Cerita Disebalik Gambar Siri 12

makanan nyaman
HB sudah menjadikan aktiviti memasak sebagai rutin.Menu yang HB tunjukkan di atas hasil tangan suami (lawan air tangan isteri).Anak-anak kata sedap.Ya.Memang sedap walaupun belum mampu menyaingi masakan ibu HB di kampung.Seingat HB,ayah HB juga boleh memasak dengan cukup baik.Maka tidak hairan budaya memasak seperti diwarisi dari generasi ke satu generasi.

Biarkan timbul isu si isteri tidak wajib masak untuk keluarga namun sejak dari dahulu lagi tugasan memasak bukan 100 peratus pada isteri.Ayah HB boleh masak untuk kami sekeluarga.Begitu juga dengan HB sendiri yang memang memasak untuk keluarga.

Budaya saling membantu sudah HB terapkan dalam keluarga.Tiada timbul isu tugasan tradisi isteri telah diserahkan kepada 100 peratus kepada mereka.HB melakukan urusan rumahtangga adalah tanggungjawab bersama.Ia berlangsung atas rasa toleransi dan bukannya penetapan hak mutlak masing-masing.Jauh sekali untuk mempersoal atau berdebat dengan melibatkan hukum hakam agama.

Perkara yang baik akan mendapat ganjaran pahala.Pastinya tidak wajar untuk mempertikai siapa yang berhak atau siapa yang wajib dalam urusan memasak.Yang penting bahagia dengan cara yang tersendiri.Itulah hakikat dalam rumahtangga.

[admin]

HB faham ada suami yang berfikir dengan memasak,memgemas rumah dan menjaga anak akan menjejaskan krebiliti ketua keluarga.Sebenarnya tidak.Malah dengan melakukan tugasan ini keluarga akan bertambah harmoni dan bahagia.

Manalah tahu kot-kot ada suami yang diluar sana diberi rezeki luarbiasa hebat seperti dalam artikel Bestnya Rezeki Suami Untuk Poligami

Sekian.Salam ceria selalu dan jumpa lagi.

18 ulasan

hidup harus saling bantu membantu dan bertolak ansur. in shaa Allah lebih harmoni dan bahagia

Best juga sesekali suami masak untuk keuarga kan HB?

we all pun sama bahagi tugas keje sebab dedua kerja.. kalo tak kerja tak kesah sorang2 pun leh buat kan..

Wah! Blog udah berwajah baru...cantik ^_^
Begitu la yg sebagos2 nye HB tolong menolong dalam rumah tangga...kalau suami pandai masak tak perlu la beli nasi bungkus time isteri tak sehat atau pon sebuk

memang best untuk isteri dan anak-anak

tulah yang bagusnya kalau suami isteri saling memahami

baguskan kalau kahwin dengan suami yang pandai masak..

p/s:terima kasih atas rasa prihatin dengan blog ini..anyway masih bersepah lagi setting dalaman blog ini..

Tidak dinafikan...sesekali kalau suami memasak pasti akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Selalunya masakan suami sedap sebab guna bahan2 tanpa control berbanding isteri yg kebiasaannya agak jimat...

p/s: Kena review dgn BL terus tukar template ke...hehe

saya perlu tukar kerana pandangan BL cukup bernas dan berkesan...dia pakar kontes SEO tu

Zumal setiap hari memasak kerana belum ada orang rumah ^-^

Saya pun masak sendiri juga...hehe...

nak kena blaja memasak gak la

Memasak dengan penuh kasih sayang..mana tahu suatu hari nanti daripada hobi bertukar menjadi sumber rezeki

carilah orang rumah bro..dapatkan yang terbaik.

wah..bestnya lelaki macam kita boleh masak sendiri

ya..sangat digalakkan

masak dengan kasih sayang penyedap makanan ..


EmoticonEmoticon