisan,pergerakan dan sebagainya yang bersifat positif.

[admin]

Membicara isu atau perkara tentang otak memang menarik.Ia adalah satu topik yang menjadi kegemaran HB sejak dari dulu lagi.

Salam ceria dan jumpa lagi.


20 ulasan

otak boleh buat kita kaya dan berjaya
kalau pandai manipulate otak

sebab itu perlukan minda sentiasa positif

minda yang dikawal dengan baik boleh menghasilkan sesuatu yang hebat

ani suka tahu tentang minda sedar dan minda separuh sedar, minda ciptaan Allah, Subhanallah :)

Otak, kecil tapi bisa menampung jutaan memori di dalamnya, luar biasa ya mas

Teringat kat drama korea feveret saya dulu. Tajuknya 'brain'

betul tu..tidak dinafikan

proses nak positifkan minda bukan perkara mudah jika belum biasa

itu sudah semestinya..

kalau ada kesempatan nanti saya usahakan penulisan minda sedar dan separuh sedar..tapi tak janji

sebab itu otak dikatakan super bio komputer

he..he..nie Fidah peminat Korea..seingat saya cerita tentanhg kisah pembedahan otak

Hebat kan kuasa Allah menjadikan otak kita ni berfungsi macam-macam

otak otak pun sedap dimakan...huhu

maha suci Allah..memang itu keajaiban yang luar biasa

yan suka makan otak otak ke..

Kehebatan ciptaan yang Maha Pencipta... sehebat2 super computer yg ada pun tidak mampu menandingi otak manusia ciptaan Illahi... Allahuakbar.

anak saya perli saya bila sy marah kepadanya

mama ada otak x? abis tu kenapa marah budak2...huhuhu

betul sangat tuan..saya amat bersetuju seakli

sekarang budak budak berfikir lain sikit..kita boleh tempis kemarahan dengan menjawab soalan mereka dengan teknik logik akal


EmoticonEmoticon