Buru Impian Sehabis Baik 2016

Buru Impian Sehabis Baik 2016…HB suka pengakap sejak dari sekolah rendah lagi.HB tertarik dengan cogan kata pengakap iaitu buat sehabis baik.Lantas sehingga ke hari ini HB masih menganggap cogan kata tersebut adalah kata keramat iaitu buat sungguh-sungguh sesuatu perkara sehingga ke tahap maksima.Jadi amat elok kalau kita merujuk untuk memburu impian.Kalau boleh buru impian sehabis baik sehingga betul-betul menjadi kenyataan dan realiti.


Biarpun buru impian bagaikan teori yang mudah.Hakikatnya tidak sebegitu.Buru impian adalah manifestasi usaha dan tindakan ke atas apa jua impian yang kini hendaki.

Andainya kalian buru impian untuk membina kerjaya idaman maka mulai sekarang.Buat sesuatu seperti menulis resume dan berlatih cara temuduga terbaik.Selepas itu cuba cari peluang pekerjaan dengan pelbagai sumber dan alternatif.Usahakan sungguh-sungguh.HB yakin kalian boleh beroleh kerjaya impian dalam masa kurang dari tiga bulan.

Rahsia Temuduga Kerajaan >>>KLIK SINI

Andainya kalian buru impian untuk menjana pendapatan 5 angka pada tahun 2016 maka HB yakin juga kalian boleh mencapai tanpa sebarang keraguan.Dengan syarat kalian buat sungguh sungguh dan ikthiar sehabis baik.Cari ilmu tentang bisnes dan aplikasikan ilmu tersebut dalam apa jua bisnes yang dijalankan ketika ini.Jika tersungkur jangan mengalah.Teruskan perjuangan dan usaha lagi sehingga menjadi.

Panduan Borong Barang Dari China >>>KLIK SINI

Andainya kalian buru impian untuk melangsungkan perkahwinan yang penuh gemilang tahun 2016 maka tidak mustahil buat kalian.Rancang perkahwinan mulai sekarang.Pilih tarikh dan masa serta lokasi yang paling sesuai.Jika belum tentukan maka jom buat segera sebelum kalian terlambat dan tertinggal.Carilah perunding perkahwinan yang terbaik dan serahkan pada yang pakar.HB yakin kalian bisa mencapai impian tersebut.

Strategi Urus Majlis Perkahwinan >>> KLIK SINI

Andainya kalian buru impian untuk menyimpan wang tabungan masa hadapan ayuh jangan berlengah lagi.Lakukan hari ini juga,Jika bertangguh buruk padahnya,Simpan duit sedikit demi sedikit.Dalam masa yang sama cuba usahakan untuk mencari pendapatan lebih.Dengan pendapatan lebih maka duit untuk disimpan boleh digandakan.Ironisnya tempoh mencapai set target tabungan akan lebih cepat dari biasa.HB yakin dan percaya memang boleh dilakukan dengan penuh iltizam.

Panduan Unit Trust Amanah >>> KLIK SINI

[admin]

HB juga buru impian untuk menjadi blogger yang boleh menjana pendapatan 4 angka secara konsisten setiap bulan.Jika HB berjaya melakukan sudah tentu HB boleh mengembangkan potensi diri lebih dari seorang blogger.


Sekian.Salam ceria dan  gembira selalu hendaknya.

22 ulasan

Good Luck HB.. Slh satu impian saya juga untuk menjana pendapatan 4 angka sebagai blogger :)

Gua pun kena buat yang Terbaik juga tahun 2016 ni. Something has changed....

Wahhhh... macam susah jer nak mencapai impian tu HB. KPI tinggi sangat tu...huhu

kalau macam tu samalah rasanya

betul tu..mari buat perubahan besar-besaran.

kalau dah buat terbaik..tak juga susah.

nak kurus yang sihat la tu..

banyak juga saya nak capai tahun 2016, semoga kita berjaya! amin

nk kurus dan FIT. itu yg plg penting ;-)

p/s macam mana nak follow ni?

aamiin dan semoga kita semua berjaya

betul dan itu yang ramai nak sekarang ini..

oh..ya baru perasan..saya tidak menyediakan button untuk follow

MV memburu impian menyimpan wang untuk ke Mekah tahun 2016

wah..itu impian yang bagus..aamiin dan semoga tercapai

HB orang yang berpengalaman...susah senang pastinya 2016 bakal menjadi titik tolak perubahan dalam menjana 4-5angka dalam blogging...HB power!

terima kasih memberi keyakinan kepada saya bro..

All the best HB untuk 2016 nih :)

terima kasih..dan semoga kita sama sama memburu dan menikmati kejayaan..

Mari kita sama2 fokus untuk capai impian hidup 2016...


EmoticonEmoticon