Ketahui 5 Ciri Lelaki Sejati

HB sudah mula menyukai ikon motivasi Indonesia iaitu Mario Teguh.Antara pandangan hebat yang disuarakan oleh Mario Teguh berkaitan cara ketahui 5 Ciri Lelaki Sejati.Ternyata apa yang dikatakan oleh beliau amat bernas dan boleh diterima akal secara logik.Penerangan beliau yang bersahaja dan kupasan yang tepat memang menyeronokkan.



 Sumber : Google image

Berikut ialah pandangan Mario Teguh yang HB ulas kembali untuk dikongsikan melalui penulisann blog ini.Apa yang disampaikan oleh beliau sebenarnya jauh lebih baik.HB cuma mengambil point-point penting sahaja.

1.Bertanggungjawab

Lelaki sejati akan diakui setelah sifat tanggungjawabnya terserlah.Sebab itu dalam masyarakat kita anak lelaki disinonimkan dengan orang yang bertanggungjawab kepada keluarga apabila besar kelak.Begitu juga dalam menghadapi masalah atau musibah,maka golongan lelaki akan tampil ke depan untuk menyelesaikan atau menyempurnakan sebarang perhitungan.

2Jujur

Menjadi jujur macam mudah.Sayangnya tak ramai yang sanggup menghayati konsep jujur dalam kehidupan ini.Jujur bukan setakat dalam perhubungan.Jujur meliputi aspek kehidupan.Jika lelaki ini menjadi pemimpin maka dia akan menjadi seorang yang jujur dan sentisa berpegang kepada kata-katanya.Memang hebat lelaki jujur.Pasti ramai wanita mengingininya kerana sifat kejujuran.Mereka suka tanpa alasan yang jelas.

3.Tabah

Konsep tabah sangat luarbiasa untuk dihayati.Jika benar memang ada lelaki yang memiliki sifat tabah HB memang akui dia adalah lelaki sejati.Bayangkan dalam hidupnya ada mengalami gagal,kecewa,jatuh,terhina,dan pelbagai lagi tohmahan negatif namun dia sanggup bertahan.Malah bangkit dengan perlahan-lahan dan penuh ketabahan.Mereka kurang popular kerana belum berjaya.Namun tiada  sesiapa pun mengetahui bahawa perjalanan hidup mereka ditemani kesukaran dan kepayahan.

4.Sabar

Sabar tidak jauh berbeza dengan tabah.Menurut Mario Teguh lelaki sabar mampu menawan sesiapa sahaja.Boleh menjadi pasangan yang membahagiakan atau lelaki idaman para wanita.Itu teori yang dikemukakan oleh Mario Teguh.Terasa sukar pulak nak menjelaskan maksud sabar dengan kaitan ciri-ciri lelaki.

5.Rajin

Tidak dinafikan lelaki rajin memang menjadikan seseorang lelaki sejati.Mana tidaknya rajin dalam semua serba serbi.Rajin untuk menjana pendapatan.Rajin dalam menjaga penampilan diri.Pendek kata dengan kerajinan dalam kehidupan ini maka lebih terasa lancar dan indahnya.

[admin]

Hakikatnya 5 ciri lelaki sejati ini bukan secara total atau mutlak.Ia adalah pandangan seorang icon hebat iaitu Mario Terguh.Pada pendapat HB ada banyak ciri-ciri yang boleh mendefinisikan lelaki sejati,Namun apa pula kata para pembaca semua.Jom kongsikan.

Sekian.Salam ceria dan jumpa lagi.

16 ulasan

Betul tu HB. 5 ciri tu sangat penting di samping amat memahami dan romantik...huhu :)

bab memahami dan romantik sayalah orangnya tu..

kelakar kena ada juga tu tuan

setuju sangat HB.. bab sabar tu kadang tu susah nak jumpa lelaki yang sabar.. silap sikit cepat je melenting..

Semoga suami saya pun mencapai tahap ciri lelaki sejati ni..hihi

Ciri yang terbaik hikhik :). Lelaki sejati

bab kelakar tu ramai perempuan suka..

mereka ada..tetapi tak ramai

aamiin dan itulah yang kita harapkan

semoga bro cal jadi lelaki sejati..he..he..he..

Semoga 5 sifat tadi ada dalam diri kita agar dapat hidup aman bahagian bersama keluarga di dunia mahupun di alhirat.

aamiin dan itulah yang kita harapkan dalam hidup ini

untuk menceriakan hubungan

tu yang sebetulnya...

Semoga saya termasuk golongan lelaki yang memiliki ke 5 sifat di atas. Amin.

aamiin dan saya doakan yang terbaik buat tuan


EmoticonEmoticon