Punca Pembaziran Tenaga Minda Manusia

Jangan hairan pembaziran boleh berlaku di mana-mana.Pembaziran yang paling ketara ialah pembaziran masa.Tidak terkecuali pembaziran wang,harta benda dan sebagainya.Malah pembaziran terbesar yang selalu HB perhatikan ialah pembaziran tenaga minda manusia.

 

Tenaga minda manusia sangat berkuasa.Namun ramai dikalangan kita membazir tenaga minda ini baik secara sedar atau tidak.Persoalannya bagaimana tenaga minda itu dibazirkan.Jom kita telusuri satu persatu.

 

tenaga minda

 

1.Selalu berfikiran negatif

 

Sudah lumrah.Ramai yang berfikiran negatif.Ada yang fikir tentang diri sendiri dan orang lain.Malah memikirkan negatif tentang haiwan pun ada.Memang dahsyat sekali jika dalam situasi begini sih.Adakah gampang kita memperlakukan minda yang hebat ini untuk memikirkan sesuatu yang negatif.Ngak bisakan.( maaf kalian masih berada dalam blog yang betul)

 

2.Melayan emosi sedih

 

Emosi sedih begitu banyak membuang tenaga minda.Minda terus berfikir untuk layan emosi sedih.Yang pasti emosi sedih tidak membawa apa-apa manfaat.Jadi mengapa buang tenaga yang pasti yang tidak bermanfaat untuk anda.

 

3.Berangan-berangan kosong

 

Wah.Pasti ramai yang suka berangan kosong.Layan feeling.Entah-entah yang diangankan bisa sesuatu yang bagus atau ngak.(maaf ya.HB sudah terpengaruh separuh sedar dengan saudara kita di negara seberang).Jadi buat apa angan-angan yang membuang masa dan tenaga minda kita.

 

4.Menceritakan gosip  orang lain

 

Gosip sesuatu enak sekali dibicarakan.Lagi jahat cerita tersebut maka lagi seronok pula bercerita.Minda kita akan terus berfikir dan berfikir untuk mereka cipta cerita keburukan orang lain.Tetapi sayang perkara ini betul-betul membuang tenaga minda kita.

 

5.Menonton cerita cinta rekaan

 

Maafkan HB kerana agak prejudis dengan cerita cinta yang keterlaluan.Cerita begini selalu dipaparkan melalui cerita Hindustan yang panjangnya filemnya sehingga 3 jam.Bayangkan sahaja berapa banyak tenaga minda yang diperlukan untuk menghayati jalan cerita begini.Sedangkan realitas (opp sebenarnya realiti) kehidupan tidak mungkin begitu.

 

[admin]

 

Ayuh pembaca sekalian.Usah bazirkan tenaga minda kalian untuk terus menerus melakukan 5 perkara yang HB nyatakan diatas.Ianya akan menjadi sia-sia sahaja.Tiada manfaatnya.

 

Alangkah bagus kalau tenaga minda yang ada ini digunakan untuk meningkatkan kemampuan diri dan juga Buat Duit Dari Rumah!

 

Sekian.Salam ceria dan jumpa lagi.

20 ulasan

rasanya no.3 yang banyak.. uhuhu

asalam ..informasi ilmu yang sangat berharga..kita usah lakukan seperti itu tidak bagus ...

Sebagai manusia biasa memang begitu.. suka memikirkan perkara yang tidak memberi manfaat..

betul tu..tidak dinafikan

kalau boleh cuba elakkan sedaya upaya

wsalam..elakkan ia supaya tiada pembaziran

Pembaziran masa itu yang memang sangatlah rugi rasanya. Sedar-sedar sudah malam tanpa buat list kerja harian yang sepatutnya dilakukan

itulah, membazir kalau dibiarkan camtu

Masalah dunia memang tak habis2...boleh sakit kepala di buatnya.
Tak nak membazir lagi dah... :)

kalau boleh cuba elakkan..

membazir sebenarnya boleh dielakkan

masalah dunia dicipta supaya hidup ini penuh warna dan pancaroba

Menceritakan gosip orang lain tu macam mengumpat la kan

haha..

rasanya cter cinta korea pun termasuk dalam ni..

seeloknya, janganlah membazir.

banyak benda yang lebih berfaedah boleh kita buat.

he..he...dalam keluarga yang sama.

ya..boleh masuk juga tu..termasuk Running Man

yalah kan..rugi kalau dibazirkan begitu sahaja


EmoticonEmoticon