Dua Petua Untuk Confirm Berjaya

 

Dua Petua Untuk Confirm Berjaya…HB gembira untuk berkongsikan petua ini.HB dapat petua ini dari salah seorang insan yang berjaya dan kaya.Maaf nama dan siapa dia terpaksa dirahsiakan.Itu adalah jaminan HB agar entri ini tidak mengganggu kehidupan beliau.Lagipun petua ini sifatnya umum.Percayalah.Jika diamalkan kalian juga boleh berjaya dan kaya sebagaimana beliau.Jadi tolong doakan untuk HB juga agar diberi kekuatan untuk beramal.

 

berjaya terbaik

 

1.Jaga hubungan dengan Allah SWT.

 

Tiada siapa yang boleh menafikan realiti ini.Allah SWT Yang Maha Kaya.Dia Maha Kuasa dan Memiliki segalanya di dunia dan di akhirat.

 

Jadi cara paling mudah menjaga hubungan dengan Allah SWT ialah tunaikan solat wajib sebaik mungkin,itiqamah solat sunat yang muaakad dan menjauhkan segala larangan yang telah Allah SWT tetapkan.

 

Nampaknya macam mudah.Namun perlu kekuatan iman dan disiplin diri tahap tinggi untuk melaksanakannya.Sebab itu harga kejayaan sangat mahal.Usah bermimpi jika petua pertama ini tak lepas.

 

Jika berjaya sekalipun maka nilai kejayaan itu terlalu rapuh kerana tidak diimbangi dengan nilai keislaman sejati.

 

2.Jaga hubungan dengan sesama manusia

 

Manusia yang paling banyak manfaat ialah manusia yang terbaik.Untuk berjaya dan terbaik maka hubungan kita sesama manusia perlu dilandaskan pada akhlak dan pekerti yang mulia.Hormat orang lain dan orang lain pasti menyukai kita.

 

Jangan berlagak.Apatah lagi sombong kerana manusia itu memang tidak menyukai orang sombong.Jadilah orang yang merendah diri.Dalam erti kata low profile.

 

Pergi sahaja kemana-mana maka kehadiran kalian akan disedari.Apabila kita meninggalkan mereka, sudah pasti  mereka rasai kehilangan kita.Yang bestnya,mereka akan sentiasa mengharapkan kita bersama mereka setiap masa.

 

[admin]

 

Setelah membaca dua petua ini HB amat yakin dan percaya tiada formula lain yang boleh menyainginya.Carilah pakar motivasi paling hebat untuk membantu kalian.Asasnya tetap sama iaitu mereka mesti bersetuju dua petua ini.( maaf untuk orang beriman sahaja).

 

Jika nak terus hidup dalam kurang keadaan berjaya pun boleh.Lebih senang dari menjilat kaki sendiri (contoh tak baik).

 

Antaranya bermalasan dalam senua perkara,Mengeluh dan resah siang dan malam.Malah lebih mudah jika tak buat apa-apa sekalipun.Tidur,bangun,makan dan terus sambung tidur.

 

Kalau macam tu gayanya lebih baik jangan pedulikan >>>. Program Terpantas Jana Income Online

 

Sekian.Salam ceria dan jumpa lagi.

18 ulasan

Tak dinafikan lg petuanya...

Thanks for the tips. Moga berjaya dunia dan akhirat.

thanks for tips, insyaAllah sama2 berjaya

petua terbaik dan simple..tahniah

jaga dua benda nieh
pasti akan berjaya
insyallah

Patuh pada dua ni inshaa Allah berjaya dalam hidup dunia akhirat... :')

ya..itu yang sebaiknya..

aamiin dan semoga kita semua berjaya

terima kasih dan sama-sama kita cuba menuju kejayaan

tidak dinafikan itu yang terbaik

Setuju... "Hablumminnallah hablumminnannas"... in shaa Allah, pasti berjaya... aamiin.

terima kasih tuan kerana mengakuinya..

Hubungan dengan Allah memang perlu dijaga dengan baik kerana jika kita menjagaNya pasti Allah juga memelihara kita

memang betul dua-dua tips ini

he..he...baguslah kalau mengakuinya..

sebab itu saya sangat yakin kepada tips ini..simple but power


EmoticonEmoticon