Tips Hilangkan Stress Dalam Seminit

hilangkan stress

 

Tips Hilangkan Stress Dalam Seminit…HB pernah guna tips ini.Sebab itu berani nak kongsikan dengan kalian semua.Memang terbaik.Amat berkesan kepada mereka yang selalu stress sama ada dirumah atau ditempat kerja.Tips ini percuma dan tidak perlukan bayaran untuk kalian yang mencuba.

 

Stress adalah perkara alami.Semua orang yang ada hati dan perasaan akan mengalaminya.Tidak kira kepada mereka hidup senang maupun hidup susah.HB yakin golongan yang sentiasa stress dengan cabaran hidup ialah kaum lelaki.Mereka terdedah kepada stress kerana tabiat suka memikir sudut negatif setiap masa dan ketika.Selain itu mereka ketua keluarga yang bertanggungjawab mencari nafkah siang dan malam.

 

Ada juga yang stress kerana banyak hutang dan dikejar oleh agen pemungut hutang.Mereka boleh hadapi dengan tenang jika kalian dapatkan ilmu dalam ebook Ketahui Rahsia Ejen Kutipan Hutang

 

HB nak berkongsikan tips hebat ini.Jika stress kalian bertambah kronik tolong jumpa pakar kaunseling.Apa yang HB kongsi ini adalah saranan orang biasa.Orang  biasa yang kebanyakkan memang terdedah kepada stress.

 

Untuk hilangkan stress yang ringan kalian cuma perlu ikuti apa yang HB katakan ini.Jangan banyak soal.Lagi banyak soal maka lagi stress kepala kalian nanti.

 

Langkah pertama ialan tarik nafas sedalam yang boleh.Ulangi langkah ini selama 10 kali dengan hitungan 5 saat tarik nafas,tahan  selama 3 saat dan hembuskan perlahan selama 7 saat.Kalau boleh lakukan dengan menutup mata supaya lebih fokus dan rileks.

 

Ketika menarik nafas cuba bayangkan perkara-perkara yang baik,positif dan yang indah-indah.Sekiranya sukar untuk berbuat demikian cuba bayangan udara yang kita sedut dalam bebola buih yang cantik dan berwarna warni .Kalau HB suka bayangkan gelembung berwarna putih,suci dan bersih.

 

Bayangkan gelembung atau buih yang berwarna putih ini masuk ke dalam mulut kalian satu persatu.Minda kalian akan rasa seronok dan gembira kerana berjaya menelan gelembung tersebut.

 

Selepas itu pula hembuskan nafas perlahan-lahan sambil membayangkan gelembung yang berwarna hitam atau berduri terlepas dan meletup satu persatu.Pada ketika itu bayangkan apa yang keluar itu adalah perasaan bosan,sedih,kecewa dan sebagainya.Arahkan minda untuk lepaskan banyak –banyak yang boleh.

 

Setelah satu minit berlalu kalian cuba katakan pada diri sendiri bahawa kalian ini akan lebih segar,tenang,gembira dan ceria sebaik sahaja membuka mata dalam sessi rawatan diri sendiri tersebut.Buat hitungan 1 sampai 5.

 

In Shaa Allah stress yang kalian alami bertahun-tahun ini akan dihapuskan perlahan-lahan.

 

[admin]

 

Buat selalu dan kalian akan lebih mahir.Jangan berputus untuk mencuba dan berlatih sehingga berjaya.HB percaya kalian semua akan hilangkan stress dalam masa seminit.

 

Lagipun tak susah.Cuma  fikiran yang buntu dan hati yang resah sedikit sebanyak boleh menghalang kalian untuk mencuba tips ini.

 

Sehingga jumpa lagi.Salam ceria dan gembira selalu hendaknya.

 

p/s :Jangan lupa untuk teruskan pengembaraan kalian dalam dunia penuh keilmuan di blog Buku Online.

42 ulasan

memang selalu stress kerja..kejar dateline..boleh cuba amalkan tips ni..tq..

apa boleh buat kawan..dah nama nak cari rezeki..

Jangan steress-stress. Kalau stress jangan lupa ambik wuduk dan solat 2 rakaat...

Hihihi jgn stress2..nnt sistem imun low
Seluruh badan akan rasa kesannya
Rugi.
Tips bayangan ni best

Sangat mudah.......lepas ni kalau nak marah anak kena tarik nafas dalam2 dan bayangkam yang happy ja la...

Bubble.. Mana ko bubble.. Sini ko... Masuk dalam mulut aku... Eh? Ini bukan bubble... Ini asap.. . Hahahha.. Jangan marah..

Thanks for the tips..moga dapat manage stress dengan lebih baik..

saya lebih suka bila stress buat benda yang saya suka.. sebab benda yang kita suka je buat kita lupa stress sekejab hehehe

terima kasih..dan itu yang mesti dielakkan..

Insya Allah ia berkesan..

bro main vape ye...?

kalau dapat diurus dengan baik..memang tak de masalah punya!

kalau diikutkan hati ada perkara yang paling saya suka..sama ada semasa stress atau santai..

Suri rumah cam saya ni kekadang stress jugak...akan cuba tips tarik dan hembus napas dari HB ni....

Tip yang sangat bagus daripada Mr Hanafi. Semoga ramai yang oleh hilang stress selepas ini.

bagus tips ya, makseh hero borneo. hihi

Betul tu.....zikir pun boleh..

thanks untk tips, makan bcompleks sekali pas ni

reda kala masalah boleh pergi satu persatu

he..he...boleh cuba jangan tak cuba

kalau boleh hidup kita jangan stress..tak baik

bagi mereka yang ampuh pegangan agama..zikir paling baik..lebih power dari semua ini

ya..makan vitamin memang membantu

terima kasih ya mas..

wow.. boleh buat lepas ni kalau tgh stress

boleh ..usah khuatir..pasti bisa

Penting untuk tahu dan praktikkan cara untuk hilangkan stress..

jika tahu cara ..memang mudah untuk hilangkan stress ini

susah gak nak hilangkan stress ni..try cuba tips bro..

Tips yg sangat berguna...best2 byk info baru disinj

Wah tips yang bagus" Boleh juga ..cerianya saya " pasti ceria..hahah jangn terlebih ceria lah pula HB

Saya akan datang balik membaca lepas urusan realiti selesai..ya HB

he..he..boleh cuba bro

terima kasih..datang la lagi

yalah kan..terlebih ceria dah cerita lain jadinya

terima kasih tuan sudi baca penulisan saya..


EmoticonEmoticon