10 Cara Meningkatkan Daya Ingatan

Kuasa dan kemampuan otak amat luarbiasa.Ini termasuk dalam proses penyimpanan maklumat atau ingatan.Menurut kajian didapati ada 10 cara bagaimana ingatan kita berfungsi untuk mengakses maklumat setepat dan secepat yang dihendaki.HB yakin ramai yang nak tahu terutama golongan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.Ayuh kita teliti bersama-sama.



1.Deria

Sebagaimana yang HB tulis dalam artikel sebelum ini maklumat dan data masuk ke dalam otak melalui deria yakni pancaindera.Semakin banyak yang kalian lihat,dengar,rasa,hidu dan sentuh terhadap sesuatu perkara maka memori tentangnya sangat kuat dan jelas.Proses mengingatkan kembali maklumat tersebut tampak lebih mudah.

2.Penonjolan

Pernonjolan imej yang luarbiasa memudah memori kita menyimpan dan mengakses sesuatu perkara,Perlu HB tekankan bahawa otak kita bekerja menggunakan gambaran atau imej.Sebab itu jika ada imej yang terlalu menonjol sifatnya akan mudah disimpan dalam memori kita.Yang menakjubkan ia akan diakses dengan sangat cepat,tepat dan mudah sekali oleh memori kita.

3.Ritma

Otak sangat suka benda yang bergerak.Ia bagi memastikan ingatan kita kuat untuk mengingatkan sesuatu perkara, sebaik-baiknya ia buat imej yang bergerak,tiga dimensi dan ada ritma.Memori manusia lebih kuat mengingat kepada perkara yang turutan dan ada cerita disebaliknya.Jadi tidak hairan ada yang boleh mengingati jalan cerita sesuatu filem berbanding jalan cerita yang dikisahkan dalam novel.

4.Warna

Warna membolehkan memori kita terus hidup dan senang diingati.Dalam imaginasi gunakan warna yang terang dan jelas.Gambarkan sesuatu maklumat menggunakan warna.Otak suka warna dan dirangsang untuk lebih seronok melalui warna.Cuma elakkan penggunaan warna hitam  sebab otak cenderung untuk tidur.Tidak hairan pengamal ilmu hipnosis suka mengenakan pakaian serba hitam supaya cepat menidurkan otak sedar para klien atau subjek.

5.Nombor

Nombor memberi pengaruh yang hebat ke atas memori.Nombor adalah signal untuk otak membuat urutan dan secara spesifik penyimpanan maklumat ke atas memori.Mari HB ajak pembaca sekalian untuk membilang nombor 1 hingga ke 100.Tentu sangat mudah,Selepas itu cuba membilang nombor secara rawak.Bayangkan perbezaannya.Sudah pasti lidah boleh berbelit dan sangkut-sangkut pulak tu.Betul tak?

6.Simbol

Penggunaan simbol adalah kod yang padat untuk memahat ke dalam memori.Ia mudah diingati kembali kerana berbentuk imej yang boleh dihubungkan dan dijalinkan sebagaimana sebuah cerita.Secara logiknya simbol amat memudahkan memori kita untuk mengingatkan kembali.

7.Corak

Fikiran kita boleh diarahkan untuk bergabung dengan pelbagai corak,warna,berat,saiz atau apa sahaja yang sifatnya.Begitu juga dengan cara memori tersebut berfungsi.Memori lebih mudah disimpan dan diakses menggunakan corak dan susunan mengikut turutan.

8.Minat

Apa jua perkara yang kita minat amat mudah diingat.Tidak hairan ada subjek yang diminati para pelajar sekolah atau penuntut universitu mendapat skor yang tinggi kerana diminati.Mereka mungkin minat apa yang dipelajari atau siapa yang mengajar ilmu tersebut.

9.Ketawa

Ingat lagi tak tagline tv suatu ketika dahulu.Ketawa penawar duka.Ya memang benar.Ketawa boleh meningkatkan memori seseorang kerana otak suka dalam keadaan seronok.Keupayaan memori bertambah dengan adanya  unsur humor,lawak jenaka dan ada bahan ketawa.Selepas ini jangan abaikan cara ketawa untuk proses meningkatkan memori.

10.Positif

Positif yang HB maksudkan di ialah pemikiran positif.Amat besar pengaruh pemikiran positif dalam perkembangan memori.Otak lebih gemar mengingatkan imej positif,kenangan bahagia,pengalaman gembira.Oleh sebab itu kita amat disarankan supaya sentiasa tenang hadapi hidup ini.Perasaan sedih,runsing dan stress akan melemahkan daya ingatan dan kemampuan memori.

[admin]

Ingatan yang bagus banyak memudahkan kehidupan ini.Kita ingat tempat,nama orang,harga barangan dan sebagainya.

Oleh hal demikian daya ingatan boleh ditingkatkan dengan 10 cara yang HB huraikan secara ringkas di atas.

Jika ada lagi jangan lupa kalian kongsikan pada bahagian komen pula.

Sekian.Salam ceria dan jumpa lagi.


26 ulasan

suka ingat dan buat peta minda untuk subjek sains sejarah

MV lebih kepada nombor, warna dan simbol..benda macam ni cepat tingkatkan daya ingatan yang dah menginjak tua ni..hihi

sebab itu orang kata seni membantu menajamkan ingatan ya

saya lebih kepada nombor dan corak nampaknya

Melukis dan mewarna pon bagos utk otak...paling suka bab ketawa tu..sebab saya seorang yg mudah utk ketawa :D

Daya ingatan yg baik memudahkan jalan ke arah kejayaan. Thanks sharing HB... :)

bos makanan seperti minyak ikan pun penting utk daya ingatan yg tajam...

Thanks HB atas tips nie. Dulu zaman sekolah, buat nota memang suka guna pen kaler2. Syok nak baca balik...hehe

Saya suka warna dan corak.. zaman skolah dulu buat peta minda wajib guna warna & corak.. lepas tue bila exam dah habis, semua pun lupa, hehehe...

memang suri seorang yang pandai dalam bidang sejarah nie..

betul tu..jangan biarkan usia menggangu daya ingatan kita

bila dah disebut seni..memang perlukan kemahiran khusus dalam bidang tersebut

baguslah kalau begitu...

puan jenis yang ceria...memang betul ketawa meningkatkan daya ingatan

itu memang tidak dinafikan bro..saya sangat bersetuju.

amat digalakkan sama sekali..ada omega 3 tu

wah cukup rajin la...

maksudnya ilmu itu digunakan untuk peperiksaan sahaja

Informasi yang sangat baik terutamanya untuk pelajar..

Makin berusia nie, makin kurang daya ingatan

Saya suka warna dan angka

terima kasih bro...harap ianya bermanfaat

lumrah tuan..tetapi masih ada jalan penyelesaiannya

lain orang lain caranya..

Akak ni jenis yg lebih senang ingat crita dr nombor, lagu dr lirik. Jadi, lebih senang score dlm sejarah drpd maths. Lain org, lain kebolehan, kan...

akak boleh juga tingkatkan ingatan melalui nombor..ada teknik tertentu yang boleh kita pelajari


EmoticonEmoticon