Rahsia Anak Blogger Dapat 5A Dalam UPSR

Rahsia Anak Blogger Dapat 5A Dalam UPSR …Keputusan UPSR 2015 baru sahaja diumumkan.Alhamdulillah anak sulung HB telah mendapat keputusan cemerlang dengan 5A semua subjek,Sejujurnya kejayaan tersebut adalah luar jangkaan kerana dia merupakan murid yang sederhana prestasi akademiknya.Namun sangat konsisten belajar dalam kelas.Gurunya selalu mengatakan dia jenis pendiam dan fokus semasa belajar.

 

upsr

 

Sungguhpun begitu HB selalu memerhatikan cara anak HB belajar ketika dirumah.Boleh dikatakan kadang-kadang sahaja mentelaah buku.Yang selebihnya mengadap TV rancangan Tutor dari Astro.

 

Bila ditanya mengapa tiada kerja sekolah.Jawapan mudah yang dia bagi ialah habis dekat sekolah.Ini menunjukkan dia jenis yang bijak pengurusan masa.

 

Selain itu HB juga perasan bahawa anak HB suka tidur.Kadang-kadang rasa pelik.Pada masa rakan-rakan yang lain sibuk mengulang kaji pelajaran dia cukup santai untuk tidur macam bukan murid yang nak mengambil peperiksaan.Alasan yang dia bagi ialah mindanya perlukan rehat banyak.

 

Sebagai blogger motivasi sudah tentu HB menerapkan sesuatu yang biasa tetapi mempunyai kesan yang luar biasa.Antaranya dia dilatih untuk memberi auto sugesti atau saranan diri.Skrip yang mesti dibacanya ‘saya seorang yang genius dan hebat setiap hari’.Alhamdulillah minda bawah sedar dapat menerima dengan baik.

 

Dalam pada itu juga dan seperti kebetulan pula, ujian UPSR berlangsung selepas bulan Ramadan.Kesempatan ini HB selalu ingatkan kepada dia bahawa pilih waktu paling afdal untuk berdoa.Antaranya ketika malam Lailatul Qadar dan ketika berbuka puasa.Doakan untuk berjaya dalam UPSR dengan dapat 5A.Doa wajib jelas dan itu yang dia amalkan.

 

IMG_20151117_122948

 

HB faham untuk mencapai sesuatu mesti ada eleman yang penting.Namun ia jarang-jarang diberi perhatian serius oleh kebanyakkan orang.Anak HB dilatih untuk sentiasa tenang dan alihkan perasaan cemas,risau dan stress.Dia memang mempunyai kestabilan emosi yang mantap yang jarang-jarang dimiliki murid sebayanya.

 

Malah sebelum ini HB ada menulis satu entri ‘Pecutan Terakhir Untuk Calon UPSR 2015’.Sedikit sebanyak ia memang ada diterapkan agar boleh berjaya seperti yang diingini.

 

[admin]

 

HB mengucapkan tahniah untuk anak HB yang bernama Haiqal Hazwan kerana berjaya cemerlang dalam UPSR 2015.Semoga kecemerlangan ini boleh diteruskan lagi pada masa yang akan datang.

 

Tak lupa juga HB ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak sekolah SK Dato Mohd Musa Kota Samarahan kerana menyediakan guru yang komited dengan tugas mereka.

 

HB faham ada kejayaan yang boleh diraih dengan cara biasa namun memberi impak luar biasa.Itu yang dinamakan berimpian bukan secara logik tetapi berimpian menggunakan landasan iman dengan pergantungan segala kekuatan,kejayaan dan rezeki hanya dari Allah SWT.

 

Sekian.Salam ceria dan jumpa lagi.

 

 

p/s : Jangan lupa untuk terus baca Rahsia BESAR Lubuk Duit Terbongkar

20 ulasan

wah bestnya, cemana nak tanam minda bawah sedar dgn perkataan tu? HB suruh haiqal sebut sendiri atau HB pantau?

Tahniah Haiqal dan seluruh famili HB...semoga sukses dunia akhirat ^_^

Dia sebut sendiri..hari hari sehingga menjadi tabiat

wahh...Tahniah buat anak HB..tumpang berbangga ya... insyaAllah moga terus maju dlm pelajaran... kadang tiap anak lain cara penerimaan dan pembelajran mrk..

Aamiin dan terima kasih..

Aamiin...tulah yg sy perhatikan..tak kuat belajar tetapi kuat tengok tv

Budak2 bijak nie cara belajar nya mmg lain macam sket...

Time org belajar time tue dier tido...

Time org tido, dier ngadap DOTA...

Time nak pekse dier betul2 pulun habis punya...

Input masa terima dalam kelas dier simpan dalam memory sampai sel2 berhubung laa tue... :D

tahniah... sy suka style auto sugesti yang dilaksanakan tu...

Tahniah HB...sama la dengan anak saudara MV..bab tidur memang nombor 1..bila ditanya kerja sekolah selalu tiada..tapi Alhamdulillah results 5A

mungkin ia salah satu faktor kecemerlangan dia..

terima kasih tuan....boleh sangat cuba teknik tu

ramai yang mahu 5A dan tak ramai yang betul betul dapat

Alhamdulillah tahniah buat anak HB dan HB juga. Semoga terus sukses ke arah kecemerlangan... aamiin... :) :)

Tahniah. Moga terus suksess.
Alhamdulillah. Bersyukur dengan kejayaan anak - anak.

on behalf..terima kasih

ya..terima kasih semua..

Tahniah...memang doa ibu bapa membantu untuk anak-anak kekal cemerlang dunia akhirat

terima kasih dan saya amat mengakuinya..


EmoticonEmoticon