3 Alasan Kukuh Untuk Hidup Berpoligami

Hidup berpoligami mungkin menjadi igauan misteri kepada ramai isteri.Namun untuk para suami pula menjadi impian keemasan pula.Pelik tapi benar kerana berpoligami dikaitkan dengan maksud baik dan buruk.Demi keselamatan diri baik secara mental dan fizikal maka sewajarnya HB membuat pengakuan berani bahawa penulisan entri blog ini sekadar pendapat peribadi.Maaf juga bukan merujuk kepada kisah diri sendiri.

Dalam agama Islam yang benar lagi suci jelas menyatakan poligami adalah dibenarkan.Bukan digalakkan dan tidak juga dilarang sama sekali.Perlu HB ingatkan kepada kalian semua bahawa teori hidup berpoligami seperti mudah namun praktikalnya tidak semudah yang disangkakan.


Mari HB ajak pembaca untuk menilai kehidupan rumahtangga secara overview.Lihat dengan skop yang lebih luas.Kaji sudut kelemahan dan kekuatan kepada para suami dan para isteri itu sendiri.Jika terlihat belum sempurna maka  dengan mudah untuk menjawab mengapa amalan hidup berpoligami telah dibenarkan secara bersyarat dalam syariat beragama.

Biar HB meletakkan beberapa alasan kukuh yang boleh dikatakan kepada kemungkinan hasrat suami untuk hidup berpoligami.

1)Cinta suami terhadap isteri belum mencapai 100 peratus.

Masih ada ruang kosong dan tempat yang istimewa yang mesti juga diisi kepada wanita lain.Peribadi dan perwatakan isteri belum mampu menampung kekurangan yang ada.Dengan kesempatan tersebut suami yang hebat pasti mengidam kesempurnaan demi agama dan maruah lelaki beriman.Persoalannya salah siapa jika peluang untuk berubah menjadi semakin baik tidak digunakan sewajar yang mungkin.Bukan bermaksud nak cari siapa yang salah.Siapa yang benar.Sebab kebenaran adalah nyata jika hidup ini berpaksi kepada ajaran agama yang benar.

2) Ingin zuriat sendiri untuk sambung legasi keluarga

Teori untuk hidup berpoligami kerana si isteri tidak mampu melahirkan zuriat sudah lapok.Itu dulu.Sekarang ia bukan alasan yang mantap dan terbaik.Memang secara realitinya apabila berkahwin sahaja kaum adam dan hawa memang mahukan anak.Sebab anak sendiri adalah penyambung legasi keluarga dan penerus genetik baka kalian.Namun tanpa anak sendiri pun kehidupan berkeluarga tetap beroleh bahagia.Ada alternatif iaitu mengambil anak angkat.Kewajaran suami nak berpoligami sebab mahukan zuriat sendiri adalah satu bentuk ego klasik.Itu HB tak nak komen lebih-lebih.

3)Faktor kepimpinan suami yang ada karisma

Kehebatan ini bukan pada batin semata-mata.Ia lebih mencakupi kemampuan fizikal,kewangan yang mantap dan akhlak serta budi pekerti terpuji.Ciri-ciri seperti ini adalah edisi terhad.Jarang ditemui dipasaran.Sekiranya ada maka seseorang itu akan menjadi rebutan dan pilihan ramai wanita.Walaupun lelaki ini sudah mempunyai isteri tetapi tetap digilai oleh wanita lain.Malah tanpa sebab yang jelas mereka boleh menjadi perhatian meskipun tidak terpalit dengan unsur unsur materialistik.Karisma dan aura diri yang terpancar itu boleh membungkam sesiapa sahaja.Awas kepada golongan isteri diluar sana.Jika terleka suami kalian akan diintai oleh wanita yang lebih kuat mencintai suami kalian.Minta dijauhkan.

[ADMIN]

Dengan perkongsian ini HB akui ada dikalangan isteri akan tersentak buat seketika.Jika sang suami memang  jodoh buat kalian jangan pulak risau.Dia tak akan berpaling dari kalian.


Jauh dalam hati HB bukan nak mengwujudkan kontroversi melalui artikel hidup berpoligami.Cuma kita perlu sentiasa sedar bahawa apa yang menjadi milik kita pada hari ini bukan hak mutlak.Ia adalah ujian dan pinjaman seketika dari Allah SWT.

19 ulasan

Asalam..faktor kewangan ..kemampuan juga penting..HB, apapun rezeki lelaki berpoligami..satu ja kena adil.Baru borakah

Itu sudah semestinya..keadilan dalam banyak perkara

seorang wanita pulak akan rasa HANCUR..SAKIT..DIKHIANATI..TIDAK BERHARGA..bila nak di madukan :'(

Nak tanggung satu orang bini pun sudah dikira belum cukup sempurna, inikan pula berpiligami.

poligami ? erm...perang dunia ke 3 lah jawabnya

Harap dapat isteri yang dpt memenuhi semua yg diimpikan, tak nak kawin ramai!

betul tu, biar sempurna tanggung bini sorang ni dulu baru fikir mampu tak nak nombor 2

sabar-sabar..

ia cuma emosi tu

soal rezeki biar Allah SWT yang tentukan..

kita hanya berusaha sedaya upaya

tak baik perang perang tau!

setakat kahwin dua belum ramai lagi bro..

Belum terfikir lagi nak poligami lagi. Rasa diri ini belum cukup adil dan berkemampuan...

Kalau mampu silakan siapalah kami untuk menidakkan.... ececehh...nampak mcm tak sentapkan hihi.... tp jangan lupa sediakan mecedes sebijik, rumah banglo sebijik duit poket seploh ribu sebulan hihi....

jawapan selamat untuk didengar oleh orang rumah tuan..he..he..

kalau dah jutawan...setakat harta dunia macam tu rasa-rasanya tak de masalah..he..he..

Wah, siap ada alasan kukuh untk poligami ya...haha

alasan yang bersifat subjektif je tu


EmoticonEmoticon