3 Cara Untuk Mudah Gagal

Biar kali ini HB berkongsi penulisan secara psikologi terbalik.HB nak menulis sesuatu yang mudah gagal.Semua orang boleh buat,Jangan kata tidak boleh.Malah ia amat digemari oleh hampir semua manusia di mana sahaja mereka berada,Hanya mereka yang tak nak mengamalkan cara ini boleh berjaya.Selain dari itu kalian dijemput untuk menyertai golongan gagal sepanjang hidup mereka.

Maaf perkataan agak kejam dan dangkal,Namun HB tetap sematkan dalam hati bahawa pembaca sekalian mesti faham teknik yang digelar psikologi terbalik.HB tidak terniat untuk menganjak jalan keburukan.HB mahu pembaca sekalian puas hati dan mendapat manfaat setelah membaca artikel blog ini.

Kredit : Google Image

1.Layan media sosial sepuas-puasnya

Semasa aktif dalam media sosial jangan buat bisnes.Jangan buat apa-apa promosi waima Buku Online sekalipun,Kalau boleh tetapkan pendirian untuk media sosial semata-mata.Lepas habis Facebook,lepak pula di Whatapps,Wechat,Instagram,Youtube,Telegram dan apa-apa media sosial yang melekakan tersebut.Buka sahaja mata terus layan media sosial.Jangan bekerja dan lekakan masa terus menerus dari pagi sampai malam.HB yakin ramai yang mula sedar bahawa tindakan demikian memang merugikan serta menggurang produktiviti harian manusia.

2.Perbanyakan tidur sampai lembam biji mata

Tidur memang seronok.Kalau boleh terus tidur senyenyak yang mungkin.Orang lain tidur antara 4 hingga 8 jam sehari.Kalian pula tidur 20 jam setiap hari,Jangan fikir langsung tentang perkara lain selain dari tidur.Kalian hanya perlu bangun seketika dan sambung balik tidur,Lakukan tabiat tidur begini seberapa lama kalian mahu.Biar kalian terus ketinggalan serba serbi.Sanggupkah untuk menyahut cabaran tersebut.

3.Biarkan rasa malas menguasai diri

Dengan adanya rasa malas maka kalian terus nikmati perasaan tersebut.Jangan lakukan apa-apa selain layan persaan malas.Jadi seseorang yang pemalas dalam semua perkara.Nak makan malas.Mandi pun malas dan apa lagi untuk bekerja.Lebih bagus malas dan terus malas.HB yakin demgan sifat pemalas ini kalian akan mudah untuk gagal.Layanlah perasaan malas sampai bila-bila sehinga maut menjemput.

[admin]

HB yakin sesiapa sahaja yang mengamalkan petua ini dengan sepenuh hati amat berpotensi untuk gagal dalam hidup.Difikirkan balik betapa mudah  gagal berbanding untuk berjaya.

Terpulang pada empunya diri untuk melalui jalan mudah atau jalan susah.Jalan mudah ialah gagal menanti.Jalan susah ialah jaminan kejayaan.

Sekian.Salam ceria dan jumpa lagi.

16 ulasan

Mak aiii..takutlak baca. Moga dijauhkan dr jadi golongan yg macam tu

janganlah jadi golongan tu, amiin

kegagalan seharusnya bukan menjadi matlamat kita. get up guys

Rasa malas menguadai diri tu kekadang berlaku....atau mungkin nk rehat minda...

Yalah nak gagal memang mudah, seperti juga bab pelajaran, jangan baca buku, jangan ulangkaji dan jangan tumpu kepada cikgu masa belajar. Pasti boleh gagal punya.

Semoga kita semua tidak tergolong dikalangan mereka yg mudah gagal... aamiin.

so ..cara terbaik ialah jangan ikut

itu lah yang sebaiknya..minta dijauhkan

the best way is..never give up

perkara biasa bagi kita manusia

buat beberapa banyak perkara negatif..pastikan rasa gagal juga nanti

Terbaik. Kalau tak terasa juga tak tau lagi nak kata apa kan HB hehe

kadar keberkesanan psikologi terbalik ni kadangkala tinggi juga..
selalu di guna untuk pelajar yg degil, alhamdulillah ada cahaya positif

nak cari cara mudah...tulah caranya

yalah kan..teknik ini berkesan pada orang tertentu sahaja


EmoticonEmoticon