Tip Sebelum Menukar Template Blog

Tip Sebelum Menukar Template Blog…Sudah lama HB menggunakan template  blog ini.Pada masa itu HB belum lagi menggunakan blog yang berplatform Wordpess.Rasa teringin itu membuak-buak menyebabkan HB akur dengan kehendak supaya blog menyerupai blog Wordpress.Akhirnya tercapai juga impian tersebut.Namun perasaan sayang terhadap blogspot menyebabkan domain ini masih kekalkan pada platform yang sedia ada,

 

Setelah beberapa lama perasaan kurang puas hati mulai timbul.Ada sahaja sudut yang tak kena.Jadi mahu tidak mahu HB telah mengambil keputusan untuk menukar template blog yang baharu.Dalam masa yang sama mahu template blog yang mesra SEO pada enjin carian.Mungkin selepas ini HB nak menyertai satu kontest SEO untuk menguji kemampuan blog ini berdasarkan template yang baharu ini.

 

new look template

 

Apa yang dilakukan oleh HB sebelum menukar template baru ialah seperti berikut:

 

1)Cari template blog yang diingini

 

Taipkan sahaja pada ruangan caian Google.Pilih kata kunci tertentu supaya hasil carian kita kena pada tempatnya.

 

2)Muat turun fail template ke dalam cakera komputer

 

Terpulanglah kepada kalian semua.Kalau HB gemar untuk simpan dalam komputer kerana memori storan data memang besar.

 

3.Simpan fail sandaran untuk template

 

Langkah ini wajib sebagai keselamatan utama.Andai kata tersalah setting maka template rosak teruk.Tidak mustahil juga ratusan atau ribuan entri yang kita karang sejak sekian lama akan terpadam.

 

4.Peruntukan banyak  masa

 

Proses menukar template blog mengambil  banyak masa,Ini kerana banyak perkara yang perlu dibuat secara berhati-hati,Dalam pada itu melibatkan proses ‘Try and Error’ yang berterusan sehingga menghasilkan keputusan yang terbaik.

 

5.Nilai kesabaran yang tinggi

 

Sabar perkara terbaik dalam hidup ini.Nilai kesabaran boleh dibuktikan dengan menjadi blogger.Sewaktu menukar template blog pelbagai dugaan akan berlaku.Ada kalanya proses mengedit kod html dan CSS satu persatu persatu.Tak ramai yang sanggup.

 

sejarah template lama

 

[admin]

 

Para blogger perlu mengikuti tip ini sebelum membuat make over kepada blog masing-masing.Walaupun tip ini tak sebaik yang kita harapkan.

Sekurang-kurangnya bersedia untuk  menghadapi sebarang kemungkina,Apa-apapun menukar template blog merupakan aktiviti blogger yang menyeronokkan juga.

 

Sekian.Salam ceria semua dan jangan lupa untuk membaca blog Buku Online.

18 ulasan

Thanks for the tips. Saya suka jugak godak godek template. Selalunya belajar dari you tube..
Anyway, template ni kemas dan nampak professional :)

saya selalu risau tukar sendiri, takut berubah dan saya tak reti nak balik semula asal. sudahnya selalu upah orang je.

tukar template bikin kepala stress juga..terutama nak adjust layout

upah pun ok juga sebab kerja nie banyak guna masa ..

Thanks for the info. Mula-mula buat sendiri lepas itu asyik tak jadi je upah je orang

:-))rumah bro nafi pun dah ubah suai ye..kemas..nampak lain

Perkara biasa la kalau macam tu..memang susah juga tu..tapi ada thril dia

Terima kasih yan...saje tukar angin

Sama sama dan harapan ia memberi manfaat kepada semua..

Buat back up! Itu paling penting. takut jadi apa-apa yang tak diingini masa tengah buat proses make over tu pulak nanti

baru je cuba tukar template hari tue tapi belum berjaya lagi. nak puaskan hati sendiri memang susah dan ambil masa..

Betul tu tuan...back up amat penting agar segala susah payah yang kita buat tidak menjadi sia sia

tak pe..ambik masa dan pelan pelan kata orang tua..

saya suka templete blog ni....nmpk ala2 indonesia geng pun ada

ya..lah kan..masuk geng blogger negara seberang sudah nie..

Namapk fresh gitu...dah lama juga la MV tak menyingah ni nampak gayanya

oh..ye ke..terima kasih


EmoticonEmoticon