Minyak Rambut Gel Tahan Lama

 

minyak rambut gaya terbaharu

 

HB mempunyai rambut yang istimewa.Sebab itu perlu minyak rambut gel tahan lama bagi atasi rambut yang sangat lembut bak sutera.Kelemahan ketara ialah ia sukar untuk diurus lainlah HB seorang wanita.Sebagai lelaki, HB mahu gaya rambut yang keras,macho dan gagah.Atas sebab tersebut HB perlu memakai minyak rambut jenis gel.Kalau boleh jenis gel yang tahan lama dan paling keras.

 

Berdasarkan gambar tersebut, HB memilih jenama Revive.Memang tak popular.Jarang ada iklan dalam tv.Namun penjualannya di Borneo cukup bagus kerana ia boleh didapati semua gedung membeli belah dari yang besar hinggalah yang kecil.Setakat kedai runcit memang usah kata.Memang ada jawapnya .

 

HB suka minyak gel rambut jenama ini.Tidak berminyak dan berasaskan air.Jika terkena air semasa mandi maka rambut kita yang terpacak dan mencanak akan layu dan lembut semula.Tak guna syampu pun boleh.Perlu HB ingatkan minyak rambut gel ini sesuai juga digunakan oleh kaum hawa yang bukan Islam.Mereka tak bertudung jadi boleh la guna minyak rambut yang keras dan tahan lama ini.

 

Dari baunya memang tidak mengecewakan.Bauan bunga yang tidak begitu tajam.Kalau bau yang tajam boleh tak selesa dibuatnya.Minyak rambut jenis ini cukup sesuai kepada mereka kurang mementingkan keharuman.HB sendiri tidak suka minyak rambut yang bau yang terlalu kuat.Sakit hidung dan pening kepala dibuatnya.

 

Harga pula kurang dari RM10 untuk kuantiti 150ml.Lagi sikit kuantitinya maka lagi murahlah.Apa yang penting ia mampu dimiliki oleh jejaka yang kurang berduit dan kurang mementingkan jenama dalam soal gaya dan penampilan.Jika nak duit lebih para jejaka boleh mencuba Program Terpantas Jana Income Online

 

[admin]

 

Minyak rambut gel tahan lama memang dicipta khusus kepada pemilik rambut yang lembut.Ia adalah solusi mudah untuk para jejaka yang hensem bagi menyerlahkan penampilan sebagai lelaki.

 

HB tak jual minyak rambut.HB sekadar berkongsi pengalaman menggunakan minyak rambut gel tahan lama yang digilai oleh para lelaki dan para wanita.Maaf bukan maksud double standard kerana pemikiran kita sangat sensitif dengan perkataan tahan lama.

 

Sekian.Salam ceria dan jumpa lagi.

26 ulasan

Asalm HB, masa remaja dahulu ada jg guna ni, rambut saya jadi kuning, mybe yang murah x da kualiti, lepas tu tak lagi guna..kalau dah keras rambut kena gel ada kesan habuk putih tak pada rambut. Etuza alih guna brand lain..bukan gel baru hitam balik rambuta..hehehe teringat ja masa lalu..yang indah..

Minyak rambut gel ni memang tahan lama, suami MV pun dulu suka sangat a, sebab rambut boleh cacak

memang bagus minyak rambut nie, bisa buat begaya hee

Gaya, mutu, keunggulan....penting tu

Anak bujang saya pon pakai jenama yg sama cam HB ni

Saya pernah guna minyak rambut jenis gej Revive tetapi hanya sekejap saja.. tak tahu kena berhenti menggunakannya.... oh.. ya, jika saya guna minyak rambut, kelemumur menjadi bertambah banyak.

boleh belilah untuk anak saya ni

rasanya adik ciktom pun guna jenama yg sama..

Suami saya pun pakai minyak rambut ni...tapi anak bujang saya tak suka pakai minyak rambut

Waalaikumsalam tuan..

ya..zaman muda begitu indah kan kalau dikenang

sebab itulah saya suka banget dengan minyak rambut gel ini..

ya..memang ada gaya..cuma saya enggak tunjukkan muka ..malu deh!

ya..memang penting..sukar untuk dinafikan

mungkin jenis rambut tuan Kamil tidak sesuai dengan jenis minyak begini..

oh..ya..memang boleh beli tu..

popular juga minyak rambut jenama ini..

tak pakai minyak rambut lagi jimat..terutama kepada mereka yang berambut kerinting

Perkongsian yang baik kepada yang mencariminyak rambut jenis gel yang tahan lama.. yang penting mudah didapati dan murah harganya serta tahan lebih lama..

untuk lelaki yang ingin hensem macam saya he..he..

tak pernah guna bro..

bgus kalau tahan lama..orang kata kekal hansem..huhu

sekarang aku guna baby oil aje.

malas benar dah guna gel.

he..he..kekal hensem tu yang terbaik

rambut yang keras semulajadi bagus guna baby oil..


EmoticonEmoticon