Indahnya Hidup Jika Saling Bercinta

Siapa yang tak teringin untuk rasa bahagia.Lebih lebih lagi jika terasa betapa indahnya hidup jika saling bercinta.Demi kebaikan dan manfaat dari sudut positif maka HB nak ajak pembaca semua melihat dimensi saling bercinta kepada orang yang sudah ada ikatan yang sah yakni suami dan isteri.Kalau setakat berpacaran HB tak sokong tau!Tak nak terlibat dengan dosa kering.

Saling bercinta maksudnya saling berkasih sayang.Dua hati bertaut sama dalam melayari nikmat kebahagiaan rumahtangga.Si suami rindu-rinduan.Si isteri pula terasa hangatnya asmara.Mood saling bercinta begini amat terasa pada awal perkahwinan dan boleh pudar seiring dengan penambahan usia perkahwinan itu sendiri.Namun bukan semua.Ada yang kekal utuh hingga ke akhir hayat,Itu yang terbaik.


Tidak keterlaluan ada juga kes seperti ini.Setelah beranak pinak dan ada juga sibuk dengan kerjaya maka suami dan isteri tidak lagi saling bercinta.Si isteri akan rimas dan selalu mengganggap si suami sudah buang tabiat jika suami semakin romantik.Lebih memeritkan hati jika terlepas kata, orang tua yang nak pergi mampus.Maaf kepada pembaca semua,Ayat ini agak kasar maksudnya.

Bagaimana pula dengan si isteri yang cuba nak bermanja dengan si suami tatkala lama tak saling bercinta.Kebiasaannya si suami jarang menolak rezeki.Lainlah kehidupan si suami sibuk dengan kerjaya dan rakan-rakan diluar rumah.Perangai si isteri yang nak saling bercinta sudah dianggap mengada-mengada.Memang kebarangkalian sangat kecil namun ada berlaku dalam masyarakat kita.

Hidup saling bercinta boleh dipupuk dan disemi setiap masa.Jika pudar mesti dikilatkan balik.Kalau boleh kilatkan sehabis baik.Menjadi perkara biasa setiap pasagan dah mula bosan dengan karenah masing-masing.Namun jangan dijadikan alasan untuk meretakkan hubungan yang sedia ada.Dah nama ujian kehidupan dalam dunia rumahtangga.

Carilah masa berkualiti dan suasana berdua-duaan.Lepaskan seketika masa untuk bersama anak-anak.Memang perit dan itulah harga yang anak-anak bayar  demi masa depan mereka.Jika ibu bapa bergolak maka perkembangan emosi anak-anak turut terganggu.Lebih parah kalau ada suami dan isteri rela berpisah selepas anak-anak mula meningkat dewasa.Minta-minta dijauhkan buat kita semua.

[admin]

Penulisan entri ini cuma pandangan HB terhadap konsep saling bercinta dalam kalangan masyarakat kita.Cinta itu murni lagi suci.Usah dicemari dengan nafsu semata-mata.

Hidup yang dilandasi cinta yang benar maka kebahagiaan boleh bertandang dalam masa yamng dekat.

Sekian.Jumpa lagi dan salam ceria hendaknya.

 

16 ulasan

Indahnya jika dapat bercinta sampai ke syurga

Selagi ada rasa sayang dalam hati, insyaallah cinta itu akan tetap subur...Ececeh.....hihi

semoga menemukan cinta yang tulus ikhlas ya.amin

semoga cinta berkekalan

Alangkah bagusnya mengekalkan sifat cinta ni sepanjang perkahwinan kan

hrp perasaan dan sikap ini berkekalan hgga ke hembusan nafas yg terakhir. bkn ketika di awal perkahwinan atau zaman bercinta shj

cinta suami isteri yang terbaik

thank's for you does sharing this articel

hanya orang kahwin tahu perkara ini..

yalah tu..malu-malu pulak dah

aamiin...dan berharap kita semua dapat menemuinya dalam kehidupan ini

itulah yang sebaiknya..

kalau ikhlas bisa terjadi tu..

you're almost welcome

InshaALLAH dalam mencari cinta yang paling agung, cinta sesama manusia pasti akan lebih diberkatinya...ameen

ya..betul tu tuan..aamiin


EmoticonEmoticon